CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5504|Reply: 0

[Dunia] Naluri seorang bapa, William terkesan dengan apa yang berlaku di Asia Barat

[Copy link]
Post time 21-2-2024 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-2-2024 10:18 AM

LONDON: Pewaris takhta diraja Britain, Putera William menyeru “pertempuran dihentikan secepat mungkin” dalam konflik Israel-Gaza.
Tegas Putera William, peperangan yang berlaku itu telah menyebabkan “kesan kemanusiaan yang dahsyat dalam konflik di Asia Barat sejak serangan Hamas".


Sehubungan itu, Putera Wales berkata terdapat "keperluan yang mendesak untuk meningkatkan sokongan kemanusiaan kepada Gaza" dan untuk tebusan dibebaskan.

Kenyataan itu dibuat Putera William ketika beliau mengadakan lawatan ke Palang Merah British, di sini.


Difahamkan kerajaan telah diberi taklimat mengenai kenyataan putera raja dan lawatannya, melalui Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan.

“Terlalu ramai yang telah terbunuh,” kata putera raja itu yang diberitahu oleh pekerja Palang Merah mengenai usaha kemanusiaan untuk menyokong orang yang terperangkap dalam konflik di Asia Barat.

Putera William turut mengambil bahagian dalam pautan video dengan kakitangan Palang Merah di Gaza yang memberinya gambaran grafik secara langsung tentang kerja-kerja kemanusiaan dilakukan mereka.

Putera raja itu turut diingatkan oleh pengurus kanan krisis, Pascal Hundt, bahawa tanpa bekalan perubatan atau minyak, hospital berisiko "menjadi tanah perkuburan" dan proses agihan bantuan kemanusiaan menjadi sukar kerana ‘diompak’ oleh "pelarian yang kelaparan".

Putera William juga diberitahu bahawa Palang Merah bersedia membantu pembebasan tebusan.

Israel melancarkan operasinya di Gaza berikutan serangan Hamas ke atas Israel selatan pada 7 Oktober tahun lalu menyebabkan sekitar 1,200 orang terbunuh dan lebih 240 yang lain dijadikan tebusan.

Kempen tindak balas tentera Israel pula telah membuatkan keadaan semakin huru-hara dengan lebih 29,000 kematian direkodkan di wilayah Palestin, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas.

Putera William sedang melakukan lawatan bulan ini bertujuan untuk mengiktiraf penderitaan dan kesusahan manusia akibat perang Israel-Gaza.

Naluri seorang bapa menyebabkan beliau benar-benar terkesan dengan apa yang berlaku di Asia Barat.

“Ada masanya ketika berhadapan dengan penderitaan orang lain, maka ketika itu pentingya keamanan diperlukan,” kata putera raja itu lagi.

Kenyataan Putera William disambut baik oleh Perdana Menteri Rishi Sunak seperti dimaklumkan, jurucakapnya: "Kami mahu melihat penamatan pertempuran di Gaza secepat mungkin, justeru ia konsisten dengan pendirian kerajaan."

Pada Oktober lalu, Raja England, Raja Charles III bersuara tentang "kehilangan nyawa yang menyayat hati" dalam konflik Timur Tengah dan membuat seruan untuk menghormati antara agama dan budaya yang berbeza.

Sementara dalam mesej sempena sambutan Krismas pula, Raja Charles bercakap mengenai nilai sejagat asas yang dikongsi oleh agama, ketika "konflik tragis." . Ekoran pengunduran Raja Charles daripada penglibatan awam kerana rawatan kansernya, Putera William akan mengambil alih tugas bapanya.

Berikut kenyataan penuh Putera William:

“Saya tetap sangat bimbang tentang kesan kemanusiaan yang dahsyat dalam konflik di Asia Barata sejak serangan Hamas pada 7 Oktober. Terlalu ramai yang terbunuh.

"Saya, seperti ramai yang lain, mahu melihat penamatan pertempuran secepat mungkin. .Terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan sokongan kemanusiaan ke Gaza. Adalah penting untuk bantuan masuk dan tebusan dibebaskan.

“Ada masanya ketika berhadapan dengan penderitaan orang lain, maka ketika itu pentingya keamanan diperlukan.

"Walaupun dalam keadaan terdesak sekalipun, kita tidak boleh berputus asa. Saya terus berpegang pada harapan masa depan yang lebih cerah akan ditemui dan saya enggan berputus asa.”

https://www.astroawani.com/berita-dunia/terlalu-ramai-yang-terbunuh-dalam-perang-israelgaza-putera-william-459145

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.335974 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list