CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6249|Reply: 0

[Dunia] Rogol dan culik teman wanita, lelaki warga Malaysia dipenjara di New Zealand

[Copy link]
Post time 21-2-2024 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-2-2024 06:27 PM


Rogol dan culik teman wanita, lelaki warga Malaysia dipenjara di New ZealandSelasa, 20 Februari 2024 5:00 PM

Seorang lelaki dipenjara di New Zealand kerana merogol dan menuclik teman wanitanya. -Gambar hiasan


SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 30 tahun telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan sembilan bulan di New Zealand selepas didapati bersalah menculik dan merogol pasangannya.

Lelaki tersebut yang namanya tidak didedahkan, tiba di New Zealand pada Mac 2020.


Dia diletakkan di dalam tahanan selama lebih setahun bagi menunggu perbicaraan atas tuduhan yang berpunca daripada beberapa siri insiden sejak Julai 2021, dan selepas dia melanggar perintah perlindungan dua kali dengan menghubungi mangsa ketika diikat jamin.

I

Memetik New Zealand Herald, mahkamah mendapati mangsa tidak bersetuju untuk melakukan hubungan seks ketika dia bersama lelaki berkenaan pada 1 Julai 2021, yang membawa kepada pertuduhan merogol.


Ketika bersama-sama melakukan 'road trip', mangsa 'ditahan' oleh lelaki berkenaan di dalam kereta yang juga bukan kemahuannya, di mana ia membawa kepada pertuduhan penculikan.


Peguam kepada lelaki tersebut, Lee Lee Heah berkata, tertuduh tiba dari Malaysia pada Mac 2020 dengan visa bekerja sebelum dia bertemu dan kemudian 'jatuh cinta' dengan pengadu pada April 2021.

Menjelang pertengahan 2021, pasangan tersebut tinggal di wilayah Tasman untuk bekerja dan menyewa sebuah bilik, yang mana kejadian rogol itu berlaku pada pagi mangsa sepatutnya menghadiri temu duga kerja di Nelson.


Pada pertengahan November, lelaki tersebut menemui sesuatu di dalam telefon bimbit mangsa ketika dia sedang tidur, yang menurut mahkamah sebagai hubungan dengan individu lain.


Pasangan tersebut bertengkar ketika dalam perjalanan ke Nelson dan mangsa sempat menghubungi polis.

Pada Februari 2022, mangsa membuat laporan polis tentang apa yang berlaku dan lelaki itu telah diberikan perintah perlindungan sementara, termasuk syarat untuk tidak menghubungi mangsa.

Namun dia melanggar perintah tersebut dan mengaku bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan. -The Star



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.188954 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list