CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12135|Reply: 66

Ali Puteh Akhirnya Berjumpa Hidayah Dan Hamzah, Sebak Dapat Peluk Anak Saudara Lepas 4 Tahun - “Boleh Saya Cium Dia?”

  [Copy link]
Post time 21-2-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode




Pelawak Ali Puteh hari ini akhirnya berkunjung ke rumah kakak iparnya, Siti Norhidayah untuk membayar wang saman berjumlah RM75,000 seperti yang dituntut mahkamah.


Menerusi satu sesi live, Ali dilihat hadir bersama anggota keluarga yang lain bertemu empat mata dengan Hidayah menyelesaikan isu yang timbul di antara mereka.


Tetapi, pembayaran difahamkan tidak dapat dilakukan kerana Hidayah dan keluarga mahu urusan dibuat di hadapan peguam.


  



Tak berpuas hati, Ali mempersoalkan mengapa pembayaran perlu melibatkan peguam sedangkan Hidayah boleh bersuara mengenai hutang di media sosial.


Sementara itu, peguam yang mewakili Hidayah menasihati Ali supaya tidak datang ke rumah Hidayah secara tiba-tiba seperti yang dilakukannya hari ini.


Peguam meminta Ali mengatur satu tarikh untuk berbincang secara lanjut di pejabatnya. Selepas berbincang, Ali akhirnya menemui jalan penyelesaian iaitu pembayaran dibuat melalui peguam bukannya cash kepada Hidayah.


Pada pertemuan petang Selasa itu, Ali berkesempatan berjumpa anak saudaranya Syed Uthman Hamzah selepas empat tahun berhadapan konflik.


"Assalamualaikum, salam Pak Ngah. Salam ni kakak, ni adik. Hamzah, Pak Ngah tak ada apa nak bagi. Ini duit belanja Hamzah.


"Boleh ya saya cium anak buah saya? Empat tahun saya tak pernah tengok dia, ini kali pertama. Boleh saya cium dia ya? Empat tahun saya tak jumpa dia."





Pelawak tersebut dilihat memperkenalkan anak-anaknya kepada Hamzah sebelum meminta izin untuk memeluk dan mencium Hamzah.


Ali dengan suara sebak berkata, inilah kali pertama dia berjumpa Hamzah setelah sekian lama berpisah. Dia juga sempat memberikan sampul berisi wang sebagai wang saku kepada anak saudaranya itu.


Kredit: Instagram Hidayah_hamzahh/OhMedia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2024 10:34 AM | Show all posts
semoga yang baik-baik sahaja la antara Ali dan Hidayah lepasni... harap dah takdela isu lain lepasni, move on...

bijak tindakan hidayah nak pembayaran ada black and white tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:35 AM | Show all posts
pakai loyar bayar duit kena cas interest kot ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk carut je. Ko tau umah kan..bakpe x g je jumpa. Nape skang bru jumpa. Burrr la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bijak dayah. Ko dah kenapa main terjah dgn rombongan ke rumah org tu ali oi. Tapi iols simpati pada anak2 litam ni, bapak dorang punya ego anak2 kena tempias
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari body language Dayah ngan Hamzah ja dalam gambar tu pun dah tau meka menyampah tahap gaban dengan Litam ni. Tengok la air muka Hamzah. Tergelak aku tengok nampak macam, "kau dah kenape?" -gitu punya ekspresi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2024 10:52 AM | Show all posts
Semoga lepas ni selesai smuanya, masing2 move on. Yang terbaik, silaturrahim terus dikekalkan Pak Sedara n Anak Sedara tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:54 AM | Show all posts
Ali Ali berdrama je kau
tak boleh ke kau buat senyap2 semua ni
nmpak sgt kau nak tunjuk Hidayah ketagaq kan?
komen2 kat FB byk dh memihak kat kau
pdhal klu dr awal kau ambik tau hal anak buah kau tu
takde la jd smpai mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahh iols ketinggalan ketapi, budak ni tak jadi ceraiii rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hamzah dh obes mcm ayah dia..seram..klu x dijaga mkn mnum dia kang beso saiz xxxxxxl mcm pak dia. Muka tu dh la sbijik abam.. rasa mcm abam alive pulak. Sobs.

Ali ni mmg kwang hajo. Dia xamek kira dh mak bapak dayah... xrespect ongtotua. Dh la rambut pun mcm penyapu idaman environment, muka jenis org meluat. Sikap pulak bg org menyampah. Hamjad btol jenis jantan x hormat ongtotua..dia kira kepala dia je. Patut la dpt amah indon je war bini. Anak2 jd mgsa tghri2 buta ngekor bapak g bayo saman. keja org bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 11:10 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 21-2-2024 10:52 AM
Dari body language Dayah ngan Hamzah ja dalam gambar tu pun dah tau meka menyampah tahap gaban denga ...

lahhh kau..
budak tu kecik lg.. dh ko memandai2...

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 11:12 AM | Show all posts
good move dayah
mmg smthing fishy pon dgn ali tu
adela tu bnde lain dia akan spin kalo dayah bodo2 je accept duit tu nnti
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 11:13 AM | Show all posts
Ali ni sengaja nak cari publisiti.  Takkan Ali tak tau prosedur, nak bayar hutang yg disandarkan atas kes mahkamah mesti mll peguam.  Ada surat serah terima, ditandatangani dn dimetrai. Kemudian kes dianggap selesai. Andaikata Ali rasa insaf dn terkilan, boleh je dgn cara rendah hati serta hormat merafak maaf kpd Hidayah dn sambung semula silaturrahim yg dah retak tu. Tapi biarlah dibuat atas dasar jujur ikhlas dn kerana Allah.  Menjelang Syawal, boleh pakat2 berhariraya ke rumah Dayah dn berfoto bersama2 bak sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 21-2-2024 11:08 AM
Hamzah dh obes mcm ayah dia..seram..klu x dijaga mkn mnum dia kang beso saiz xxxxxxl mcm pak dia. Mu ...


Mane tengahari butanya.. dia datang dah nak magrib.. pukul 6.30  ptg camtu .. balik dlm 7.18 ptg .. magrib2 org tengah siap nak semayang sibuk memekak2 suruh bawak hamzah keluar
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kan elok gitu. merapatkan silaturahim. tkpe lah pelan² perbaiki hubungan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Wayanggggg...
Sapa caya bingai.
Nasib dayah suruh go through loyar nk setel utang.
Kalo jumpa ular ngn si itam ni kasi katuk si itam ni dulu.
Lg bahaye dr ular.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2024 11:38 AM | Show all posts
kena ke buat content?

sempoi la lu bro...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 11:39 AM | Show all posts
yes, wayang je ni. So that nerakazen semua tahu yang dia ada inisiatif untuk jumpa depan mata gitu...walaupun...

setiap penyelesaian kena melalui peguam derrr..propa sangat
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 11:39 AM | Show all posts
lupa lagi satu, DEMI CONTENT. Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 11:39 AM | Show all posts
4thn dh gaduh..boleh dh kt berdamai
nk buat perjumpaan pun letak henfon tu tepi..nmpk sikit keikhlasan tu
org berbudi kita berbahasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.073109 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list