View: 7064|Reply: 37
|
[Tempatan]
Terpaksa Menanggung Kesakitan, Terperangkap Dalam Lubang Dinding Hampir 2 Jam!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Tekun mengejar lipas, seekor 'Oyen' dilaporkan tersangkut pada satu lubang dinding di sebuah rumah yang terletak di Taman Sunny, Kota Kinabalu pada Sabtu lepas.
Menurut laporan Sinar Harian, kucing malang terbabit terpaksa menanggung kesakitan akibat terperangkap dalam lubang berkenaan selama hampir dua jam.
Pemilik kucing yang memiliki bulu berwarna jingga dan putih itu telah menyedari keadaan kucingnya sekitar 11.50 pagi. Susulan itu, dia telah meminta bantuan dengan menghubungi Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Menurut Pegawai Bencana Operasi APM Kota Kinabalu, Ezra Gandui Daniel, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.59 pagi.
"Setibanya di lokasi, pengadu memaklumkan leher kucing tersangkut pada dinding rumah dan difahamkan haiwan itu tersangkut selepas mengejar lipas sehingga ke lubang tersebut.
"Setelah menilai keadaan, pasukan kami mendapat kebenaran daripada pengadu untuk memecahkan tembok dinding rumah pengadu," kata Ezra.
Tambahnya lagi, selepas mendapat keizinan untuk memecahkan tembok rumah berkenaan, kucing yang tersangkut pada lubang tersebut berjaya diselamatkan.
Selain membebaskan 'Oyen' daripada lubang berkenaan, pihak APM turut memastikan kucing tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan ketika tembok dipecahkan.
Operasi tersebut berakhir dengan jayanya dan kesemua anggota serta kucing yang terlibat dalam misi ini tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Anggota juga bertindak melindungi kucing tersebut dengan selamat menggunakan selimut semasa memecahkan tembok rumah pengadu dan kucing itu berjaya diselamatkan selepas satu jam 45 minit terperangkap.
"Tiada sebarang kerosakan peralatan dan kecederaan terhadap anggota yang berlaku semasa di lokasi. Operasi kemudian ditamatkan kira-kira jam 1.30 petang," katanya.
Dalam pada itu, Ezra turut mengesahkan bahawa kucing itu merupakan haiwan sama yang pernah diselamatkan pihaknya sebelum ini. Kejadian tersebut turut berlaku di rumah dan di lubang yang sama. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
CARI-Author replied at 21-2-2024 02:04 PM
Memang tak bersalah langsung Ginger ,???? |
|
|
|
|
|
|
|
Owner bodoh x reti nk tutup lubang tu sbb ni bkn 1st time kucing tu sangkut yach |
|
|
|
|
|
|
|
oyen oyenn memang suka buat hal ye |
|
|
|
|
|
|
|
lagi sekali kau sangkut yen, suruh la apm tu robohkan terus rumah bibik kau.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni seken time ye
last year benda yg sama, oyen yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
iols membela oyen, boleh katakan kucing oyen ni nakal lain macam. calico iols sopan jah sebab dia betina. kucing warna lain iols pernah bela, tak nakal macam oyen |
|
|
|
|
|
|
|
boleh masuk tapi tak boleh keluar .. oyen memang kelakarlah |
|
|
|
|
|
|
|
Lol! Oyen2…
Yg lain pun ada 9 lives juga tapi tak macam oyen |
|
|
|
|
|
|
|
ni dah kali ke-2 kan menatang tu tersangkut kat lubang dinding, patutnya tutup je la lubang tu kalau dh tau belaan ko tu jenis buas |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 21-2-2024 02:19 PM
Wah, kah, kah, kah! Tak pasti nak ketawa ke nak gelak {:ml ...
Saya pilih Berdekah.
|
|
|
|
|
|
|
|
blekkep replied at 21-2-2024 02:27 PM
Owner bodoh x reti nk tutup lubang tu sbb ni bkn 1st time kucing tu sangkut yach
sajer jer tu..nk jumpa abam bomba... |
|
|
|
|
|
|
| |
|