CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3389|Reply: 0

[Dunia] Foto paling meruntun hati dari Rafah

[Copy link]
Post time 21-2-2024 06:55 PM | Show all posts |Read mode
Foto paling meruntun hati dari Rafah

https://www.hmetro.com.my/global ... tun-hati-dari-rafah

Agensi

Disiarkan pada: Februari 21, 2024 @ 1:32pm


SHEHAB memeluk erat jenazah ibunya sehingga sejam. FOTO TANGKAP layar daripada video Al-Jazeera

Rafah: Gambar remaja lelaki yang mendakap erat jenazah ibunya yang syahid dalam serangan Israel di Rafah, selatan Gaza, baru-baru ini, amat meruntun hati.

Shehab Omar Abu Al-Hanud, 19, dilihat setia mendakap ibunya, Ghada Youssef Ahmed Abu Al-Hanud, selama kira-kira sejam.

Menurut Shehab, dia rasa kehilangan ibu yang menjadi tempatnya bermanja selama ini.

"Ibu segala-galanya bagi saya tanpa dia tak ada maknanya lagi.

"Ramadan dan Aidilfitri nanti parti perit apabila dia tiada," katanya kepada Al-Jazeera.

Katanya, dia menganggap ibunya sebagai 'malaikat' kerana ringan tulang membantu orang lain tanpa meminta balasan.

Bercerita lanjut, Shehab berkata, ibunya terbunuh dalam satu serangan di Rafah.

"Malam itu, ibu dan ayah, saya dan adik lelaki tidur di dalam satu bilik.

"Saya masih berjaga membelek telefon sebelum terdengar bunyi serangan pertama menghentam masjid berdekatan.

"Kami semua bangun menyelamatkan diri, tetapi ibu berhenti sekejap untuk memakai jubahnya sebelum keluar rumah," katanya.

Namun katanya, pada saat itu, serangan seterusnya berlaku menyebabkan ibunya terperangkap.

"Kami jumpa ibu dalam keadaan parah (kerana) ditimpa almari.

"Kami memanggil namanya, namun tiada jawapan balas lagi," katanya.

Shehab berkata, mereka membawa ibunya ke hospital dan sempat diberikan rawatan alat bantuan pernafasan.

Remaja itu menemani ibunya sebelum wanita itu meninggal dunia 40 minit selepas rawatan.

Dalam pada itu, AFP melaporkan Israel, pada Selasa, meneruskan pengeboman ke atas Gaza ketika Washington memveto resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UNSC yang menggesa gencatan senjata di wilayah Palestin.

Pada hari sama, Washington memveto cadangan pertama, yang digubal oleh Algeria, yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dan pembebasan "tanpa syarat" semua tebusan yang diculik dalam serangan 7 Oktober.

Duta Washington ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, menyebut undian itu sebagai "angan-angan dan tidak bertanggungjawab".

Hamas berkata, veto AS menyamai "lampu hijau bagi pendudukan untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai".

Veto itu mencetuskan kritikan daripada negara termasuk China, Rusia, Arab Saudi dan juga sekutu rapat AS termasuk Perancis dan Slovenia.

Kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin kini berlindung di Rafah, kebanyakannya tinggal di khemah sementara.

Bandar yang penuh sesak itu - terakhir belum digempur oleh tentera Israel - juga menjadi pintu masuk utama untuk bekalan bantuan yang amat diperlukan Gaza, melalui negara jiran Mesir.

Di sebalik tekanan antarabangsa, Israel menegaskan bahawa operasi darat di bandar itu penting untuk memusnahkan Hamas.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049874 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list