CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6957|Reply: 29

[Tempatan] KKM laksana projek rintis panjangkan waktu operasi klinik,dilanjutkan hingga 9.30 malam.Anda suka?

[Copy link]
Post time 22-2-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan projek rintis melalui pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan di klinik berdekatan hospital yang terpilih mulai 25 Mac 2023 hingga 31 Disember 2023.



Menerusi satu kenyataan, KKM menjelaskan perkara itu dilakukan setelah mengambil kira isu kesesakan di hospital termasuklah di negeri Selangor, di mana kerajaan menerusi Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) bersetuju untuk mereka melaksanakan projek rintis berkenaan.

“Projek rintis melalui pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan yang berdekatan dengan hospital terlibat seperti berikut; Klinik Kesihatan Bandar Botanik, Klang (yang berdekatan dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah); Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Gombak (yang berdekatan dengan Hospital Selayang); dan Klinik Kesihatan Ampang, Hulu Langat (yang berdekatan dengan Hospital Ampang),” jelas kenyataan itu pada Selasa.

Terdahulu, bagi penyampaian perkhidmatan di klinik kesihatan, waktu operasi adalah mengikut waktu bekerja pejabat.

Manakala bagi klinik yang terpilih untuk melaksanakan perkhidmatan secara extended hours (EH), waktu operasi dilanjutkan selepas waktu bekerja pejabat hingga 9.30 malam serta pada hari Sabtu mulai 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Tambahnya, dalam tempoh ini, pegawai perubatan yang bertugas pada hari Ahad telah diberi kelulusan khas secara bertempoh dalam projek rintis bagi membolehkan elaun lokum dibayar sekiranya mereka diarah bertugas secara lokum.

Selain itu ujarnya, pegawai farmasi dan juru X-ray dalam kumpulan pengurusan dan profesional juga diberi pemanjangan elaun lokum pada kadar yang berbeza.

Jelasnya lagi, hasil pelaksanaan projek rintis telah diteliti dan permohonan untuk meneruskan pembayaran elaun lokum sedang dalam pertimbangan agensi pusat.

“Buat masa ini, pegawai perubatan yang diarah bertugas pada hari Sabtu dan Hari Kelepasan Am masih layak menuntut elaun lokum, manakala pada hari Ahad yang melibatkan waktu bekerja mulai jam 9 pagi hingga 1 tengah hari, pegawai perubatan boleh menuntut cuti gantian tertakluk kepada kelulusan ketua jabatan,” ujarnya lagi.

SumberSinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 08:59 AM | Show all posts
boleh..sgt bagus..tp kene jugak tmbh perjawatan diorg la...nnt kalau diorg terlebih penat, xpasal marah2 patient..diorg tu pon manusia biasa jugak ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 22-2-2024 08:59 AM
boleh..sgt bagus..tp kene jugak tmbh perjawatan diorg la...nnt kalau diorg terlebih penat, xpasal ma ...

mana boleh tambah. nnti ramai bising penjawat awam ramai sngt 1.6 juta.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:52 AM | Show all posts
SHAH ALAM- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan projek rintis melalui pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan di klinik berdekatan hospital yang terpilih mulai 25 Mac 2023 hingga 31 Disember 2023.



sekarang dah 2024..sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Xkesah jumlah gomen servant 2-3jota org pon.
Janji jujur ngn amanah wat keja.
Bukan sekadar mkn gaji buta!
Yg kite kesah kena tggung pencen sampai mati siap extend utk bini sesudah mati.
Kasi tukar carum epf cukop ler.
Lgpon benefits lain dpt aje kann.
EH ni dh mcm biskut, kejap ade kejap xde.
Tolong la konsisten kkm.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 10:01 AM | Show all posts
bagi aku, caj rawatan RM1 tu dah tak relevan dan kena naikkan... at least RM5 tu dah ok...

berbanding swasta ko selesema je dah kurang2 RM80-RM100...


at least dgn kenaikan kadar caj, duit tu boleh guna utk penjawatan tambahan dan peralatan2 serta infra klinik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2024 10:29 AM | Show all posts
Dulu.. dah elok2 ada UTC dengan segala mala urusan dengan kerajaan boleh dibuat selepas waktu pejabat hingga ke 9 pm.. klinik, imigresen, JPN, JPJ dan lain2..

Salah satu usaha PM Najib yang wajar diberikan pujian. Amat memudahkan pekerja2 swasta dan orang ramai untuk berurusan dengan kerajaan..tak perlu ambik cuti semata2 nak renew passport/border pass..

Naik PH, jahanam semua..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 10:46 AM | Show all posts
bab UTC aku sokong Najib, idea sangat bijak, semoga idea neh dijalankan semula, sedangkan najib curi boleh dapat diskaunkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeap. UTC antara projek terbaik Najib. Dengan River of Life kat Sungai Klang tu. Rosmah of course jasa terbesar tubuhkan Permata Pintar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 10:59 AM | Show all posts
kalau doctor/nurse/ma okay, aku okay je

ni baru lagi baca berita nurse kat joho keluar beramai-ramai tu

cukup tak staff nak keje sampai malam tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
jangan pukul 6 dah tak terima pesakit..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 22-2-2024 10:29 AM
Dulu.. dah elok2 ada UTC dengan segala mala urusan dengan kerajaan boleh dibuat selepas waktu pejaba ...

kurex dulu renew lesen, renew ic semua lepas keje. kalau penat lepas keje pergi hari minggu. sakit pun pergi 1 malaysia tak kenal waktu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
itik_magic replied at 22-2-2024 09:01 AM
mana boleh tambah. nnti ramai bising penjawat awam ramai sngt 1.6 juta.

Klaau tnye ai,ai ok je ramai2 penjawat awam..xkesah la nyk keje atau x..ikut pahaman ai,mmg kerajaan kene sediakan byk peluang pekerjaan dan bantu kurgkan peratusan pengangguran..camne nak cater bab gaji,tu keje kerajaan le yg pk camne nak mantobkan ekonomi utk lancarkan aliran tunai..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
mayaHD replied at 22-2-2024 10:46 AM
bab UTC aku sokong Najib, idea sangat bijak, semoga idea neh dijalankan semula, sedangkan najib curi ...

Yep..utc mmg bagus..dh nagus xnak truskan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aii sempat merasa p klinik1Msia dulu bawak mak check kencing manis. Kat rumah ada ja blood glucose tuu tp nes xbagi mak check sendiri sebab masa tu on insulin so kena p check katt klinik1Msia ni la...xramai pun mlm..ada 1MA..2nes jaa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda dh lama buat kt KK lain..kt KK Kajang dh lama dah smpi 9:30 mlm n sabtu smpi 1pm ..bukan baru pun..apa daaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
TT apasal ko bodoh membaca? sedehh sgt ke hidup ko sangap nk membukak thread sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mat sabu di beri peluang untuk jadi PM11 pon beliau akan dapat saingi jasa2 dan idea2 najib
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun setuju UTC & klinik 1 Malaysia zaman Najib sangat lah relevan. Patut teruskan jela. Kurang sikit manusia bersesak kat kk & pejabat kerajaan waktu office hours.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 22-2-2024 10:29 AM
Dulu.. dah elok2 ada UTC dengan segala mala urusan dengan kerajaan boleh dibuat selepas waktu pejaba ...

Klinik kesihatan utc masih ade lg mat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.397168 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list