INDIVIDU yang menjadi mangsa buli dan bahan ejekan pasti berdepan trauma sehingga ada yang mengalami masalah kesihatan mental.
Situasi sama dilalui wanita ini yang mana dia sering diejek oleh rakan sekelas semasa sedang mengikuti pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi.
Mengimbau kenangan pahit tersebut, ujarnya, semasa berada di universiti dia bukan sahaja selalu diganggu oleh seorang lelaki malah turut diejek di hadapan orang ramai termasuk rakan sekelas.
"Setiap kali bertemu, mulut dia akan menghina aku dan keji depan orang ramai. Setiap kali balik bilik mesti aku menangis.
"Dia hina aku muka kurap, kurus macam mumia, tak cantik, muka busuk tu depan orang ramai tanpa rasa segan silu," luahnya.
Dia yang kini bertugas sebagai guru berkata, kejadian buli tersebut berlarutan sehinggalah mereka berada di semester kelima.
Malah katanya, sepanjang tempoh tersebut, hidupnya menderita disebabkan kata-kata cacian yang dibuat oleh lelaki terbabit.
Lebih menyedihkan, rakan sekelas langsung tidak menyebelahi dirinya sebaliknya tidak masuk campur malah memekakkan telinga setiap kali dia diejek di khalayak.
"Aku bersabar, berdiam dan yang buat aku sakit hati adalah classmate aku sendiri tak pernah backup aku, apa yang aku kena... mereka buat bodoh je.
"Setiap kali jumpa, dalam hati aku akan mengeji dan mendoakan dia mati kena langgar kereta," katanya lagi.
Meskipun sudah setahun berkhidmat sebagai pendidik dan berada jauh daripada individu tersebut, wanita ini mengaku tidak pernah melupakan setiap kata-kata cacian yang diterima sepanjang tempoh pengajian.
Bukan itu sahaja, dia juga tidak berhenti mendoakan rakan sekelasnya itu mati dalam pelbagai cara.
"Aku mendoakan dia macam-macam sebab sampai sekarang aku benci dia... sampai mati.
"Aku pernah jumpa bomoh dan santau dia... memang menjadi. Secara tak langsung, dendam aku terbalas," tambahnya lagi.
Disebabkan amalan syirik yang dilakukan, rakan sekelasnya itu menderita dan sakit sehingga badan semakin kurus.
Malah dia juga gembira apabila mendapat maklumat tentang keadaan lelaki tersebut menerusi kumpulan WhatsApp kelas.
"Setiap hari aku terima dalam WhatsApp group tentang dia menderita sakit dan badan semakin susut. Aku gembira melihat dia menderita.
"Hujung tahun lepas aku berkahwin, hidup aku lebih bahagia bersama suami... dulu kena keji, hari ini dipuja suami dengan kecantikan aku.
"Cuma aku penat sebab 'benda' (entiti makhluk halus) tu asyik ganggu aku juga. Setiap kali senja mesti diganggu tetapi suami aku tak kena," ujarnya.
Bagaimanapun sejak berkahwin, dia sudah tidak mengetahui keadaan 'mangsa' santaunya itu.
Namun dia tetap mendoakan lelaki tersebut mati kerana tidak dapat memaafkan apa yang berlaku sehingga akhir hayat.
Dalam pada itu, dia berharap apa yang diluahkannya di laman sosial dapat memberi pengajaran dan pedoman kepada individu lain.
"Aku sedar aku berdosa dengan Tuhan tapi dalam masa yang sama aku tak boleh terima apa yang aku terima... dendam aku belum habis selagi dia hidup," tambahnya.
Luahannya itu dikongsikan seorang pelayar X yang turut menegaskan tindakan mensyirikkan Allah adalah dosa besar.
Namun katanya, pelayar media sosial tidak layak untuk mengadili mahupun menghukum perbuatan wanita tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berharap wanita tersebut segera bertaubat dan meminta maaf dengan rakan sekelasnya itu.
"Selagi dia hidup, kau masih sempat untuk minta maaf sebab kau santau dia.
"Aku faham apa yang kau lalui tapi aku tak sokong part santau yang kau buat tu... jumpalah psikatri atau ustaz dan mengadulah pada orang yang kau boleh percaya.
"Aku dari kecil dipanggil si muka hodoh padahal tak pernah kacau hidup dia. Setiap kali lalu berdekatan dia memang akan gelar macam tu, bertahun aku hadapi... walaupun dah pindah tetap rasa sakit hati sampai sekarang.
"Sebab itu kalau kena buli, voice out. Apabila simpan sendiri, tu yang jadi sakit hati dan berdendam sampai macam ni... tapi kalau laki kau tahu, mungkin dia ingat kau bomohkan dia sekali," ujar beberapa warga maya.
Berdasarkan penjelasan dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Islam menolak amalan sihir dan mengajar orang Islam untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir.
Post time 25-2-2024 05:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bagus budak ni balas balik. Padan muka.
Niece i kena ejek sebab kulit gelap by a boy setahun tua dari dia. Asalkan terserempak kena ejek kulit hitam gelapla etc. Then my sis tanya budak tu pendek ke. Which is yes. Kecik2 dah inhibit traits jantan insecure bodoh. Malang la future wife kalau terbawak2 perangai sampai ke besar
Post time 25-2-2024 06:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by green~tea at 25-2-2024 06:19 PM
Lain mcm dia ni dendam dgn pembuli ya... sampai jual akidah santau org....
Aku pun pernah kena buli and manipulated for years from someone aku kenal kat forum... kena scam, kena fitnah left right, kena ngumpat.. siap dia ajak geng berpuluh2 orang utk serang aku... ramai plak tu percaya kisah2 menipu dia tu..
Laki bini tu serang aku, siap doa aku mati bunuh diri terjun klcc... siap buat fitnah merata kata aku jobless kena buang kerja... adoiii
Pelik wei, aku yang kena scam 20k... aku yang kena fitnah, kena malu.. tp aku plak yang dia doa suruh mati... play victim siap smear campaign raih simpati orang2 lain...
Tp apa aku buat? Apa yang aku balas?
Aku maki je balik dlm forum.. tp satu geng pun aku takde ajak utk serang dia.. aku move on dgn diri dan life aku je....
Aku focus utk bina ahli keluarga aku aje..
Sbb mak aku selalu pesan.. bila banyak dianiaya..
Doa lah byk2 utk kemajuan diri... doa org teraniaya ni makbul...
So Alhamdulillah.. dari focus utk jatuhkan orang.. baik focus utk bina diri dan keluarga...
Post time 25-2-2024 06:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by green~tea at 25-2-2024 06:25 PM
Lepas 2 tahun++++ aku ignore and buang dia & kerabat2 dia dlm forum... aku hidup aman yach...
Laki aku, adik aku, aku.. menten stabil keje GLC
SIL aku focus anak2 5 orang & resort manager
SiL (adik hubby) jadi acik legal gomen
BIL (adik hubby) migrate UK - master, icaew & keje
Keje aku stabil, bisnes aku stabil, investment aku stabil.. family aku pun bakalan bertambah jadi 4 orang dah tahun ni... Alhamdulillah....
Post time 25-2-2024 06:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
complicated nya hidup
utk yg diluar sana kalau dibuli dikeji dihina tlg la melawan tp jgn la over sampai mcm kes artikel ni tahap perut hijau dah ni
tapi iols nak padankan aje muka jantan tu, mulut longkang mmg payah nak katup ujung2 merana. sorry no kesian.
giler berani jmp tokmoh buat benda pelik2 camni. tak pasal2 antu ngekor balik. serammmm
Post time 25-2-2024 08:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku rasa kalau setakat wish benda2 tak baik org yg buli or buat jahat kat kita tu normal reaction sbb kita cuma nak lepas geram. Tapi kalau libatkan sihirkan org tu dah kes lain. Sefaham aku syirik antara dosa yg tak diampunkan Allah. Kita ni nak hidup bukan kat dunia je
Post time 25-2-2024 08:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cmf_almondpecan replied at 25-2-2024 05:59 PM
Ejek budak tu balik kata dia ketot, pendek, insecure dll setiap kali dia ejek kita hitam ke apa sa ...
Budak tu mmg kena dah. Satu hari tu niece i cakap balik eleh ko rendah diri ye sebab ko pendek kan..budak tu menjawab balik eh mana ada, aku tak kesah..alih2 terjatuh depan orang, semua gelakkan dia. Padan muka, i dengar pun puas hati
yg pi santau buat apa?
pi la adu kat Allah terus, buat solat
aku pernah juga doa org yg malukn aku mati, pastu dia mati tak lama kemudian , ntah rasa bersalah plak..