CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5661|Reply: 0

[Johor] Tourism giat jadikan Johor Bahru destinasi pilihan pelancong Singapura

[Copy link]
Post time 25-2-2024 05:31 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Tourism Johor Sharil Nizam Abdul Rahim (empat, kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Johor Bahru Central Bussiness District (CBD) Heritage Walk di Sungai Segget, di sini hari ini. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Tourism Johor akan terus mempergiat usaha bagi menjadikan negeri itu khususnya bandar raya Johor Bahru, sebagai destinasi pilihan utama pelancong dari Singapura.

Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim, berkata antara inisiatif akan dilaksanakan ialah menyusun pakej-pakej pelancongan menarik seperti aktiviti meneroka sejarah di negeri berkenaan.

Beliau berkata usaha itu dilakukan bagi menjadikan Johor sebagai lokasi penginapan dan bukan sekadar lokasi perhentian untuk membeli-belah warga republik berkenaan.

"Sebenarnya memang akan ada langkah-langkah inisiatif daripada Tourism Johor untuk pelancong Singapura, sepertimana yang kita maklum, mungkin ada yang mengatakan mereka ini hanya jadikan bandar ini sebagai pit stop.



"Kita akan ambil langkah supaya mereka datang dan menginap di Johor. Misalnya, ada bangunan-bangunan ikon berkemungkinan jika kita buka dan menyusun jadual perjalanan menarik, akan menyebabkan mereka duduk (bermalam) di Johor," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Johor Bahru Central Bussiness District (CBD) Heritage Walk di Legaran Segget di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha Tourism Johor menarik pelancong dari Singapura, sekali gus menjadikan negeri itu sebagai lokasi pelancongan utama dan bukan sekadar perhentian untuk membeli-belah.

Sharil Nizam berkata kejatuhan nilai ringgit juga memberi peluang kepada Tourism Johor untuk meningkatkan lagi usaha merancakkan sektor pelancongan negeri.

"Kadang-kadang kita fikir mata wang kita jatuh, kita rasa macam, mengapa nilai mata wang Ringgit Malaysia begini kan?

"Sebenarnya, pada saya, itulah kelebihan untuk kita, gunakan sebaik mungkin, kita buat promosi lagi dekat luar, biar orang datang ke Johor termasuk untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di sini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-pilihan-pelancong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.061584 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list