CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6047|Reply: 71

[Tempatan] "Sakit Putus Cinta? Sial" - Bimbang Pelanggan Berasa Kurang Selesa, Memilih Makan Dalam Kereta

[Copy link]
Post time 26-2-2024 01:52 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan makan dalam kereta.

SEORANG lelaki membuat keputusan untuk tidak makan di restoran yang dikunjungi sebaliknya hanya makan di dalam kereta..

Dalam video dimuat naik oleh @rissnasty_1 di TikTok, dia menunjukkan pinggan berisi nasi putih lauk ayam goreng yang dibeli dari sebuah kedai mamak.

Walaupun merupakan pelanggan restoran itu, dia memilih untuk makan dalam kereta, di tempat duduk penumpang hadapan sambil menunjukkan kakinya yang cedera dipasang alat bantuan besi (lizarof external fixalator).

"Sakit putus cinta? Dia belum tahu (lebih sakit) pergi mamak makan dalam kereta," tulisnya pada video.

Perkongsian lelaki ini meraih perhatian netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan Riss.

Difahamkan, tulang kakinya patah dan hancur akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya di Felda Chemplak Barat, Johor.

Dalam pada itu, seorang warga maya yang pernah 'dipasang besi' akibat kemalangan sebelum ini berkongsi pengalaman bahawa dia tidak malu untuk makan di tempat awam.

"Saya yang tangan masuk besi makan dekat kedai, orang yang tutup mata. Saya rileks je makan tayang tangan atas meja makan," katanya.

Membalas komen tersebut, Riss memberitahu dia makan di dalam kereta kerana bimbang besi yang dipasang pada kakinya itu mungkin akan membuatkan pelanggan di situ berasa kurang selesa.

"Saya bukan apa. Banyak sangat besi (pasang pada kaki). Takut orang tengah makan tengok nanti termuntah," katanya.

Dalam satu lagi video yang dimuat naik Riss berharap kakinya cepat sembuh daripada kesakitan dialami.

"Akan ku tunggu hari yang paling dinantikan di mana saya bahagia dan bebas daripada kesakitan (suatu hari nanti)," katanya di ruangan kapsyen video.

Jelas Riss dalam hantaran berkenaan, dia mula memakai alat bantuan tersebut sejak lima bulan lalu.

Jika diteliti pada ruangan komen, rata-rata netizen mendoakannya sembuh sebelum tibanya Aidilfitri pada April.

"Harap kita sama-sama kuat bang. Sakit ya buang besi tu. Tak ada bius.

"Patah 'tebu' ke bang? Saya doakan abang cepat sembuh sebelum raya.

"Ngilu saya tengok bang. Semoga buka besi sebelum raya," komen beberapa warganet.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2024 01:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2024 01:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2024 01:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2024 01:52 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2024 01:53 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sedap lak ayam goreng

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 03:35 PM | Show all posts
knp tak tapau je eh? lg selesa mkn kt rmh. ni aku ler yg berpengalaman patah tgn 2 kali br ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
iols kalau gitu gaya tak keluar rumah...risau org terlanggar (ke tak sakit?).
pernah tgk india yg pasang besi apa entah patsegi kat kepala dia jln mcm robot. iols seriau kot org terlanggar or dia nak masuk kete tersangkut kat pintu jenuh laa tobek yg part lubang2 depa boh skru tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
makan tetap makan.. mmg suka mkn kat mamak kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 03:45 PM | Show all posts
seriau tengak,..aku pulak yg rasa ngilu tgk besi2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lapaq. Viral.
Tu ja nk komen knowing content tiktok.
Puihh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai kain pelekat, tak blh ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 04:14 PM | Show all posts
okla.. frankly kalau aku duduk depan dia tengah makan kat meja..
geli tu tidak.. seriau tu iye..
tak dapat tidak aku akan curious untuk tengok2 jugak. haha..
apalagi kalau ada budak2.. banyak pulak soal jawab..
silap2 haribulan ada yg menangis takut.

so better makan kt rumah je.. tapi mungkin dia pon bosan dok terperap kt umah.. nak jugak tukar angin... dapat makan tepi kedai pon jadila.. janji ayam masih crispy.. pinggan takyah basuh..

lagipon kedai mamak no hal.. service tip top.. hantar sampai pintu kete tak jadi masalah.. lagi pulak kalau regular customer.. tolong basuhkan tangan pon bole agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 04:39 PM | Show all posts
Yoonggi replied at 26-2-2024 03:35 PM
knp tak tapau je eh? lg selesa mkn kt rmh. ni aku ler yg berpengalaman patah tgn 2 kali br ni

chuols eksiden ke noks? semoga cempat sembuh iya berapa lama chuols amik masa untuk recover? agittew meols amik berat pasal kebajikan acik2 porem sangat
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 05:23 PM | Show all posts
Kalau dah sakit tu buatlah cara sakit. Kenapa perlu makan dlm kereta.  Tak boleh ke minta sesapa belikan dn makan penuh privasi di rumah, tak perlu beri alasan mcm2. Dgn keadaan kaki sedemikian rupa, gigihlah pulak renyahkn diri ke sana-ke mari. Demi konten lah gamaknya ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yoonggi replied at 26-2-2024 03:35 PM
knp tak tapau je eh? lg selesa mkn kt rmh. ni aku ler yg berpengalaman patah tgn 2 kali br ni

Get well soon
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa arwah mil ai msuk hospital dlu,akak katil sebelah kaki cmni la. Accident. Tgk ngeri oii. Ngilu rasa . Masa ai tgk tu dia baru berapa hari dlm wad. Kesian tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
duduk rmh je la da sakit tu

tu klu kereta brek mengejut tak ke kaki patah makin teruk

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 08:56 AM | Show all posts
hyie replied at 26-2-2024 04:39 PM
chuols eksiden ke noks? semoga cempat sembuh iya  berapa lama  ...

ha ah. dlm 4 bln gak ler aku mc. doktor kata hat patah tu plg kurang ambik 6 minggu br nk smbg tulang tu. ni pun kena p fisio lg. mekaseh la sbb amik tau kebajikan sesama insan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.087199 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list