CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2506|Reply: 0

[Johor] Lelaki kebas RM600 duit tabung masjid

[Copy link]
Post time 27-2-2024 01:20 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki sedang mencuri duit dari tabung Masjid Kampung Parit Kahar, Ayer Baloi, Pontian, Johor petang semalam.

PONTIAN – Seorang lelaki melarikan wang tunai kira-kira RM600 dari tabung kariah Masjid Kampung Parit Kahar, Ayer Baloi, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan polis mengenai kejadian tersebut telah dibuat di Balai Polis Ayer Baloi oleh pengerusi masjid, pada pukul 6 petang.

Katanya, dalam laporan tersebut, pengadu telah menerima laporan dari bilal masjid yang memberitahu tabung masjid telah diceroboh oleh orang tidak dikenali selepas solat asar.

“Semakan daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki telah memecah tiga tabung yang terdapat di dalam masjid tersebut,”katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Mohammad Shofee, pemeriksaan lanjut yang dilakukan mendapati ketiga-tiga mangga pada tabung-tabung tersebut telah dipotong dan dipercayai telah dilakukan oleh suspek.

“Semakan pada CCTV yang dijalankan mendapati pada pukul kira-kira 5.41 petang, sebuah kereta Proton Persona berwarna merah telah memasuki pekarangan masjid.

“Dan selepas itu seorang lelaki yang memakai penutup muka dengan membawa beg sandang telah masuk ke dalam masjid,” ujarnya.

Katanya, kemudian suspek dengan menggunakan alat pemotong telah memotong mangga dan mengambil duit dalam tabung tersebut dan kemudian terus beredar mengunakan kereta yang sama.

Sementara itu, Pengerusi Masjid, Sakimin Ahmad berkata, kali terakhir kutipan pada ketiga-tiga tabung tersebut dilakukan pada hari Jumaat lalu dengan jumlah kutipan sebanyak RM1,200.

Menurut beliau, pihaknya melakukan kutipan secara mingguan pada hari Jumaat selepas Solat Jumaat dan tidak membuat kutipan secara harian.

“Kutipan dari tabung tersebut digunakan bagi perbelanjaan membayar bil bekalan elektrik dan api dan lain-lain aktiviti yang dijalankan oleh pihak masjid,” ujarnya ketika dihubung di sini hari ini.

Sakimin memberitahu perbuatan tersebut mungkin dilakukan oleh dua orang suspek, dimana salah seorang rakannya dipercayai menunggu di dalam kereta sebelum kedua-dua malarikan diri selepas itu.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... duit-tabung-masjid/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.062739 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list