CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2039|Reply: 0

[Johor] Kim Kim antara empat sungai tercemar di Pasir Gudang

[Copy link]
Post time 27-2-2024 03:42 PM | Show all posts |Read mode

Tian Soon meninjau keadaan beberapa sungai di sekitar Pasir Gudang semalam. - Foto ihsan EXCO

PASIR GUDANG: Empat sungai di sekitar kawasan perindustrian di Pasir Gudang di sini termasuk Sungai Kim Kim didapati dalam tahap tercemar dan memerlukan pemantauan yang kerap.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, berkata selain Sungai Kim Kim, sungai yang didapati turut tercemar termasuk Sungai Tukang Batu, Sungai Perambi dan Sungai Buloh.

Menurutnya, tinjauan dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor dan cawangan Pasir Gudang serta Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) semalam.

"Berdasarkan sampel air yang diambil, sungai berkenaan didapati berada di tahap tiga dan empat iaitu keadaan yang membimbangkan. Usaha mengambil sampel air di sungai berkenaan akan digandakan serta pemantauan daripada semasa ke semasa akan dijalankan.



"Ia bagi memastikan peristiwa Kim Kim yang pernah melanda kawasan ini sebelum ini tidak berulang.

"Kami berharap pengilang, pengusaha mematuhi peraturan selain pelbagai agensi bersama menjajah kelestarian dan kebersihan sungai. Kesihatan warga Pasir Gudang adalah penting.

"Pihak industri dikehendaki memastikan sebarang pencemaran alam sekitar yang boleh menjejaskan kesihatan awam tidak berlaku dan sentiasa mematuhi semua Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) yang termaktub di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

"Antara punca menyebabkan sungai tercemar adalah akibat aktiviti industri, kumbahan, dan sikap membuang sampah sesetengah masyarakat," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdapat enam kelas sungai dikategorikan JAS iaitu Kelas 1 (dalam keadaan semula jadi), Kelas 2A (sir memerlukan rawatan konvensional), Kelas 2B (Air boleh digunakan untuk rekreasi), Kelas 3 (Air memerlukan rawatan intensif), Kelas 4 (hanya untuk tujuan pengairan dan kelas 5 (air yang tercemar teruk).
https://www.bharian.com.my/berit ... mar-di-pasir-gudang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.051193 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list