CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2792|Reply: 0

[Negeri Sembilan] JTKSM serbu asrama pekerja asing daif, kotor

[Copy link]
Post time 28-2-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA penguat kuasa JTKsm membuat pemeriksaan di asrama kilang pada operasi bersepadu di Pusat Perindustrian Sungai Gadut. FOTO Azrul Edham

Seremban: Keadaan sampah sarap berselerak, kotor dan tidak terurus. Itu suasana penginapan pekerja asing yang dikesan dalam Ops Gegar oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) membabitkan sebuah syarikat perabot di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, Senawang, di sini.

Ketua Pengarah JTKSM, Kamal Pardi berkata, pihaknya dapati majikan tidak menyediakan penginapan pekerja yang mempunyai kemudahan asas yang baik dan sempurna.

Beliau berkata, majikan didapati tidak mematuhi syarat ditetapkan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Katanya, hasil semakan JTKSM Negeri Sembilan juga mendapati majikan tidak mengemukakan sebarang permohonan sekali gus penginapan yang disediakan itu belum mendapat kelulusan atau perakuan daripada JTKSM.



"Hasil operasi hari ini, kita dapati majikan tidak menyediakan kemudahan yang kondusif bagi pekerja mereka seperti peruntukan ditetapkan dalam Akta 446.

"Kami lihat keadaan asrama yang menempatkan sekitar 150 pekerja asing ini agak daif dan tidak terurus serta terdapat bau yang tidak menyenangkan. Keadaan tempat tidur bersepah walaupun ada menyediakan katil dan tilam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai Ops Gegar di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut Senawang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan dan Pengarah JTKSM Negeri Sembilan, Roslan Bahari.

Kamal berkata, setiap majikan perlu menyediakan tempat penginapan pekerja yang kondusif termasuk kemudahan asas iaitu katil, tilam, almari berkunci dan penginapan itu perlu diselenggara.

"Ini yang kita tekankan dan kami dapati ia tidak berlaku di sini. Kami akan buka kertas siasatan atas kesalahan-kesalahan yang berlaku dan kita berharap ia jadi pengajaran kepada syarikat lain untuk tidak melakukan kesalahan yang sama," katanya.

Menurutnya, ketika ini terdapat kemudahan tempat tinggal pekerja secara berpusat (CLQ) di Negeri Sembilan yang perlu dimanfaatkan oleh majikan.

Katanya, CLQ terbabit masih mempunyai kekosongan dan majikan yang merasakan tempat penginapan pekerja mereka tidak kondusif boleh menempatkan pekerja di CLQ berkenaan.

"Dalam Ops Gegar yang dijalankan di seluruh negara semalam, sebanyak 66 syarikat dilawati dan 57 kertas siasatan dibuka membabitkan seramai 800 pekerja tempatan dan 1,150 orang pekerja asing.

"Tumpuan kita sekarang adalah berkaitan Akta 446, Akta Kerja 1955 dan perintah gaji minimum.

"Kita dapati majikan walaupun bukan semua, tidak memberikan perhatian kepada peraturan yang ditetapkan ini," katanya.

Selain kakitangan JTKSM, operasi turut membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ja-asing-daif-kotor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.085121 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list