CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2648|Reply: 0

[Johor] 52 tapak bazar Ramadan, Aidilfitri diluluskan di Johor Bahru

[Copy link]
Post time 28-2-2024 03:55 PM | Show all posts |Read mode

NOORAZAM (dua dari kiri) menukar dokumen persefahaman pada di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru. Foto BAAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengeluarkan lesen dan meluluskan penganjuran 52 tapak bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri pada tahun ini.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, kawasan tersebut melibatkan 3,094 petak peniaga di tapak yang telah diberikan lesen.

Beliau berkata, permohonan lesen dan sewa tapak bagi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri pada bulan depan telah ditutup pada hujung bulan lalu.

Katanya, jumlah itu mencatatkan peningkatan dengan dua bazar Ramadan diberikan kelulusan untuk beroperasi pada tahun ini.

“MBJB telah meluluskan 30 lokasi bazar Ramadan anjuran swasta dan 22 lokasi bazar Ramadan anjuran pihak Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) bersama-sama dengan pihak swasta.

“Kita turut meluluskan 11 lokasi bazar Aidilfitri anjuran swasta di lokasi tumpuan pengunjung di sekitar bandar raya ini,” katanya selepas Majlis Persefahaman Antara MBJB dengan Agensi Teknikal sebagai rakan strategik Johor Fast Lane (JFL) di Menara MBJB, di sini.

Mohd. Noorazam mengingatkan penganjur setiap bazar Ramadan untuk mematuhi aspek kebersihan di lokasi bazar supaya tidak timbul isu sampah longgok yang boleh mengundang isu lain.

“Pemantauan akan dilakukan sepanjang tempoh penganjuran dan jika terdapat pelanggaran syarat pelesenan seperti meninggalkan barang niaga di tapak atau tapak bazar kotor selepas tempoh perniagaan, MBJB mempunyai kuasa untuk membatalkan penganjuran tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... kan-di-johor-bahru/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.058184 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list