CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2719|Reply: 0

[Johor] Bakal pengantin 'lesap' RM6,000 akibat salah sendiri

[Copy link]
Post time 28-2-2024 03:59 PM | Show all posts |Read mode

SUREH Kumar didenda RM6,000 selepas mengaku memukul lelaki dengan kayu dalam pergaduhan di Taman Soga, Batu Pahat. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Bakal pengantin didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ketika bergaduh menggunakan kayu dan pisau, Disember lalu.

Tertuduh, Sureh Kumar Gopinathan, 36, yang dijadual melangsungkan perkahwinan dalam tempoh terdekat, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Mengikut pertuduhan, pekerja khidmat pelanggan itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap lelaki berusia 32 tahun dengan memukul kepala dan tangan mangsa menggunakan kayu hingga cedera.

Kejadian itu berlaku di Jalan Pinang Raja, Taman Soga di sini, pada jam 6.40 petang, 12 Disember tahun lalu.



Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mengikut fakta kes, polis menerima aduan mengenai pergaduhan membabitkan tiga lelaki termasuk tertuduh yang bersenjatakan kayu.

Dalam pergaduhan itu, salah seorang mangsa cedera di kepala dan tangan selepas dipukul tertuduh menggunakan kayu.

Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut manakala tertuduh ditahan untuk disiasatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam Safiah Abdul Aziz.

Terdahulu, pihak pembelaan dalam rayuannya memberitahu mahkamah mempertimbangkan hukuman dengan paling minimum memandangkan anak guamnya akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

Pihak pendakwaan kemudian berhujah, mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal kerana senjata digunakan tertuduh boleh menyebabkan kematian.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM6,000 dan tertuduh boleh dipenjara enam bulan jika gagal membayarnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kibat-salah-sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048704 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list