CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1995|Reply: 0

[Johor] Peniaga Rohingya 'jajah' pasar malam

[Copy link]
Post time 28-2-2024 05:10 PM | Show all posts |Read mode

Peniaga etnik Rohingya didapati bebas berniaga di Pasar Malam Taman Anggerik, Kempas di sini. FOTO ihsan pengadu

Johor Bahru: Kewujudan semakin ramai peniaga warga asing Rohingya yang bebas berniaga di tapak pasar malam Taman Anggerek di Kempas di sini, menimbulkan keresahan penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Presiden Pemuda Puteri Malaysia Bersatu (PERIMAU), Mohd Ridhwan Othman berkata, kumpulan peniaga Rohingya itu dipercayai berniaga atas platform kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) termasuk bebas menjual makanan dan barangan basah.

Beliau berkata, selain menyalahi undang-undang termasuk tiada lesen berniaga, tahap kebersihan peniaga terbabit juga meragukan dan mungkin boleh menyebabkan penularan wabak penyakit berjangkit.

Menurutnya, ia berikutan barangan dijual warga asing terbabit pada harga murah menjadi tumpuan etnik Rohingya dan kumpulan warga asing serta segelintir rakyat tempatan.



"Tanpa segan silu dan rasa bersalah, golongan Rohingya berniaga di Pasar Malam Taman Anggerik tanpa pemantauan dari pihak berkuasa.

"Persoalannya mereka guna lesen apa ? Ini menunjukkan seolah-olah mereka kebal dari tindakan undang-undang.

"Penduduk kesal dan mempersoalkan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun penganjur pasar malam," katanya.

Mohd Roshaan berkata, golongan itu semakin berani mencabar undang-undang negara ini sedangkan rakyat tempatan berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya berniaga tanpa lesen atau sebagainya.

"Semua pihak perlu mematuhi undang-undang sama ada penduduk tempatan mahupun warga asing.

"Saya berharap pihak berkaitan peka dengan kewujudan warga asing berniaga tanpa lesen di tapak pasar malam.

"Selain tapak pasar malam, mereka juga bebas membuka kedai di bangunan rumah kedai di sekitar Taman Anggerik," katanya tadi.

Sementara itu, seorang penduduk, Azimah Zakaria, berkata kewujudan peniaga warga asing turut menjejaskan operasi dan pendapatan peniaga tempatan.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Mohd Noorazam Osman berkata pihaknya akan mengambil tindakan berkaitan perkara berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-jajah-pasar-malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.110173 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list