CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4137|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua cedera dalam insiden kapal karam

[Copy link]
Post time 28-2-2024 07:32 PM | Show all posts |Read mode
Dua cedera dalam insiden kapal karam


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



LAPORAN Harian Metro sebelum ini.




Georgetown: 'Kehilangan' pemilik dan penumpang kapal yang karam di perairan di Gelugor, di sini, terjawab apabila kesemuanya disahkan selamat.

Kapal pelayaran (cruise) yang dinaiki empat lelaki termasuk kapten itu mengalami kerosakan ketika tiba di perairan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, A' Azelan Hassan berkata, beliau berjaya menghubungi pemilik kapal ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya, pemilik kapal yang berusia 52 tahun itu mendakwa mereka yang kesemuanya berusia 50-an dalam perjalanan dari Port Dickson ke Langkawi sebelum berhenti seketika di perairan dalam keadaan kapal tidak merapat ke jeti.

"Mereka menunggu pesanan makanan daripada kenalan di sini dan tidak lama kemudian didapati generator mengalami kerosakan sebelum meletup kira-kira jam 1 tengah hari.

"Letupan itu menyebabkan dua daripada mereka cedera sebelum kesemuanya diselamatkan dengan bantuan nelayan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

A'azelan berkata, semakan dengan Jabatan Laut mendapati kapal berkenaan berdaftar di Langkawi.

Katanya, pemilik kapal belum melaporkan kejadian kepada polis kerana masih menerima rawatan di klinik berhampiran.

"Kapten mengalami cedera di kaki manakala seorang lagi cedera di telinga dan tangan akibat letupan berkenaan.

"Ketika kejadian, mereka diselamatkan nelayan dan mangsa yang cedera dibawa ke klinik berdekatan bagi menerima rawatan," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai 'misteri' kapal berkenaan yang karam tanpa pemilik dengan kedudukan kira-kira 300 hingga 400 meter dari kawasan pantai.



Disiarkan pada: Februari 28, 2024 @ 6:53pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.827777 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list