CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11233|Reply: 43

[Jenayah] Menegur Kakak Buat Tepung Pelita, Tiba-Tiba Kena Blocked!

  [Copy link]
Post time 29-2-2024 06:37 AM | Show all posts |Read mode


KUIH tepung pelita bukan sahaja laris pada bulan Ramadan, sebaliknya ia sentiasa menjadi pilihan pelanggan pada bila-bila masa sahaja.

Terbaharu, kisah mengenai tepung pelita menarik perhatian ramai di media sosial selepas seorang individu mendakwa akaun media sosial miliknya disekat secara tiba-tiba oleh seorang peniaga kuih popular itu.

Ia dipercayai berpunca daripada tindakannya yang menegur peniaga berkenaan tentang bahaya penggunaan dawai kokot (ubat stapler) untuk membuat bekas tepung pelita.

"Tiba-tiba kena blocked dengan kakak buat tepung pelita tu. Satu kesilapan sebenarnya guna stapler untuk tepung pelita tu.

"Kalau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat tahu kak, kena denda tak lebih RM10,000. Jangan marah ya kak. Sekadar mengingatkan," ujar individu itu.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut tentang peniaga mahupun lokasi tepung pelita yang dimaksudkannya itu dijual.

Pada kebiasaannya, para peniaga di Malaysia menggunakan dawai stapler untuk membentuk daun pisang yang digunakan sebagai bekas tepung pelita.

Namun, sesetengah peniaga mula menggunakan lidi bagi tujuan itu atau beralih kepada bekas plastik yang lebih selamat.

Perkongsian individu berkenaan tentang peniaga tepung pelita itu turut meraih perhatian ramai sehingga menimbulkan perdebatan di aplikasi TikTok.

"Betul bahaya. Pernah kena ada dawai besi dalam makanan. Nasib kita yang makan, kalau anak?

"Saya pernah makan kek coklat, lepas tu rasa benda tajam dalam mulut. Terkejut bila keluarkan, tengok ubat stapler," ujar netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang tidak mempunyai kesedaran tentang bahaya penggunaan stapler dan dilihat mempertahankan tindakan peniaga berkenaan.

"Orang suruh makan tepung pelita, bukan makan daun dengan ubat stapler.

"Sebelum ni ramai je yang guna stapler, kenapa baru sekarang nak bising?

Menurut KKM, peniaga makanan yang menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa di mahkamah.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan sekiranya bahan tersebut ditemui dalam makanan.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan.

Pesalah boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
SG setuju je x guna stepler. Tapi kan, kalau x guna stepler, ada x alternatif lain??
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 29-2-2024 07:48 AM
SG setuju je x guna stepler. Tapi kan, kalau x guna stepler, ada x alternatif lain??

Arwah mak long guna lidi, cuma tu la leceh kalau silap koyak daun.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 08:02 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 29-2-2024 07:48 AM
SG setuju je x guna stepler. Tapi kan, kalau x guna stepler, ada x alternatif lain??

meols pun tak setuju kalu pakai stapler, sbb bahaya kot......better guna lidi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 08:55 AM | Show all posts
biar la akak tepung pelita tu nak block...
dia tak nak kawan dgn ko... pi la kawan dgn orang lain..
not big issue....
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sedapnya tepung pelita makan sejuk2 baru keluar fridge...
patut ramai skrg buat boh dlm bekas plastik tu je agaknya malas fikir option selain stapler dan lidi. dah kurang wangi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bulan puasa nnti buleh mkn tepung pelita paya jaras yeayyyyyy

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp gambo hiasan tu gambo tepung tako... bukan tepung pelita....

Tepung pelita dlm daun pisang.. tepung tako daun pandan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 29-2-2024 09:11 AM
Tp gambo hiasan tu gambo tepung tako... bukan tepung pelita....

Tepung pelita dlm daun pisang.. te ...

Iols pun prnh baca dulu. Adabeza tako dgn tpg pelita tp org main hentam je jual tako kata tpg pelita.

Ekceli iols pun dh lupa apa beza nya...
Korg pi la google sendiri kalau nk tau.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 09:16 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 29-2-2024 07:48 AM
SG setuju je x guna stepler. Tapi kan, kalau x guna stepler, ada x alternatif lain??

guna paper clip.. kahkah

sori la u.. i memain jee
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makita at 29-2-2024 09:19 AM

Hakak tepung pelita ni mesti x pergi kursus pengendalian makanan. Patu takde cucuk typhot...nak amek lesen tokey n pekerja semua kene cucuk.

Hari tu tgok doc omputeh ni citer. Ada mamat ni tiba2 sakit kat bahagian antara mulut n pipi. Pegi spital check, tak jumpa apa2 tapi sakit tetap ada. Patu balik umah, sakit lagi semula. Sampai 3 kali pegi spital last2 doc x tray. Rupanya masa mamat ni buat bbq, mkn daging, kat daging tu ada dawai halus size2 stepler tu lah. Tak sangkut kat tekak tp sangkut kat tepi mulut dan dah termasuk dlm kawasan tepi2 mulut dan dah bernanah. Dawai halus tu dari besi basuh periuk yg tertanggal.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 29-2-2024 09:15 AM
Iols pun prnh baca dulu. Adabeza tako dgn tpg pelita tp org main hentam je jual tako kata tpg peli ...

Beza even tepung yg digunakan utk masak tu pun...


Tepung pelita pakai tepung beras... masak kacau2 dulu, buh dlm acuan daun pisang.. pehtu kukus sampai masak..  layer bawah skali tu org buh gula sikit baru lapisan hijau and lapisan putih santan

Tepung tako pakai tepung hunkwe... masak kaco2 pehtu tuang dlm acuan daun pandan... pehtu sejukkan dlm fridge... biasa ada inti sengkuang, jagung.. rupa cam gambo hiasan thread ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 10:17 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 29-2-2024 07:48 AM
SG setuju je x guna stepler. Tapi kan, kalau x guna stepler, ada x alternatif lain??

tepung pelita, pulut panggang, tapai or apa-apa berbalut jaman dulu, semat pakai lidi..
nijam semua nak cepat, staple..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 29-2-2024 09:11 AM
Tp gambo hiasan tu gambo tepung tako... bukan tepung pelita....

Tepung pelita dlm daun pisang.. te ...

Aiseh… dua2 pun sedap.

Tako yg ada water chestnut kat lapisan bawah tu kan.

Tepung pelita tradisional yg biasa makan, air gula tu bergenang kat bawah lapisan hijau. Lapisan atas lembut jiggly berlemak tak kedekut santan. Makan sejuk2 baru keluar fridge.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
lo_la replied at 29-2-2024 10:55 AM
Aiseh… dua2 pun sedap.

Tako yg ada water chestnut kat lapisan bawah tu kan.

Kannnn sedap kan... i suka both!!!!!

Ha ah.. tako tu yang ada water chestnut / sengkuang
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-2-2024 10:17 AM
tepung pelita, pulut panggang, tapai or apa-apa berbalut jaman dulu, semat pakai lidi..
nijam semu ...

Sedap nya tapai...  omg sejuk2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 29-2-2024 09:10 AM
Bulan puasa nnti buleh mkn tepung pelita paya jaras yeayyyyyy

Kat tempat iols Ni Ada sorang seller jual.tephng Pelita Paya jaras..iols kena booking awal2 untuk dapatkan 10pcs tepung Pelita tu..hahaha...

Pastu Ada juga seller lain jual tepung Pelita inn la..sungai buloh la...tapi tehtap tak sesedap Paya jaras punya...legend...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 29-2-2024 09:00 AM
sedapnya tepung pelita makan sejuk2 baru keluar fridge...
patut ramai skrg buat boh dlm bekas plasti ...

Maybe kalau rajin and spend sikit, letak daun pisang kat dlm acuan tu. Potong ikut bentuk tapak. Agaknya boleh ada aroma sikit wpun tak sama.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe diorg boleh pakai stapleless stapler. Yg x yah pakai daun kokot
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 29-2-2024 07:57 AM
Arwah mak long guna lidi, cuma tu la leceh kalau silap koyak daun.

Haaa itulah. Lidi cungkil gigi tu kan. Rasanya kalau nak elak koyak, kena layurkan dulu daun tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.062287 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list