CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12064|Reply: 103

Ella tak malu mengaku sudah pra-menopaus

  [Copy link]
Post time 29-2-2024 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Ella tak malu mengaku sudah pra-menopaus

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... sudah-pra-menopaus/

Oleh HANISAH SELAMAT
29 Februari 2024, 9:42 am


Ratu rock negara Ella terbuka mendedahkan pengalaman melalui impak awal putus haid bagi menyuntik kesedaran kepada wanita sebaya.

KUALA LUMPUR – Menopaus antara fasa sensitif bagi segelintir individu, namun ratu rock negara Ella terbuka mendedahkan pengalaman melalui impak awal putus haid bagi menyuntik kesedaran kepada wanita sebaya.

Kata pemilik nama lengkap Norzila Aminuddin, 57, fenomena semula jadi itu tidak harus dijadikan tabu, sebaliknya golongan yang berdepan penurunan paras estrogen boleh melaluinya dengan tenang apabila hormon pada tahap terbaik.

Ujarnya, masalah panas badan atau ‘hot flash’, keresahan, mood turun naik serta sukar tidur malam yang menunjukkan tanda pra-menopaus dapat diatasi dengan menjaga kesihatan hormon.

“Ramai wanita yang tidak mahu berkongsi perihal fasa menghadapi putus haid sebab enggan susahkan anak-anak dan suami sehingga mengganggu emosi sendiri.

“Sekarang dah ada solusi mengurangkan tanda ke arah menopaus iaitu memulihkan akar umbi agar kita menikmati fasa itu dengan tenang seterusnya dapat melalui hidup yang lebih berkualiti.

“Peranan suami juga penting kerana seperti situasi saya, suami yang mengajak saya jumpa kenalan kami iaitu pakar hormon selepas saya mengadu rasa panas badan dan mudah marah,” katanya pada majlis pengiktirafan diberikan Skyhill Clinic kepadanya, hari ini.

Tambah penyanyi Puteri Kota itu, pada awalnya, dia tidak mengetahui kepentingan hormon untuk kestabilan emosi terutama bagi wanita yang menuju ke fasa putus haid sehingga bertemu Dr. Norhaslinda Mat Hassin.

Ujarnya, hanya selepas bertemu pakar, dia dimaklumkan bacaan darahnya berada pada tahap serius yang disebabkan beberapa faktor termasuk perubahan hormon.

“Situasi kurang menyenangkan saya alami ketika kita dalam fasa pandemik sekitar 2021 apabila waktu itu berat badan saya naik lebih 60 kilogram (kg) berbanding antara 48 kg ke 50 kg sebelum itu.

“Apabila bertemu doktor, saya terkejut bacaan darah mencecah 190 dan baru saya hormon tidak menentu yang menjejaskan kualiti kehidupan saya selama ini.

“Saya umpama nyaris dibawa ambulans kerana bacaan terlalu tinggi sedangkan selama ini saya tak tahu pun ada hidap apa apa penyakit biarpun sentiasa rasa kurang sedap badan,” ujarnya.

Mengenai kerjasama dengan Skyhill Clinic, Ella bersyukur kerana diiktiraf di atas penglibatan, konsistensi serta komitmen menyebarluaskan kepentingan horman kepada umum.

Menerusi penghargaan itu, dia menerima pakej rawatan kesihatan hormon bernilai RM300,000 bagi tempoh setahun. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2024 11:32 AM | Show all posts
57thn  tu ke arah ke kak?bukan mmg dah menopaus?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
I x sabar nak.menunggu saat tu..mls dah nak pakai pad etc dan x rasa selesa..lgpun dah tua2 ni biarlah blh solat sentiasa
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 11:42 AM | Show all posts
bonda alip kata kalau makan jamu dia boleh turun haid semula...

Lepas tu bangga bgtahu dia masih ada haid lagi.

untuk ai yang sedang pre-menopouse ni...mcm tak sabar plk nk free from pad n bleeding2 ni.

simptom2 tu takde pulak menganggu, mungkin sbb dh byk info pasal ni so kita lebih bsedia.

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 29-2-2024 11:32 AM
57thn  tu ke arah ke kak?bukan mmg dah menopaus?

kau ni jantan ker  mak aku umur 62 ok jer masih dtg haid bergantung pada org ok
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 12:09 PM | Show all posts
sebenarnya menopause ni umur berapa biasanya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2024 12:11 PM | Show all posts
antara retis kesayangan iols
pendengaran dia kurang baik pun, dia bgtau je keadaan sebenar takde nak selindung bagai

moga bertambah rezeki dan dikurniakan kesihatan umur panjang
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Alvida replied at 29-2-2024 12:08 PM
kau ni jantan ker  mak aku umur 62 ok jer masih dtg haid bergantung pada org ok


Aku pompuan.tapi ada la membaca pre pre menopause ni.average kt malaysia 45 ke 55 mak aku sendiri mid 50's dah habis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2024 12:32 PM | Show all posts
alesandra replied at 29-2-2024 11:32 AM
57thn  tu ke arah ke kak?bukan mmg dah menopaus?

hahaha...aku baru nak tanya.....57 baru nak pre-menopause?  perghhhhh....tapi mungkin la dulu dia start period lambat kot

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 12:33 PM | Show all posts
idril replied at 29-2-2024 12:09 PM
sebenarnya menopause ni umur berapa biasanya?

depends la.....tapi kebanyakan dalam2 umor2 late 40s, early 50s

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 29-2-2024 12:13 PM
Aku pompuan.tapi ada la membaca pre pre menopause ni.average kt malaysia 45 ke 55 mak aku sendiri  ...

Awal jugk mak u . Mak ai 60+ baru  menopause
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 29-2-2024 12:35 PM
Awal jugk mak u . Mak ai 60+ baru  menopause

Aku rasa aku nanti pun habis umur2 mcm tu jugak. genetic gitu.lagi 2 bulan nk 11 thn dah ada period.kwn2aku  majoriti lamberrt dari tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 29-2-2024 12:32 PM
hahaha...aku baru nak tanya.....57 baru nak pre-menopause?  perghhhhh....tapi mungkin la dulu dia  ...

Dulu2 masa dtg period aku ada teori..badan kecik2 katik ni lambat dtg period
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 12:20 PM | Show all posts
alesandra replied at 29-2-2024 11:32 AM
57thn  tu ke arah ke kak?bukan mmg dah menopaus?

tak semestinya... kakak sulung saya umur dah 64 masih ada period .. elok regular..
kawan office saya umur 42 dah monopos...
lain org lain rezki nya... tp pd yg tak pernah bersalin ramai yg cepat monopos

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 12:22 PM | Show all posts
Alvida replied at 29-2-2024 12:08 PM
kau ni jantan ker  mak aku umur 62 ok jer masih dtg haid bergantung pada org ok

kaann... setiap orang lain rezki nya....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
twins replied at 1-3-2024 12:20 PM
tak semestinya... kakak sulung saya umur dah 64 masih ada period .. elok regular..
kawan office sa ...

Teori ko kata x penah bersalin tu pun tak tepat ella x penah bersalin.pemahaman aku  melalui pembacaan ialah umur average menopause
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2024 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
45-55 normal.. lebih awal atau lebih lewat dari range umur tu yg tak normal..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 3-3-2024 05:39 AM
alesandra replied at 29-2-2024 11:32 AM
57thn  tu ke arah ke kak?bukan mmg dah menopaus?


Kannnn..sepatutnya dah monopos lama pun tahap umur 57...biasa monopos dari umur 45- 55 ...menipu je artis2 ni....entah2 cikta tu pun dah monopos
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Pra menopos? Serious ke dah dekat 60 tu dah menopos le acik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Just nal bgtau, if you dah over 60 and still bleeding best to go for checkup. Menopos ni ada stages umur dia dan kalau dah umur mid 60s still bleeding tu bukan period biasa2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.198974 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list