CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6199|Reply: 4

Van Jenazah ‘Pertubuhan Amal Nur By Khiriah’ Terbakar, Noorkhiriah Reda

[Copy link]
Post time 29-2-2024 10:57 AM | Show all posts |Read mode






Pelakon terkenal, Noorkhiriah reda selepas van jenazah pertubuhan yang diasakannya, Pertubuhan Amal Nur By Khiriah musnah selepas terbabit dalam satu kebakaran.


Menerusi Instagram (IG), Khiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah jirannya yang memaparkan insiden tersebut.


Menurut pelakon yang popular dengan drama ‘Nur’ itu, dia reda dengan ujian yang diberikan tersebut.


  



"Van jenazah Pertubuhan Amal Nur by Khiriah terbakar. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian. Saya terima apa sahaja yang Allah bagi".


"Barangkali, Allah nak ganti dengan yang lebih baik. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.


"Doakan semoga van jenazah sayang yang ini dapat diperbaiki semula, semoga dapat diperbaiki. Saya sayang sangat-sangat".


Menjelaskan mengenai kejadian, Khiriah memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku sewaktu dirinya sedang dalam perjalanan menghantar anaknya pulang ke asrama di Pulau Pinang.


"Sebenarnya saya tak tahu kejadian sebenar yang berlaku sebab saya tengah dalam perjalanan untuk hantar anak pulang ke asrama di Pulau Pinang."


Dalam pada itu, Khiriah sempat menitipkan ucapan terima kasih buat kejiranannya yang prihatin dengan kejadian tersebut dan nekad akan terus bersemangat meneruskan kegiatan yang dijalankan pertubuhannya.


Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya dan rakan artis yang lain yang rata-ratanya mahu menghulurkan sumbangan buat pertubuhan yang diasaskan Khiriah.








Netizen juga meluahkan rasa simpati mereka dan mendoakan agar Khiriah cekal dan tabah dengan ujian yang dihadapinya itu.


Sumber: Instagram Noorkhiriah/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2024 12:42 PM | Show all posts
macam mana boleh tiba2 terbakar..scary juga
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 02:37 PM | Show all posts
Allahu...redha lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 02:54 PM | Show all posts
ada orang main mercun lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya. Sekarang macam musim kereta terbakar gamaknye.

Anak noniswara yang pelakon tu pon kena camni gak. Kete terbakar dekat highway
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.070921 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list