CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4730|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 16 individu ditahan curi kabel

[Copy link]
Post time 29-2-2024 01:39 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Seremban: Polis menahan 16 individu termasuk dua wanita disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel dan pelbagai komponen di sekitar daerah ini sejak tahun lepas dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah kira-kira RM1.5 juta.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata, penahanan suspek berusia 25 hingga 50 tahun pada 21 Februari lalu itu susulan kes kecurian DC power kabel di Taman Kelab Tuanku di sini, membabitkan kerugian RM10,000.

"Semakan mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau membabitkan pelbagai jenayah. Modus operandi kumpulan ini mencuri kabel milik Syarikat Telekomunikasi (Telco) di pencawang yang menjadi sasaran mereka.

"Selain itu, mereka turut mencuri kabel serta beberapa komponen seperti Radio Remote Unit (RRU),Lithium Bateri and Wire kabel dengan tujuan menjual semula kepada Telco lain bagi mengaut keuntungan yang lumayan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Mohamad Hatta berkata, komponen-komponen yang tidak boleh dijual semula kepada pihak Telco akan dijual kepada kedai besi buruk.

Justeru, beliau meminta mana-mana Telco serta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kecurian kabel ini untuk tampil memberi keterangan atau menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Saidi Busman di talian 011-31558034.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 431(a) dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ditahan-curi-kabel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.615947 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list