CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9220|Reply: 0

[Pulau Pinang] JBPM akan perketatkan lagi syarat anggota sertai PPDA

  [Copy link]
Post time 29-2-2024 06:49 PM | Show all posts |Read mode
JBPM akan perketatkan lagi syarat anggota sertai PPDA



Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



AHMAD Izram (tengah) membantu mencuba pakaian sekolah terhadap lima anak Allahyarham Mohd Izwan Illias di Pusat Pakaian Hari-Hari Bandar Perda. FOTO Danial Saad




Bukit Mertajam: Jabatan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memperketatkan lagi syarat anggota yang menyertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi mengelak tragedi anggotanya lemas selepas terjatuh ketika menyelenggara bot pada Khamis lalu berulang.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, ketika ini siasatan secara dalaman berhubung insiden itu sudah bermula dan menjangkakan akan selesai dalam tempoh sebulan.

Katanya, hasil siasatan nanti pihaknya akan mengambil dapatan untuk proses penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi PPDA.

"Jadi, (SOP yang akan ditambah baik) mungkin dari segi fasiliti, training (latihan) dan pengambilan asas (anggota) bagi anggota menyertai PPDA hendaklah melepasi syarat-syarat tertentu.

"Memang syarat-syarat (sekarang) ada, cuma nanti kita akan memperketatkan lagi supaya tahap kompentensi (anggota) tinggi serta SOP lengkap supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang," katanya ketika mengulas berhubung perkembangan siasatan anggota lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin, Khamis lalu.

Terdahulu, beliau ditemui ketika menyantuni lima anak arwah anggota bomba berkenaan yang dibawa ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Taman Prominence, Bandar Perda, di sini, hari ini, untuk membuat persiapan persekolahan sempena program tanggungjawab sosial (CSR) JBPM dan pusat pakaian terbabit.

Ahmad Izram berkata, kejadian yang menimpa anggotanya itu adalah yang pertama membabitkan bot di pangkalan marin.

"Dulu ada kejadian di Puchong (Selangor), Melaka dan sebagainya tetapi semua masa operasi. Maka kita kena lihat dari semua aspek dan tingkatkan lagi (SOP).

"Kita menjemput jawatankuasa terlatih yang betul-betul faham PPDA dan mereka akan beri rekomendasi yang kita akan buat perbincangan (dalam hal ini)," katanya.

Dalam kejadian jam 10.10 malam Khamis, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth di bawah unit PPDA, Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan terjatuh ketika melakukan kerja penyelenggaraan enjin bot di jeti pasukan JBPM.

Mayat ditemukan pada jam 5.32 petang Jumaat selepas 19 jam operasi SAR dijalankan.

Allahyarham Mohd Izwan meninggalkan isteri, Jamaliah Abd Majid, 42, dan lima anak berusia empat hingga 16 tahun.



Disiarkan pada: Februari 29, 2024 @ 4:26pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.061033 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list