CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 28421|Reply: 79

[Tempatan] KLIA Duduki Tangga Ke-8 Lapangan Terbang Paling Teruk Di Asia, Ini Sebabnya

  [Copy link]
Post time 1-3-2024 03:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-2-2024 11:23 AM

KLIA Duduki Tangga Ke-8 Lapangan Terbang Paling Teruk Di Asia, Ini SebabnyaTiga lapangan terbang terbaik di Asia adalah di Vietnam, Singapura dan Hong Kong.

Farahin FadzilFebruary 28, 2024

]Sumber gambar: MalayMail/ Pexels


Menurut laporan Bussiness Financing, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah lapangan terbang ke-8 terburuk di Asia.

Berdasarkan data dari laman web airlinequality penilaian secara purata daripada pengembara perniagaan itu diambil untuk menentukan kedudukan lapangan terbang secara global mengikut benua dan negara.

KLIA berkongsi skor purata yang sama iaitu 3.36 dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Emiriah Arab Bersatu.

Pengembara perlu beratur panjang di lapangan terbang serta kekurangan kemudahan yang baik telah menjadikan pengalaman perjalanan keseluruhan kurang baik. (Sumber: Fail TRP)

Menurut airlinequality, pengembara sering merungut tentang susun atur lapangan terbang KLIA yang lemah dan menyebabkan mereka perlu beratur panjang serta berjalan jauh untuk sampai ke terminal.

Selain itu, mereka juga berkata KLIA kekurangan kemudahan yang baik dan selesa.

Pengembara turut mengkritik sistem pelepasan imigresen yang dikatakan tidak cekap dan pencahayaan yang malap di seluruh lapangan terbang sehingga menjadikan suasana persekitaran kurang menyerlah.

Bagi kategori lapangan terbang terburuk di Asia pula adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait iaitu dengan skor 1.69, diikuti Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty Kazakhstan (2.62) di tempat kedua dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Arab Saudi (2.72) di tempat ketiga.

Pengembara perniagaan menilai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait memberi penilaian yang buruk kerana tidak berpuas hati dengan isu bau kurang menyenangkan, kakitangan tidak profesional dan proses menaiki pesawat yang agak perlahan.

Sumber: Business Financing

Lapangan Terbang Mana Yang Paling Berkualiti Di Dunia?
Pengembara perniagaan menilai Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai Vietnam sebagai lapangan terbang terbaik di Asia dan dunia dengan purata skor 6.80 kerana menyediakan pelbagai kemudahan yang luar biasa seperti ‘Obsevation Deck’.

Selain itu, kakitangan mereka yang ramah, kualiti penjagaan kebersihan serta pelbagai pilihan makanan telah menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai Vietnam sebagai pilihan orang ramai.

Kekuatan lapangan terbang ini yang terletak pada sistem gilirannya secara tidak langsung menjadi satu ciri bagi meningkatkan pengalaman perjalanan secara keseluruhan.

Pada 2016, Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai menerima Anugerah Lapangan Terbang Paling Diperbaiki Di Dunia daripada Skytrax.

Menurut VN Express, pengerusi Skytrax Edward Plaisted berkata lapangan terbang itu semakin baik selepas penambahan terminal antarabangsa T2 yang baharu.

Penambahan terminal membantu mengurangkan kesesakan dengan ketara dan lapangan terbang itu mampu menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih berkualiti.

Lapangan Terbang Changi Singapura dinilai sebagai lapangan terbang ke-2 terbaik di dunia dengan skor purata 6.63 diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong China di tempat ke-3 dengan skor 6.48.

Sumber: Business Financing

KLIA Pernah Dinobat Antara Lapangan Terbang Terbaik Dunia Pada 2021
KLIA yang terletak di Sepang, Selangor merupakan salah satu lapangan terbang utama dan terbesar di Malaysia yang mula dibuka pada 27 Jun 1998 ketika negara berada di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lapangan terbang ini yang menelan kos RM8.5 bilion ini juga merupakan salah satu daripada lapangan terbang utama di Asia Tenggara yang boleh mengendalikan 35 juta penumpang serta 1.2 juta tan kargo setahun.

Pada tahun 2021, Airports Council International (ACI) telah menobatkan KLIA sebagai salah satu lapangan terbang terbaik di dunia.

Sumber: Travel Daily/ SkyTrax

Berdasarkan kaji selidik global Airport Service Quality (ASQ), KLIA telah mencapai skor sempurna 5.00 dalam kategori masing-masing iaitu memberi perkhidmatan kepada lebih 40 juta pelanggan dalam setahun.

Ciri-ciri lapangan terbang terbaik ini dinilai dari segi kepuasan penumpang terhadap keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan.

Kemudian pada tahun lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengumumkan bahawa KLIA dan KLIA2 akan menjalani proses penjenamaan semula termasuklah pertukaran nama.

Kedua-dua lapangan terbang itu akan dikenali sebagai KLIA Terminal 1 dan 2.

Sumber: MalayMail

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyebut bila ia akan dilaksanakan kerana terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan di bawah perjanjian operasi baharu itu.

Menurut Loke, Kabinet meluluskan perkara ini kerana ia dilihat mampu meningkatkan kebolehpasaran serta kecekapan lapangan terbang dan membolehkan mereka bersaing dengan lapangan terbang antarabangsa yang lain.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 03:42 AM | Show all posts
Hanya dari KLIA anda bisa terbang ke dunia berdimensi lain ....seperti yang terjadi kepada pesawat  MAS MH 370 yang betol-betol menakjubkan itu ... Hehehehe  
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 04:11 AM | Show all posts
Selayaknye....aura 3rd world country masih ada ye. Kesuraman..siiot.

1)Dengan kiosk/vendor-vendor kecik menyemak kat tengah2 laluan org nak jejalan amek flight bersesak dlm setelit building ade ko pikir ke?

Area arrival level pun puduraya vibes. Keluar je kat arrival hall pun same same.... vendor2 kiri kanan org nak sambut tetamu situ jugak ko menyemak nak bukak kaunter kan? Sampai tourist tak nampak kaunter limo..teksi dah knp?
2)Kurang penataan cahaya, lampu malap macam nak masuk kelambu beromen ko ingat org nak dtg honeymoon ke?
3)Smoking room jauh terceruk..duty free pun sedeh level sg wang je dik!!
4)Pokok2 kat luar cam kat Kampung Tok Senik Langkawi ubah la lanscape buek cecantik sket.
5)Aero train tak regular, dah mcm dlm tin sartin cap ayam bila rush hour dah tu bergetar-getar mcam naik teksi kat Timor Leste dah.

Bos2 yg kat atas tu.. kamon la.. travel bukak mata sket tengok airport negara lain. Memang patut la staff selalu kena kacau dgn kak Ponty dalam tu dah gitu vibe nye..



Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya.... Lounge kat main building, boarding gate kat satellite building. Pastu train tak berfungsi ...puiiiiihhh..
Baru nak enjoy enjoy makan dah nak berkejar naik bas just in time for boarding.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Airport pun nuart takleh jaga. Sebelum madanon naik, klia antara airport yg terbaik..masuk zaman madanon, terus airport jadi haukk. Karma buat muntri mabuk buncikk yg dok buat kacau thn lps
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 04:54 AM | Show all posts
MissYouSayang replied at 1-3-2024 04:17 AM
Airport pun nuart takleh jaga. Sebelum madanon naik, klia antara airport yg terbaik..masuk zaman mad ...

Projeck atok kebangaan ko lah tu. Memang tempat buang saka la auranye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2024 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin kita perlu cabut bumbung KLIA untuk bagi laluan saka atokcow ijau mumia fosil PRU'99tahun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Last iols naik kapatebang last year.. ok jahh.. tak suram..

Sapa yg undi ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 05:12 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 1-3-2024 04:56 AM
Mungkin kita perlu cabut bumbung KLIA untuk bagi laluan saka atokcow ijau mumia fosil PRU'99tahun te ...

adekah proses penyucian entiti-entiti tu akan diterapkan juger ke menara 2.3 bilion yg menjadi kesinambungan kroni2 utk menyorok duit di pusat kewangan pesisiran pantai?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 05:21 AM | Show all posts
Edited by stingerkaypoh at 1-3-2024 05:22 AM
Tinot7 replied at 1-3-2024 05:07 AM
Last iols naik kapatebang last year.. ok jahh.. tak suram..

Sapa yg undi ni?

tentulah world class traveller kak ti oii, bukan level staf cari porem yg EPF pun takder..yg hanya mereput sekitar 10 km radius terpaling2 jauh pon setakat pergi butterworth ..bukit mertajam aje

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena beratur panjang tu tepat sekali. Dengan space yang limited dan crowded. Dari zaman atok gitu jugak lah sistem nya, padahal passenger makin ramai
Suram, dah sesuai jadi port hakak ponti berkuntum
Deco pun secoet, nampak sangat bajet lari tapi nak deco jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
stingerkaypoh replied at 1-3-2024 04:54 AM
Projeck atok kebangaan ko lah tu. Memang tempat buang saka la auranye

OMG!!

Sesuram undi nya ketika hilang deposit gitew!




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 08:01 AM | Show all posts
nusaraya replied at 1-3-2024 03:42 AM
Hanya dari KLIA anda bisa terbang ke dunia berdimensi lain ....seperti yang terjadi kepada pesawat   ...

Mcm x baik je komen ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 08:42 AM | Show all posts
baru bulan lepas transit di KLIA, sakit hati. dari hujung terminal kena jalan ke hujung terminal nak tukar flight. surau kat tengah2. letih.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols speku deme amik undi bisnes class.. poremer yg pernah merasa bisnes class betnam dgn changi, sila mencemar duli..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 08:57 AM | Show all posts
Edited by damsel_fiji at 1-3-2024 08:59 AM

klia terminal 1 mmg nmpk suram je..lampu pun ala2 malap gitu..
tp positif side nya toilet dah banyak improvement..bersih ala2 jepun gituhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 09:10 AM | Show all posts
iols lagi suka klia2
byk tempat soping, food court pun beso
klia1 suasana dia boring lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
king abdulaziz punya mmg haram j. smua bnde mintak duit tepi. beli air zamzam bayo,pastu nk lagi duit tepi. nk masuk dlm airport pun kena hulur duit kat jantan2 luar tu, baru dia bg masuk, kalau tak dia drama la dgn ko punya gerup. berlagak mcm kan keturunan beso, tp kemaruk duit mcm kan umat negara miskin pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 1-3-2024 09:24 AM
king abdulaziz punya mmg haram j. smua bnde mintak duit tepi. beli air zamzam bayo,pastu nk lagi dui ...

Bersyukur lah kasi jugak masuk. Ko belum pergi airport Kabul… negara kebangaan walaun2 forum cam Perwira2022!!

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 09:34 AM | Show all posts
Survey ni based pd travellers about queuing kat airport & bau-bauan time nak boarding tu. Amenda la punya survey...

BTW Noi Bai airport tu tak ramai org. At least time aku pegi dah 4-5 kali. So the survey fits in..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.107144 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list