CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10283|Reply: 1

[Kedah] 18 premis makanan di 3 daerah di Kedah diarah tutup

[Copy link]
Post time 1-3-2024 01:15 PM | Show all posts |Read mode
18 premis makanan di 3 daerah di Kedah diarah tutup


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Mac 1, 2024 @ 1:09pm bhnews@bh.com.my




Tidak mencapai penilaian premis 75 peratus dengan satu premis terdapat hurungan lipas, lalat dan tikus. - Foto hiasan




ALOR SETAR: Sebanyak 18 premis makanan di tiga daerah di Kedah diarah tutup Rabu lalu berikutan tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNK).

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Kesihatan Awam), Dr Norizan Ahmad, berkata penutupan premis itu dibuat dalam Operasi Bersepadu dijalankan serentak di Kota Setar, Sik dan Baling.

"Sepanjang penguatkuasaan, sebanyak 174 premis makanan diperiksa dan 164 notis kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan dengan nilai tawaran kompaun sebanyak RM66,150.

"Sebanyak 18 premis dikenakan penutupan kerana tidak mencapai penilaian premis 75 peratus dengan satu premis diarahkan tutup kerana terdapat hurungan lipas, lalat dan tikus (LILATI)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Norizan berkata, pihaknya turut memberi tumpuan operasi terhadap penguatkuasaan kebersihan dan kesalahan merokok serta pembiakan nyamuk aedes di kawasan tumpuan ramai.

"Bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, sebanyak 31 notis kesalahan dikeluarkan antaranya membabitkan kesalahan merokok di kedai makan, gagal mempamerkan tanda dilarang merokok dan orang belum dewasa yang merokok.

"Turut menerima notis ialah premis yang gagal mempamerkan tanda larangan penjualan kepada orang belum dewasa. Semua notis yang dikeluarkan berjumlah RM7,800," katanya.

Sementara itu, Dr Norizan berkata sebanyak 183 premis tumpuan awam yang meliputi komersial dan perniagaan turut diperiksa dan tiga premis dikesan terdapat pembiakan nyamuk aedes dan kompaun berjumlah RM1,500 dikeluarkan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

"Tindakan pendakwaan akan diambil sekiranya individu yang dikenakan notis tidak menjelaskan kompaun yang ditawarkan dalam tempoh masa ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai boleh menyalurkan maklumat atau aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan Malaysia atau WhatsApp di 010-8608949.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2024 01:22 PM | Show all posts

JKNK mengeluarkan notis penutupan sebuah premis makan berikutan tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan dalam Operasi Bersepadu Siri1/2024 di daerah Kota Setar, Sik dan Baling pada Rabu. Foto Ihsan JKNK


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.368010 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list