CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10135|Reply: 1

[Kedah] Remaja perempuan hilang di taman permainan ditemui selamat

[Copy link]
Post time 1-3-2024 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Remaja perempuan hilang di taman permainan ditemui selamat

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
01 Mac 2024 01:05pm











SUNGAI PETANI - Remaja perempuan yang hilang ketika berada di taman permainan berdekatan rumah ibunya di Bandar Amanjaya di sini, Selasa lalu ditemui selamat di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis.

Bapa mangsa, Sofan Feroza Mat Yusop, 45, berkata, susulan itu, laporan kehilangan anaknya, Sofea Auni Adilah, 14, ditarik balik setelah mangsa ditemui.



Menurutnya, pada Khamis, dia menerima makluman bahawa Sofea Auni Adilah ada di Kepala Batas dan bergegas ke sana bagi mendapatkannya.
"Pada pukul 6.30 petang, saya sampai di Kepala Batas dan menuju ke tempat yang dimaksudkan, mendapati anak saya bersama seorang lelaki," katanya.


Sofan Feroza kemudian membawa anak bongsu tiga beradik itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Dia bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu pencarian selain menyebarkan maklumat kehilangan sehingga anaknya ditemui selamat.

Dalam masa sama menyerahkan kes kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar tingkatan dua dipercayai hilang ketika pergi ke taman permainan di rumah ibunya di Bandar Amanjaya, di sini pada petang Selasa.




Mangsa dikatakan pergi ke taman permainan tersebut pada jam 7 petang dengan memakai baju sejuk dan seluar berwarna hitam.

Jelas Sofan Feroza, pada hari kejadian, bekas isteri, Hasmawati Derani, 45, keluar sebentar untuk menjemput abang sulung mangsa di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM).




Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah pada jam 8.30 malam, mangsa didapati tiada di rumah.

Sofea Auni Adilah dikatakan telah memberitahu neneknya yang dia hendak ke taman permainan di kawasan perumahan tersebut, namun tidak pulang ke rumah selepas itu.

Sebelum ini, Sofea Auni Adilah tinggal bersama Sofan Feroza setelah pasangan itu berpisah, namun dihantar ke rumah Hasmawati seketika untuk menghabiskan cuti persekolahan.

Menurut Sofan Feroza, mereka baharu sahaja pulang bercuti dari Thailand bagi menyambut ulang tahun kelahiran Sofea Auni Adilah, beberapa hari sebelum dia hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek berusia 20-an ditahan reman bagi membantu siasatan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
“mendapati anak saya bersama seorang lelaki.”

Lelaki ni siapa dek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.074714 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list