View: 6701|Reply: 22
|
[Dunia]
Zaid Ibrahim: Bertenang, tiada siapa seberuntung bumiputera
[Copy link]
|
|
Zaid: Bertenang, tiada siapa seberuntung bumiputera
https://www.malaysiakini.com/news/697944
Diterbitkan: Mar 2, 2024 9:51 AM⋅
Dikemaskini: 9:51 AM
Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim percaya bahawa tidak ada sebab untuk bimbang dengan pendedahan bahawa hanya satu daripada 97 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dalam tempoh tiga tahun lepas adalah milik bumiputera.
“Bumiputera/Melayu umumnya tidak perlu terlalu risau. Di negara ini, bumiputera menguasai segala-galanya. Ia mempunyai kerajaan bumiputera, Petronas dan bank terbesar adalah bumiputera. PNB memiliki semua konglomerat penting untuk bumiputera. Khazanah dan ratusan GLC adalah bumiputera.
“Biar promoter Cina mendapat perhatian. Biarkan mereka menjadi pemilik syarikat tersenarai. Lagipun, siapa tahu di sebalik senarai pemilikan benefisial itu, terdapat kaitan dengan kepentingan lain dalam dunia korporat bawah tanah negara? Tak ada yang mustahil.
“Kepada orang Melayu, sila bertenang. Pemimpin kita melakukan segala-galanya untuk kita, semua perkara duniawi. Tiada kumpulan di dunia ini yang seberuntung bumiputera,” katanya di Facebook.
Bercakap di Kongres Ekonomi Bumiputera semalam, Pengerusi Bursa Malaysia Abdul Wahid Omar berkata situasi itu sepatutnya memberi kesedaran untuk bumiputera bangkit.
Dalam menangani sebab gagal mencapai keputusan walaupun enam dekad melaksanakan pelbagai dasar untuk memperkasakan bumiputera, Wahid berkata punca utama kegagalan ialah tumpuan diberikan kepada sektor awam tetapi bukan sektor swasta.
Dalam konteks KDNK, pengerusi Bursa Malaysia itu berkata sektor awam hanya menyumbang 17.8 peratus kepada ekonomi manakala sektor swasta 76.2 peratus.
Sementara itu, Zaid berkata kenyataan Wahid pada kongres itu boleh difahami.
“Maklumlah, seorang pemimpin Melayu, apabila mewakili atau berucap di kongres bumiputera, mesti menyampaikan ucapan yang sewajarnya kepada hadirin yang datang dari jauh untuk mendengar bagaimana mereka boleh diselamatkan. Anda perlu cemas dan mengambil berat tentang masa depan yang suram, dan anda perlu dilihat sebagai penyelamat,” katanya.
Bagaimanapun, Zaid berkata ada satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh bumiputera.
“Itulah yang diceritakan oleh nenek moyang kita 500 tahun dahulu. ‘Jaga lah pagar; supaya pagar tidak makan padi’,” katanya lagi.
Sebelum ini, Zahid berkata tiada apa yang berguna atau relevan akan muncul daripada kongres tiga hari itu untuk golongan bawahan kerana dasar di Malaysia tidak memenuhi keperluan mereka.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Melayu should stop worrying about melayu but worry about diri sendiri cukup.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg malay elite je yg x perlu worry. Malay marhaen mcm kami ni kenalah |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi bumiputera, kalau bukan B40 atau golongan elit, takde apa yang istimewa pun |
|
|
|
|
|
|
|
Terbalik lah. Malay elite mungkin perlu fikir pasal nasib melayu sebab mereka dah cukup serba serbi.
Marhaen kalau pung pang pung pang sembang kedai kopi pertahan ketuanan, melayu tertindas, boikot mcd, tapi sendiri lupa cari duit harga beras tetap macam tu juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 3-3-2024 03:13 PM
Melayu should stop worrying about melayu but worry about diri sendiri cukup.
Melayu bangsa paling hipokrit sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 4-3-2024 02:59 PM
Terbalik lah. Malay elite mungkin perlu fikir pasal nasib melayu sebab mereka dah cukup serba serb ...
elite tunggang middle..middle tunggang bottom
itu ler social class
pecking order
top of the ladder never crowded
once ko dah ngetop..ko kne menten position ko all out
raja sultan melayu tu dulu sapa? turun dari langit eeeitttttt jeng jeng jeng aku ler di gelar sultan shah alam sukma bla bla bla? taik ler weiii
dulu ketua lanun penyamun perompak bila dah ngetop ko CIVILISED
cam tu ler mongol barbarian balon bokhara n sme tamadun tinggi konon...tapi barbarian tu sme kendian jadi civilsed..pandai plak tuko kulit
yg plg moden korang nk tenguk fenomena ini..is IRAQ
Libya Iraq sme yg jahanam kan tu bapak segala penganas Al Qaeda..tunggang agama untuk their own power .bila libya iraq dah ruin arini korang ingat yg pakai kot konon civilised yg perintah libya iraq tu sapa dulu???
barbarian ni sepanjang zaman ada..di mesia ni klo elites tak campak makan skit kat bottom of the rung..siap la ko...tenguk bersih dulu demo camna
arini sapa yg perintah mesia?? bukan ke barbarian BERSIH yg bangga masuk jel mcm Mat ada bau burit Mah SABU n the gang ?? Yg melawan n tak puas ati depa buang mcm TIAN CHUA
opkosss takkan bleh puas hatikan sme
tapi sejarah tetap berulang..kulit je salu tuko |
|
|
|
|
|
|
|
Ah silap tu patut guna perkataan melayu sbb kat malaysia ni kalau bumi je melayu kata dia sorang je yg bumi. Yg lain2 bumi tu fake. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat Zahid ni salah sudut pandangan. Melayu ni bangsa paling baik hati kt dunia..mana ada negara bangsa bagi bangsa lain wujudkn sistem sekolah sendiri.cm SJK C T bagai..cube pi negara India, China..ada ke komuniti bahasa Melayu boleh wujudkan sekolah asing?
Ayat yg betul ' tiada siapa yg seberuntung duduki dengan bumiputera bagai didunia ni' |
|
|
|
|
|
|
|
Pi skali negara Israel..ada ke Israel wujudkan Mahaad Tahfiz Israel untuk kaum Arab Israel yg jadi kebanggaan puak2 liberal Malaya ni?kirim salam ajalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa takut sgt? didikla anak2 belajar rajin2 , tanamkan sifat keusahawanan dari kecil, break the poverty cycle. assume tiada bantuan kerajaan mcm yg bukan melayu. between quality and quantity, choose quality. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 3-3-2024 03:13 PM
Melayu should stop worrying about melayu but worry about diri sendiri cukup.
Betul...kita kena risaukan diri kita ni...utamakan diri kita. |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 4-3-2024 03:12 PM
Melayu bangsa paling hipokrit sekali
Etnik yang low self-esteem....macam mana nak influential. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang saya nampak beruntungnya jadi bumiputra ni boleh simpah di ASB!f
Lain lain tiada! |
|
|
|
|
|
|
|
Budaya yang lebih kuat akan prevail if not dominate, bukan sebab baik hati. Same everywhere. Imigran dari europe buka sekolah kat USA takde nak guna bahasa Red Indian. Satu Amerika Latin pula (minus Brazil) cakap Sepanyol termasuk orang asal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak lagilah, diskaun beli rumah, tanah rezab, macam2 kuota - saham, ipt, government contract. Government instruments yang khusus untuk bumi macam MARA, PPZ etc. Ya sangat beruntung.
|
|
|
|
|
|
|
|
pondan thailand yang berhijrah ke malaysia pon beruntung gak dapat nikmati subsidi malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
majo pon boleh jadi melayu elite
berusahalah lebih lagi
sebenarnya peluang banyak untuk marhaen macam kita
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 9-3-2024 02:14 PM
majo pon boleh jadi melayu elite
berusahalah lebih lagi
Nk cari jodoh vvip lah |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 9-3-2024 02:11 PM
pondan thailand yang berhijrah ke malaysia pon beruntung gak dapat nikmati subsidi malaysia
Siapa tu sis?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|