CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5894|Reply: 27

[Tempatan] Kuota MRSM untuk Orang Asli: MARA akan laksana jika jadi resolusi

[Copy link]
Post time 2-3-2024 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Kuota MRSM untuk Orang Asli: Mara akan laksana jika jadi resolusi

https://www.freemalaysiatoday.co ... jika-jadi-resolusi/

Anne Muhammad - 01 Mar 2024, 7:42pm


Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki berkata Mara akan membincangkan cadangan kuota 5% untuk pelajar Orang Asli di MRSM.

Mara sebagai agensi pelaksana akan melaksanakan aspirasi akar umbi, tegas Pengerusi Asyraf Wajdi Dusuki.

PUTRAJAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan melaksanakan cadangan kuota 5% bagi Orang Asli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), jika ia diangkat sebagai resolusi oleh Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024).

Sementara itu, Pengerusi Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mara akan membincangkan cadangan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Nor, yang menyertai KEB2024 hari ini.

“Kalau ia menjadi suatu resolusi sudah tentu sebagai agensi pelaksana kita akan laksanakan apa sahaja yang diaspirasikan oleh akar umbi,” katanya kepada pemberita tapak persidangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, petang tadi.

Terdahulu, Ramli pada sidang media di tepian KEB2024 mencadangkan kuota sebanyak 5% disediakan untuk pelajar Orang Asli di MRSM, mengingatkan bahawa akses pendidikan sudah lama menjadi isu bagi komuniti itu.

Dengan 55 maktab di seluruh negara, MRSM ditubuhkan selaras matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi, kepada pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan akademik dan intelektual.

Sebelum ini, pada April 2022, menteri pembangunan luar bandar ketika itu, Mahdzir Khalid, dilapor berkata kuota kemasukan ke MRSM adalah 60% bagi B40, 20% bagi M40, 15% bagi T20, dan 5% bagi pelajar bukan Bumiputera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2024 03:23 PM | Show all posts
Kuota ini relevan bila negara masih mundur, rakyat tidak semua dapat akses kepada kemudahan dengan saksama. Ada yang masih hidup tanpa bekalan air bersih.

Untuk itu, kuota untuk orang asli mungkin masuk akal.

Yang lelain sila lah bersaing dengan sihat. Kuota akan hanya memperlahankan progress sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama ni orang asli tak masuk mrsm ka mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 3-3-2024 04:41 PM
Selama ni orang asli tak masuk mrsm ka mcm mana?

Ada kot..mjngkin kurang...iols kt sbp dulu pun ada 1 akak org asli yg iols tau..tu pun dah mixed dgn cina...mungkim they all kurang pendedahan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 4-3-2024 12:03 PM
Ada kot..mjngkin kurang...iols kt sbp dulu pun ada 1 akak org asli yg iols tau..tu pun dah mixed d ...

Nak masuk tu kena amik peksa bagai.. kalau deme tak lepaih tang akademik, bila masuk cikgu kena la lebey gigih mengajar.. iols rasa ok jahh kalau deme bg kuota tapi tetap kena lepas syarat kemasukan.. tapi iols speku deme kena buat kelonggaran syarat kemasukan..

Pada tahun 2016, MARA telah melonggarkan syarat kemasukan ke MRSM bagi pengambilan pelajar baru tingkatan satu untuk sesi tahun 2017. Pelajar-pelajar dari keluarga miskin yang menetap di kawasan bandar dan luar bandar, pribumi Sabah dan Sarawak serta pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan minima 3A 3B bagi pelajar di Semenanjung Malaysia dan 3A 2B 1C bagi pelajar di Malaysia Timur layak memohon kemasukan ke MRSM. Ini berikutan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang agak kurang memuaskan, di mana kurangnya peratusan A. Sebelum ini, pelajar perlu mendapat keputusan minima 5A bagi pelajar di Semenanjung Malaysia dan 4A bagi pelajar di Malaysia Timur bagi membolehkan mereka memohon ke MRSM.

Pada tahun 2021, MARA mencadangkan dasar baru pengambilan pelajar ke tingkatan satu dan empat di mana hanya pelajar daripada sekolah kebangsaan sahaja dibenarkan memohon. Cadangan ini kemudian mendapat bantahan dari ramai pihak yang merasakan syarat baru ini tidak adil; antaranya kerana terdapat pelajar berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak mengikuti persekolahan aliran perdana. Selain itu, cadangan baru ini didakwa bercanggah dengan semangat kepelbagaian kaum di Malaysia. Menteri Pembangunan Luar Bandar pada ketika itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid, mengumumkan bahawa cadangan baru ini ditarik balik serta MARA akan menggunakan syarat lama iaitu pelajar dari mana-mana aliran persekolahan berhak memohon ke MRSM untuk sesi 2022. Manakala, kuota pengambilan pelajar turut kekal iaitu 60 peratus daripada keseluruhan jumlah pelajar baru tingkatan satu dan empat dikhususkan kepada keluarga pelajar berpendapatan rendah (B40), 20 peratus daripadanya kepada keluarga pelajar berpendapatan sederhana (M40), 15 peratus daripadanya kepada keluarga pelajar berpendapatan tinggi (T20) dan lima peratus dikhususkan kepada pelajar bukan Bumiputera. Pelajar yang memohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) yang meliputi subjek-subjek dalam bidang STEM dan darjah kecerdasan (IQ).
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila kemasukkan baru budak² mrsm tahun ni yek? Iols nak tukar sek anak, buat rayuan tukar dekat rumah dlm 1km kena reject. Kena jugak pegi sek jauh 5km. Cikgu bagitau kena tunggu panggilan mrsm/teknik dll,nanti baru ada kosong sek dekat rumah tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2024 12:52 PM | Show all posts
banyak eh tahun ni budak2 pandai yg x dpt sbp or mrsm
especially kalo parent t20

mrsm x lepas sbp pon x lepas
masuk sekolah harian je

tapi kalu nk masuk sekolah2 ni mmg duit kena pakai bnyak
baju je mcm2 jenis utk prep la utk outing la utk lain2 event la
tu belum buku2 tmbhan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 4-3-2024 12:17 PM
Nak masuk tu kena amik peksa bagai.. kalau deme tak lepaih tang akademik, bila masuk cikgu kena la ...

Itu la bg iols...kuota ni ttp kena ada sebab keragaman sosioekonomi kita...kadang boleh dipolish2 lg bebdk ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 3-3-2024 04:41 PM
Selama ni orang asli tak masuk mrsm ka mcm mana?

ada kot sbb klasmet adik iols kat uni ada sorg anak org asli mmg pure makpak asli ulu tembeling kot. dah jd cikgu beranak pinak pun jd cikgu mengajar pun kat sana.
bdk tu sek mrsm jugak.
tp dlm satu batch agaknya ada la sorg
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 4-3-2024 12:56 PM
Itu la bg iols...kuota ni ttp kena ada sebab keragaman sosioekonomi kita...kadang boleh dipolish2  ...

Iols rasa kalau lepaih syarat, takde masalah.. tapi nampak gaya mcm kena turunkan syarat utk deme lepaih..

Kalau mcm tu, kemudahan kat mrsm kena tambah la utk pastikan bebudak yg tak cukup syarat ni dpt extra help..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
amyza replied at 4-3-2024 12:33 PM
Bila kemasukkan baru budak² mrsm tahun ni yek? Iols nak tukar sek anak, buat rayuan tukar dekat rum ...

Utk tingkatan 1, mckk masuk 18 Mac ni.. utk hat lain2 tu tatau..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 4-3-2024 02:08 PM
ada kot sbb klasmet adik iols kat uni ada sorg anak org asli mmg pure makpak asli ulu tembeling ko ...

Mebbe ada tapi tak ramai.. sbb tu deme nak bg kuota kemasukan..

Bg nonbumi pun ada kuota 10% dolu2 tapi kena ikut sosioekonomi paling rendah dpt majoriti tmpt.. sbb dpt isi 1% jahh kuota deme diturunkan kpd 5%..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 4-3-2024 02:08 PM
ada kot sbb klasmet adik iols kat uni ada sorg anak org asli mmg pure makpak asli ulu tembeling ko ...

Tak ramai eh...iols time iols sbp tu jaman 1993 ke 1994...sorang ja senior iols org asli...chinese n indians pun lebih ramai...
Tp sifat they all yg masih kt kampung lg ni still pekat shyness dia kan?ada jaman covid kot..doctor ni citer nak pi carik derang nak bg educate pasal covid kot...depa lari sembunyi plak...
Kira bgs la member u balik ngajar...sbb dia lebih memahami culture orang asli ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka layan tiktok ila ajojing
Org asli kulit cerah dan rupa mcm ruhainies tp dia tak terkemut2
Lucu orgnya ada bakat jd host petah berkata2
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 3-3-2024 04:41 PM
Selama ni orang asli tak masuk mrsm ka mcm mana?

Patut dorang lebih layak,
Sekolah iols dulu ramai je org asli
Baik2 je semua ada yg duk kelas depan ada yg kelas sederhana yg pasti dorang tak wat hal kat sekolah. Elok je ikut peraturan ada yg jd pengawas sekolah.
Ada sorang senior iols tu nama sebijik mcm org melayu islam, nama ayah dia pun sama tp dia bkn islam.
Ikutkan takda agama la, pagan
Tp bila dah dewasa memasing pandai la nk masuk agama mana pun.
Mcm senior iols tu nampak kat fb dia sambut krismas so dh jd ummah kristian la tu.
Kawan sekelas iols dia half asli, mak or ayah dia OA dan muslimla.
Adik badik dia semua pandai2 masuk U belaka  walau dorang bkn org senang,mak ayah dia pun dedua buta n dorang keje anyam bakul.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 4-3-2024 11:07 PM
Patut dorang lebih layak,
Sekolah iols dulu ramai je org asli
Baik2 je semua ada yg duk kelas depa ...

Kalau menepati syarat kemasukan rasanya dpt jahh masuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 4-3-2024 10:32 PM
Utk tingkatan 1, mckk masuk 18 Mac ni.. utk hat lain2 tu tatau..

Tq sis. Kena stay dulu dalam 1-2minggu jugak lah mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
amyza replied at 5-3-2024 08:11 AM
Tq sis. Kena stay dulu dalam 1-2minggu jugak lah mcm ni.

You are welcome. Semoga berjaya masukkan anak ke skolah dekat dgn umah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak-budak OA sekitar aku banyaknya repeat cycle kemiskinan family je. kesian tengok tapi kalau dah nasihat tak nak berubah, last last memang lantak je lah. ada yang pandai tapi family tak support langsung.

ada je yang berjaya tapi cicir lagi ramai dari yang berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 04:11 PM | Show all posts
dulu masa i olls sekolah rendah org asli dkt sekolah i olls asek menyanyi lagu hindustan je...time belajar dia tido
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.857447 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list