CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6043|Reply: 27

[Dunia] India cipta pil harga RM5.70 rawat penyakit kanser

[Copy link]
Post time 2-3-2024 10:56 AM | Show all posts |Read mode
India cipta pil harga RM5.70 rawat penyakit kanser

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... at-penyakit-kanser/

Oleh KOSMO!
2 Mac 2024, 8:15 am


GAMBAR fail menunjukkan doktor dan kakitangan perubatan di Pusat Kanser Tata, Mumbai. - Foto AFP

NEW DELHI – Institut TATA di Mumbai mencipta pil yang boleh mencegah kanser daripada berulang dan menghalang kesan sampingan semasa rawatan penyakit itu sebanyak 50 peratus, lapor portal berita RT kelmarin.

Menurut akhbar Economic Times, kejayaan itu diperoleh selepas penyelidikan dilakukan terhadap pil baharu tersebut selama satu dekad.

Pil dikenali sebagai R+Cu itu mempunyai ciri prooksidan seperti resveratrol dan kuprum yang boleh melawan kanser.

Ubat itu itu juga berkesan dalam merawat kanser pankreas, paru-paru, dan mulut, demikian menurut penyelidik yang menciptanya.

Pil itu dijangka berharga hanya 100 rupee (RM5.72).

Ketika ini, R+Cu sedang menunggu kelulusan Pihak Berkuasa Keselamatan dan Piawaian Makanan India (FSSAI) dan berkemungkinan dikeluarkan dalam pasaran antara Jun atau Julai tahun ini.

Kata seorang pakar Hospital Memorial Tata, Dr Rajendra Badve , kesan sampingan pil itu telah diuji pada tikus , manakala ujian klinikal terhadap manusia masih dilakukan.

“Ia akan mengambil masa kira-kira lima tahun untuk menyelesaikan ujian berkenaan ke atas manusia,” katanya dalam temu bual dengan NDTV. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau PRC menjadikan teknologi affordable untuk dunia ketiga, jasa india ialah mengeluarkan ubat2 generik. Tanpa dorang berdua ni jgn harap lah nak merasa ECRL atau Viagara mampu milik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2024 02:06 PM | Show all posts

Alhamdulillah. Teruskan lagi r&d yang bagus macam ni. Bidang beginilah yang memerlukan dana dan sokongan lagi. Bukan buat bangunan tertinggi, dataran terbesar, poket tertebal eh
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, tak sia2 selama ni india jadi r&d partner serael, dapat lah kuarkan pil kanser yg rakyat marhean malaysia leh guna.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Good job, India...senoga dpt memanafaat kat masyarakat dunia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumbangan bangsa India dan Cina.

Daddyash tolong promote sambil tayang z4k4r...tu je yang dia mampu, tapi adalah juga usaha yg sedikit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 03:46 PM | Show all posts
Samerosie replied at 3-3-2024 06:56 AM
Alhamdulillah, tak sia2 selama ni india jadi r&d partner serael, dapat lah kuarkan pil kanser yg rak ...

Patent ubat ni biasanya 5 tahun (correct me if I'm wrong) selepas tu orang lain boleh tiru resipi dan jual murah. Itu yang India buat. Sebab tu lah hospital gomen boleh maintain bagi rawatan kesihatan pada ummah bayar singgit ja. Hospital private jual ubat branded harga 100x ganda.
Terima kasih India lagi sekali.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa side effect kpd tikus?


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp disebabkan cases yg berlaku di indon dan afrika iols agak ragu2 dgn faktor keselamatan ubatan dr india..huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-3-2024 03:46 PM
Patent ubat ni biasanya 5 tahun (correct me if I'm wrong) selepas tu orang lain boleh tiru resipi  ...

biasa more than 10 years
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kanser hilang, tapi kena cirit birit
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
India ni negara yg hebat sbnrnya. Cuma isu dia org2 yg hbt tinggal kat sana atau kerja kat negara2 maju mcm us, Europe. Jd yg biasa2 ni bnyk dtg msia buat roti canai je.

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 3-3-2024 05:40 PM
India ni negara yg hebat sbnrnya. Cuma isu dia org2 yg hbt tinggal kat sana atau kerja kat negara2 m ...

Melayu yang hebat Najib Razak kata @kemaruk...tapi tinggal dalam penjara Kajang
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 3-3-2024 04:37 PM
Tp disebabkan cases yg berlaku di indon dan afrika iols agak ragu2 dgn faktor keselamatan ubatan dr  ...

Malaysia ni banyak je pakai ubat dari India. Ubat2 generik semua dari India.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-3-2024 03:46 PM
Patent ubat ni biasanya 5 tahun (correct me if I'm wrong) selepas tu orang lain boleh tiru resipi  ...

Actually longer betweem 15 to 20 yrs itupun kalau dia tak apply to extend.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 3-3-2024 05:26 PM
Kanser hilang, tapi kena cirit birit

Kanser hilang....org pun hilang jg...
Sib baik malaysia mampu jg buat ubat2 generic..
Iols penah amik inhaler generic brand india...yg ni malaysia takde lg teknologi lg rsnya...yg india ni pun iols tak suka ada after taste yg tak sedap...
Tp sirup ubat batuk n lozeng ada iols suka brand from india ni...tp ada kes2 ubat batuk tercemar kt indon n afrika seram la iols...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 3-3-2024 06:01 PM
Malaysia ni banyak je pakai ubat dari India. Ubat2 generik semua dari India.

Generic made in malaysia pun byk...takat painkillers, antihistamines..ubat darah tinggi diabestes ada je...
Ubat sedut asthma je takde from Malaysia...rege ubat original dlm malaysia pung kira murah dr singapore...depa pung mai beli sini..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 11:55 PM | Show all posts
iols ada sedara kanser hati umur 80 plus amik ubat dari india mahalll..simpton berkurangan tapi meninggal juga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 07:23 AM | Show all posts
kalau Pfizah tau...mereka beli & tukar nama jual harga T20
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.233466 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list