CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5891|Reply: 0

[Pulau Pinang] Warga Bangladesh buat sewa e-skuter secara haram

  [Copy link]
Post time 2-3-2024 01:21 PM | Show all posts |Read mode

Anggota penguatkuasa MBPP ketika operasi e-skuter di sebuah premis di pusat bandar George Town, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas 25 buah e-skuter di sebuah premis yang menjalankan perniagaan sewa kenderaan mikromobiliti tanpa lesen di kawasan pelancongan di pusat bandar ini, semalam.

MBPP berkata, menerusi operasi khas e-skuter itu, satu serbuan telah dilakukan oleh Jabatan Pelesenan dan Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP di premis berkenaan.

“Kesemua 25 buah e-skuter ini dijadikan barang perniagaan oleh premis yang menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah oleh pihak MBPP.

“Semasa serbuan dibuat, hanya seorang warganegara Bangladesh yang mengoperasikan perniagaan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, MBPP mengingatkan kepada orang ramai bahawa penggunaan e-skuter di atas jalan raya adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan ia menjadi kesalahan mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Malah, MBPP juga tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada pengendalinya dan pemantauan aktiviti e-skuter giat dijalankan demi keselamatan orang awam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... kuter-secara-haram/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055353 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list