CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6962|Reply: 0

[Kedah] El-Nino: 3 empangan MUDA mampu tampung bekalan pengairan sehingga Jun

[Copy link]
Post time 2-3-2024 01:36 PM | Show all posts |Read mode

Empangan Ahning. - Foto ihsan MADA

ALOR SETAR: Tiga empangan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dijangka mampu bertahan untuk menampung keperluan pengairan sepanjang fenomena El Nino yang dijangka berlarutan sehingga Jun depan.

Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh berkata Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning mampu untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan Muda sehingga Jun depan.

Bagaimanapun, beliau berkata MADA sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi cuaca panas akibat fenomena El Nino termasuk memantau laporan semasa Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

"Bagi tujuan pengairan kawasan Muda, kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan penggiliran pengairan kawasan-kawasan pertanian padi.

"Apabila selesai pengairan di kawasan yang memerlukan, kita akan alihkan pengairan ke kawasan lain yang yang memerlukan bekalan air secara berperingkat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Ismail berkata, MADA juga akan menggerakkan lebih 1,000 unit pam statik dan mudah alih bagi membantu pengairan kawasan sawah yang memerlukan bekalan air.

Menyentuh kesan cuaca panas terhadap proses tanaman padi, beliau berkata, suhu panas di kawasan Muda turut memberi kesan kepada proses pendebungaan padi.

Sementara itu MADA melalui kenyataan berkata, jumlah takungan ketiga-tiga empangan adalah berada pada paras selesa dan mencukupi iaitu 75.88 peratus bagi menampung keperluan sumber air pengairan untuk aktiviti tanaman padi musim dua 2023 di kawasan Muda.

Berdasarkan kenyataan itu, kapasiti takungan Empangan Pedu adalah 71.71 peratus, diikuti Empangan Muda dan Empangan Ahning pada tahap 72.80 peratus 93.96 peratus.

"Jumlah hujan di Kawasan Muda merekodkan bacaan lebih rendah iaitu 12 milimeter (mm) berbanding purata hujan 20 tahun iaitu 47 mm," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... gairan-sehingga-jun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.142850 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list