CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7075|Reply: 1

[Johor] Wanita nyanyuk ditahan polis selepas memandu lawan arus 15 kilometer

[Copy link]
Post time 2-3-2024 02:12 PM | Show all posts |Read mode

Wanita warga emas ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai memandu sebuah kereta secara berlawanan arus di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru - Air Hitam di sini, semalam. Foto tular

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai memandu sebuah kereta secara melawan arus di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru-Air Hitam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata wanita berusia 75 tahun itu ditahan selepas dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Iskandar Puteri, sejurus video pemanduan secara melawan arus itu tular di media sosial.

"Kita mengesan video tular memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipandu secara melawan arus.

"Kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 2.50 pagi semalam. Bertindak atas maklumat, kita telah menahan seorang suspek wanita kira-kira jam 4.11 petang semalam bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.



Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita itu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, sebaliknya dia disyaki mengalami masalah kesihatan iaitu dementia.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dijalankan.

Semalam, tular beberapa video memaparkan insiden sebuah kereta dipandu secara berlawanan arus di beberapa aplikasi media sosial.

Dakwa pengguna akaun yang memuat naik video berkenaan, dia percaya warga emas yang menghidap dementia itu memandu seorang diri sejauh 15 kilometer dari Kulai ke Iskandar Puteri.

Dakwanya lagi, terdapat orang awam yang berjaya mengepung kenderaan warga emas berkenaan di sebuah jambatan sebelum bertindak menghubungi polis.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-arus-15-kilometer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Dulu kawan I, arwah ayah dia pun macam ini. Pergi surau tetapi tak balik2 ,drive kereta. Sehingga keluarga minta tolong orang ramai  cari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.069795 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list