CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18293|Reply: 70

[Tempatan] Kerajaan sasar bina 2,500 rumah mampu milik atas rizab Melayu, kata PMX Anwar Ibrahim

  [Copy link]
Post time 2-3-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode
K'jaan sasar bina 2,500 rumah mampu milik atas rizab Melayu

https://www.malaysiakini.com/news/697999

Shamz Johan dan Isabelle Leong
Diterbitkan:  Mar 2, 2024 6:24 PM⋅
Dikemaskini: 6:24 PM



Kerajaan menyasarkan pembinaan sebanyak 2,500 unit rumah mampu milik melalui Skim Perumahan Madani yang akan dibangunkan di atas tanah rizab Melayu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju menyediakan skim tersebut bagi memanfaatkan tanah rizab Melayu terbiar.

"Masalah tanah rizab Melayu yang berulang kali disuarakan termasuk dalam laporan kongres hari ini, harus dimanfaat dan dibangunkan.

"Kita memutuskan supaya Pelaburan Hartanah Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) diamanahkan untuk menerajui dan memacu pembangunan komersial di tanah-tanah rizab melayu.


Gambar hiasan.

"Ini termasuk Pelaburan Hartanah Berhad yang telah membangunkan Hospital Pakar KPJ di tanah rizab Melayu di Sungai Penchala. Ini satu contoh yang baik.

"Dan kita akan teruskan segera dengan Skim Perumahan Madani di tanah rizab Melayu dengan sasaran membangunkan 2,500 unit rumah mampu milik," kata Anwar pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga akan memastikan pemilikan sejumlah 200 ekar tanah Kerajaan, termasuk 50 ekar tanah di Bandar Malaysia kekal dimiliki orang Melayu.

Ia bagi menjamin ketersediaan perumahan mampu milik agar orang Melayu kekal di kawasan pusat bandar, kata Anwar.



"Kerajaan telah mengambil alih Bandar Malaysia di Kuala Lumpur. Saya telah putuskan sebahagian daripadanya iaitu sebanyak 50 ekar kekal dimiliki orang Melayu sebagai tanah rizab Melayu.

"Pusat bandar yang strategik ini kita tetapkan menjadi kawasan milik Melayu.

"Dalam tempoh setahun, jumlah ini dan kawasan strategik serta pembangunan baru akan ditambah menjadi 200 ekar tanah kerajaan yang dijadikan tanah rizab Melayu di kawasan bandar," katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn bg sskjp. Bg keutamaan pd penduduk melayu asal KL dan lembah klang
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku paling takut org yg tkde prinsip apa yg dia lakukan tergesa2 bukan sebab keperluan. Tergesa2 sementra ada kuasa apalagi musabg berbulu ayam membisik kepada sang ketua agar segera membina segala sebelum kuasa terlepas tangan. Hail puppetto
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade lg ke tanah rizab melayu ni setau aku byk dh tanah rizab ni kene amek buat jalan la buat rel keretapi la
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 11:48 AM | Show all posts
cek sekali last2 staff je banyak beli, contoh perumahan atas tanah wakaf, start from 200k yg murah, habis staff developer sdn bolot, tinggal jual yg mahal 299k kat org. ni muslim ye tak makan babi tp makan hak org lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 11:49 AM | Show all posts
Ini di atas tanah rizab melayu sungai penghala. Murah gila harga. Pemilikan kekal


free online b
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2024 12:07 PM | Show all posts
do something kat kuarters2 kjaan yang tak berpenghuni... sewakan mur2 kat non gov pun xpe dr berhantu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 4-3-2024 11:41 AM
Ade lg ke tanah rizab melayu ni setau aku byk dh tanah rizab ni kene amek buat jalan la buat rel ker ...

Kalau dalam KL, tinggal seciput jer.
Negeri lain tak tak tau la.

Yg pasti, dlm KL tidak diganti rezab ke rezab, sebab owner terpaksa amik pampasan, puncanya KL dah takde tanah kosong utk diwarta sebagai rezab melayu.
Ini kata² PTGKL.

Yang masih bersisa sekarang ni, jadi Kampung Tradisi.

Harap Nuor tidak usik rezab melayu rumah² kampung (dlm KL) utk dibina flat perumahan rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 4-3-2024 11:49 AM
Ini di atas tanah rizab melayu sungai penghala. Murah gila harga. Pemilikan kekal



Tengok lokasi bro.
Penchala tu tepi TTDI.
Within vicinity macam² ada.
Matured development area.

Location location location.
(mantra pemaju)
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 4-3-2024 11:40 AM
Aku paling takut org yg tkde prinsip apa yg dia lakukan tergesa2 bukan sebab keperluan. Tergesa2 sem ...

Kan….buat pula guna rizab melayu. Rizab melayu ni lama2 boleh tukar kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 4-3-2024 12:07 PM
do something kat kuarters2 kjaan yang tak berpenghuni... sewakan mur2 kat non gov pun xpe dr berhant ...

Ehhh setuju sangat. Plus bangunan gomen yg kosong kat jalan kuching, area belakang padang merbok and centre KL. ni sibuk nak usik tanah rizab
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu, rumah dah melambak di KL dan selangor. Patut amik inisiatif utk habis kan rumah yg x terjual skrg. Bukan bina n jual pastu x laku2 sbb mahal dan rumah kecik x berbaloi utk dibeli. Last2 tpaksa jual pada non bumi.

Xde org yg bijak2 ke dlm gomen???
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:28 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 4-3-2024 12:21 PM
Kan….buat pula guna rizab melayu. Rizab melayu ni lama2 boleh tukar kan?

sepatutnye kalau guna rizab melayu kene ganti tempat lain.  sbb tu rizab melayu la ni dh tak byk kt perumahan, pertanian sebab kena ganti.  so buatlah rizab ni utk kegunaan mcm jalan dan rel keretapi ka, bangunan pejabat kerajaan ka. ada jugak negeri diorg ganti letak rizab melayu tu dalam kawasan hutan simpan.  on paper tanah rizab melayu masih ada tp tu la bukan diduduki org melayu la
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:29 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 4-3-2024 12:14 PM
Kalau dalam KL, tinggal seciput jer.
Negeri lain tak tak tau la.

yg penang tu pa cita sampai teluk kumbar kampung tradisional melayu terakhir kt pulau tu pun nak kene sodok gak buat asrama warga asing?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 4-3-2024 12:29 PM
yg penang tu pa cita sampai teluk kumbar kampung tradisional melayu terakhir kt pulau tu pun nak k ...

Nak buat camne, pemimpim melayu pon x protect kepentingan org melayu sendiri. Hujung2 asyik menyalahkan melayu kata nak bantuan je. Depa x tahu ke bangsa ciha india tu parti politik depa semua bantu bangsa depa sendiri. Tinggal tau dgn xtau je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 4-3-2024 12:29 PM
yg penang tu pa cita sampai teluk kumbar kampung tradisional melayu terakhir kt pulau tu pun nak k ...

Tatau la kot² asrama warga asing juga dikategorikan sebagai pembangunan berkepentingan awam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 12:40 PM | Show all posts
elok jgn bina lagi perumahan dalam kl...atau apa2 bangunan dlm kl dah... sesak padat sgt pun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengikut pembacaan, kat Pineng tu belum diwarta sebagai kampung tradisi.

Dan, jika pemaju mampu beli dan bina kondo atas tanah tu, maknanya samada depa sendiri yg juai atau tanah tu memang bukan milik orang kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni berdasarkan apa yg telah berlaku dalam KL, senario yg sama mungkin berlaku kat Pineng.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Masyukkk kocek kroni berapa Bilyun la tu. Projek jamban sekolah dia pun kecoh macam2 hal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.455181 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list