CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 25280|Reply: 45

[Tempatan] Graduan UNIMAS Juara Bintang RTM 2024 Rangkul RM78000 Beserta Kereta

  [Copy link]
Post time 2-3-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by tumpanglalu74 at 3-3-2024 11:15 AM



Roxy Ixzy muncul sebagai juara dalam pertandingan Bintang RTM yang terkenal dalam melahirkan penyanyi berbakat, meraih hadiah wang tunai sebanyak RM78,000 dan sebuah kereta berjenama Proton Iriz.

Mempamerkan kebolehan dalam pusingan solo dengan lagu "A Woman's Worth" oleh Alicia Keys dan duet bersama Hariz Fayahet dalam lagu "Percayalah" nyanyian Afgan dan Raisa, Roxy menduduki tempat pertama.

Biodata
Nama sebenar: Roziena Ixzy
Nama komersial: Roxy Ixzy Umur: 26 tahun (2024) Asal: Kuching, Sarawak
Keluarga: Anak sulung daripada lima orang adik beradik
Pendidikan: Graduan Sarjana Muda Jurusan Perakaunan daripada Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
Pekerjaan: Penyanyi, Personaliti Media Sosial Instagram (IG): @roxyixzy
Tiktok: @roxyixzy

Latar Belakang
1. Lebih rapat dengan panggilan Roxy.
2. Berketurunan Bidayuh dan Melanau.
3. Sejak zaman kanak-kanak, hasrat dan impian sebagai penyanyi sudah tumbuh buatnya.
4. Kedua ibu bapanya mempunyai minat dalam bidang muzik, dengan bapanya yang merupakan penyanyi Bidayuh yang dikenali dan ibu yang juga meminati nyanyian sebagai hobi.
5. Kesemua adik-beradiknya juga meminati seni nyanyian.
6. Roxy pernah menyertai pertandingan nyanyian di sekolah, kampung dan ketika menuntut di UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak).  Pada festival kesenian UNIMAS 2019, dia dan rakannya mendendangkan lagu Bidayuh dan mencipta kenangan manis sebagai juara.
7. Dia merupakan seorang penyanyi Bidayuh yang juga mempunyai kerjaya muzik di Sarawak.
8. Dia, sebagai komposer, merakamkan single pertama ciptaannya bertajuk 'Setia' dalam Bahasa Melayu setelah sebelumnya merakamkan single itu dalam Bahasa Bidayuh.

Fakta Menarik
1. Mempunyai kemahiran memetik gitar yang dikuasai melalui pembelajaran sendiri dengan merujuk buku, bapanya dan sumber dari YouTube.
2. Tidak menerima pendidikan formal dalam vokal atau muzik menerusi kelas-kelas tertentu.
3. Genre muzik K-Pop merupakan antara kegemarannya.
4. Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah, sebagai idolanya, menjadi pemicu semangatnya untuk melangkah dalam dunia muzik.
5. Pernah mendapat perhatian dan tular di TikTok pada 2021 apabila menyanyikan lagu "Asmara Ini" oleh Datuk Fazley Yaakob, dengan suara dan petikan gitar yang memukau netizen.
6. Kelunakan suara Roxy diibaratkan ramai umpama penyanyi-penyanyi terkenal seperti Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah.
7. Dia nekad ingin mengekalkan dedikasinya kepada genre muzik R&B, walaupun mendepani cabaran dengan persepsi sukar diterima di Malaysia.



Pemenang-pemenang lain:

Dayang Irsyadhania (Dhania) mendapat gelaran naib juara dengan hadiah RM35,000, diikuti oleh Muhammad Hadi Hafsham (Hady Huv) di tempat ketiga, menerima RM20,000.  Tempat keempat hingga keenam dimenangi oleh Nuhammad Zulfeka (Feka), Eylia Eyre Guntabid (Eylia Guntabid) dan Mohammad Said Suhazrie (Joy), masing-masing membawa pulang RM5,000.  Dalam kalangan bakat muda berusia 16 hingga 25 tahun itu, sepuluh lagi finalis terpilih dalam Bintang RTM 2024 termasuk Akma Natasha, Nurul Maimanah (Nana), Mohd Azumi Shazani (Azumi), Siti Erinshahira (Erin Shahira), Sharifah Nurilmuhayati (Nuril), Muhammad Harris Mukhriz (Harris), Muhammad Shahrezza (Shah Rezza), Elliza Suezina (Liz), Mohd Enrien Syah (Jon) dan Nur Shahirah (Noy).  Program realiti yang diperkenalkan sejak tahun 1973 ini telah menghiburkan penonton mulai Sabtu, 13 Januari 2024.

https://iluminasi.com/bm/biodata ... ntang-rtm-2024.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2024 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar masa sekolah ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 3-3-2024 12:48 AM
https://youtu.be/uzDm_y38088?si=vttGGo8tHsWygB4J

Dh 2024 wardrobes rtm masih sehauk jaman 90an
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah!!!


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 3-3-2024 07:23 AM
Dh 2024 wardrobes rtm masih sehauk jaman 90an

Takde modal beli baju sama kena recycle dari 90an kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2024 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
baru nak cakap wahhhh muda bgetahnya oh gmbr lama.. tp ok la konpiden perform mcm nk style anak tok muhyiddin ek nyanyi ke salah
https://vm.tiktok.com/ZSFAXymFu/
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 3-3-2024 12:48 AM
https://youtu.be/uzDm_y38088?si=vttGGo8tHsWygB4J

Wow....suara sedap..ada bunyi2 Dayang pun ada...ada lagu lain x dia bawak cth lagu melayu atau inggeris yg lain...tp suara mmg ada wow factor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2024 09:40 AM | Show all posts
kalau hael husaini dan ezra kong bagi lagu yang bagus dekat dia, boleh masuk
ajl tahun depan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 3-3-2024 07:23 AM
Dh 2024 wardrobes rtm masih sehauk jaman 90an

Ala2 wardrobe aina abdul pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
tgk video awal2 ingatkan tt silap tepek lain nau orgnya baca nama kat bwh tu betui dah rupanya pic era berbeza
sedap gak suara...tahniah dekk. blh la meriahkan industri muzik msia
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
congratz
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada eh? Ingatkan Bintang RTM ni zaman arwah Sudirman dulu ja. Btw tak sedap lagu tu. Sorry ya dek.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
harap2 rancangler kerjaya dengan sebaik mungkin..jangan lepas ni pi masuk pertandingan lain pulak...oppsss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-3-2024 10:43 AM
Ada eh? Ingatkan Bintang RTM ni zaman arwah Sudirman dulu ja. Btw tak sedap lagu tu. Sorry ya dek.


https://youtu.be/y5Tg4VoVgMs?si=g0mIxWs0QbesdR0U

Dia ni cheeky.  

Lagu omputih tu sekali pandang nampak cam acik Ursula dalam Little Mermaid.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow,sedap suara dia. Tahniah!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 3-3-2024 11:02 AM
https://youtu.be/y5Tg4VoVgMs?si=g0mIxWs0QbesdR0U

Dia ni cheeky.  

Suara sedapppp....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bekas2 rtm ni lambat panas.
Lambat naik.. Lambat segalanya..
Ada rezeki naik lah tu.

Kalau dulu2 OK lagilah xde saingan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 01:37 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 3-3-2024 11:02 AM
https://youtu.be/y5Tg4VoVgMs?si=g0mIxWs0QbesdR0U

Dia ni cheeky.  

Oh okay.

Pocit stick to Saloma ja lah nak. Tak minat suara jerit2 macam negro ni.

btw, dia ni isle ka? Kot nanti acik2 sibuk pula suruh bungkus.

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 01:38 PM | Show all posts
Piramida replied at 3-3-2024 11:48 AM
Bekas2 rtm ni lambat panas.
Lambat naik.. Lambat segalanya..
Ada rezeki naik lah tu.

What's wrong with RTM, ada saka ka?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.260545 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list