CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21584|Reply: 0

[Kedah] Wanita warga emas ditemui lemas di Sungai Kedah

[Copy link]
Post time 3-3-2024 12:01 AM | Show all posts |Read mode
Wanita warga emas ditemui lemas di Sungai Kedah


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 2, 2024 @ 8:22pm  bhnews@bh.com.my




Anggota bomba melakukan pencarian di Sungai Kedah sebelum mayat wanita warga emas ditemui lemas. - Foto BH/ZULIATY ZULKIFFLI




ALOR SETAR: Wanita warga emas ditemui lemas di Sungai Kedah hari ini, selepas tiga jam operasi pencarian.

Mayat Tan joo Kuan, 66, ditemui di dasar Sungai Kedah di Tanjung Chali, di sini pada kedalaman kira-kira enam meter oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan BBP Jitra.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, berkata mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira 300 meter dari tempat dipercayai terjatuh pada jam 5.51 petang.

Beliau berkata, operasi dilakukan oleh 20 anggota dari BBP Jalan Raja dan PPDA BBP Jitra serta Sungai Petani serta menggunakan dua buah bot.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054257 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list