CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7972|Reply: 0

[Melaka] Ibu bapa 'lalok' menagih syabu

[Copy link]
Post time 3-3-2024 11:19 AM | Show all posts |Read mode

KAKITANGAN JKM menyelamatkan lima beradik membabitkan dua perempuan dan tiga lelaki berusia 10 hingga tiga bulan yang sering ditinggalkan ibu bapa mereka.

Melaka: Sering ditinggal tanpa pengawasan orang dewasa dalam persekitaran rumah kotor dan tidak terurus hingga terpaksa meminta makanan daripada jiran-jiran.

Itu nasib menimpa lima beradik termasuk bayi lelaki berusia tiga bulan yang terabai akibat ibu bapa 'lalok' menagih syabu di sebuah kampung di Pernu di sini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Nordin berkata, lima beradik malang membabitkan dua perempuan dan tiga lelaki itu berusia 10 hingga tiga bulan bagaimanapun diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas menerima aduan berkaitan pada Januari lalu.

Menurutnya, terdahulu pihak Pelindung Daerah Melaka Tengah menerima maklumat kes psengabaian kanak-kanak oleh ibu bapa melalui Klinik Kesihatan (KK) Telok Mas pada 9 Januari lalu.



"Ibu bapa kanak-kanak terbabit dilaporkan tidak membawa bayi mereka berumur dua bulan (ketika kejadian) untuk pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi bayi.

"Bayi itu dan adik-beradiknya yang lain juga tidak mendapat pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya hingga sering meminta makanan di rumah jiran berdekatan.

"Rentetan itu pelindung membuat lawatan ke rumah kanak-kanak bagi menjalankan siasatan yang mana pada masa sama pihak AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan) melaksanakan operasi penangkapan ke atas ibu bapanya," katanya dihubungi Harian Metro, semalam.

Kalsom berkata, beliau difahamkan hasil saringan ujjan air kencing, kedua ibu bapa lima beradik itu didapati positif dadah jenis syabu.

Katanya, hasil perbincangan JKM mendapati semua kanak-kanak perlu diselamatkan dan diletakkan dibawah Perintah Jagaan Sementara di tempat selamat mengikut seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu di Rumah Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun, dekat sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lalok-menagih-syabu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.110633 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list