CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8773|Reply: 0

[Pulau Pinang] Cendawan sawit boleh jadi sumber pendapatan baharu pekebun

  [Copy link]
Post time 3-3-2024 11:33 AM | Show all posts |Read mode

Spesis cendawan Volvariella yang diusahakan dalam ladang sawit di Pinang Tunggal

KEPALA BATAS: Universiti Sains Malaysia (USM) membantu meningkatkan pendapatan komuniti kampung menerusi Projek Pemerkasaan Tanaman Integrasi Cendawan Volvariella dalam ladang sawit sekitar Pinang Tunggal di sini dengan menggunakan teknologi lestari.

Cendawan Volvariella atau cendawan sawit adalah tanaman yang mudah, murah dan dan senang dijalankan, di samping mampu menghasilkan pulangan puluhan ribu ringgit sebulan.

Ketua Penyelidik Program, Dr Jacquelina Karimon, berkata projek tanaman itu bermula September tahun lalu dengan membabitkan penyertaan seramai 30 penduduk kampung termasuk ibu tunggal dan suri rumah.

Beliau berkata, sudah tiga proses tuaian dibuat sepanjang tempoh satu bulan tanaman berkenaan dengan merekodkan jumlah hasil sebanyak RM10,000 diperoleh.




Ketua Penyelidik Program Cendawan Volvariella, Dr Jacquelina Karimon (kanan) bersama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Bedu, Zulkifli Saad menunjukkan antara cendawan jenis volvariella sempena Program Libatsama Pemerkasaan Komuniti Cendawan Volvariella di Ladang Kelapa Sawit Daerah Pinang Tunggal. NSTP/DANIAL SAAD

"Dalam tempoh satu bulan sahaja, kita mampu menanam dan menuai sebanyak tiga peringkat (kali). Oleh sebab itu, projek ini dikatakan sangat mudah, senang dan murah apabila memperoleh hasil dengan cepat sekali.

"Pada peringkat pertama, hasil yang dapat dijana adalah sebanyak RM2,000 kemudian peringkat kedua (RM5,000) dan ketiga (RM3,000) yang jika digabung semua dalam RM10,000.

"Menariknya, penanaman cendawan ini di peringkat awal hasilnya memang sedikit tetapi ia akan bertambah dan terus bertambah pada proses-proses penanaman seterusnya, bahkan bebas bahan kimia kerana tanaman ini menggunakan teknologi lestari (alam semulajadi)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program libatsama program penanaman cendawan terbabit yang disempurnakan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Dr Ainul Mohsein Abdul Mohsin, di sini.

Dalam projek itu, ada tujuh batas tanaman cendawan yang setiap batas berkeluasan 30.5 meter.


Dari kiri, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Bedu, Zulkifli Saad; Pengarah Jaringan Komuniti Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Ainul Mohsein Abdul Mohsin; Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Rosmin Yaacob; Dekan Pusat Pengajian Jarak Jauh USM, Prof Madya Dr Zulnaidi Yaacob; dan Ketua Penyelidij Program Cendawan Volvariella, De Jacquelina Karimon bersama-sama menabur benih cendawan volvariella sempena Program Libatsama Pemerkasaan Komuniti Cendawan Volvariella di Ladang Kelapa Sawit Daerah Pinang Tunggal. NSTP/DANIAL SAAD

Mengulas lanjut, Jacquelina berkata, tanaman cendawan Volvariella masih baharu di negara ini dan berdasarkan kajiannya hanya menemui satu lokasi sahaja penanaman iaitu di Kedah.

"Jadi, saya fikir ia mungkin boleh diperluaskan, apatah lagi projek ini sangat mudah dikendalikan dan sesuai kepada petani-petani yang menanam tanaman komersial seperti kelapa sawit, getah, pisang yang mereka boleh memaksimumkan penggunaan tanah melalui projek tanaman integrasi kedua, sekali gus membantu komuniti untuk mendapatkan pendapatan dengan segera.

"Setakat ini, (kita) sedang berfikir kawasan lain yang boleh kita terokai yang mempunyai sumber pertanian serta tanah mereka sesuai dan berpotensi untuk dijalankan projek ini.

"Pada masa sama, saya juga merancang untuk membuat tanaman kit yang membolehkan semua orang dapat menanam cendawan ini di rumah, selain mahu bekerjasama dengan pensyarah lain yang mempunyai latar belakang biologi kimia untuk membuat benih lebih berkualiti serta cepat tahan sebab cendawan ini sangat mudah rosak yang memerlukan kena tuai dengan cepat dan makan (segera)," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Bedu, Zulkifli Saad, berkata dia tidak menyangka sisa sawit yang dibuang sebenarnya mampu menjana pendapatan apabila ia berguna dalam tanaman cendawan Volvariella.

"Terima kasih kepada pihak USM dan pejabat tanah yang memberi galakan kepada penduduk kampung dalam golongan B40 termasuk ibu tunggal bagi menaiktaraf kehidupan dari semasa ke semasa," katanya
https://www.bharian.com.my/berit ... atan-baharu-pekebun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.054722 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list