CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7170|Reply: 0

[Kedah] Hasil pertanian dijangka berkurang pada 2050 akibat cuaca panas

[Copy link]
Post time 3-3-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. - Foto BERNAMA

PENDANG: Negara perlu bersedia mulai sekarang bagi berdepan kemungkinan hasil pertanian tempatan berkurangan pada 2025 akibat fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca panas berpanjangan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kesan fenomena itu dapat dilihat ketika ini, apabila pengeluaran padi negara kekal pada kadar 62 peratus menyebabkan Malaysia perlu mengimport 38 peratus beras import.

Beliau berkata, berikutan itu agensi pertanian terutama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) perlu mencari langkah mengatasi masalah berkenaan melalui kaedah pembajaan, jadual tanaman dan benih pertanian baharu.

"Fenomena El Nino ini sedang melanda negara sekarang, kesan cuaca panas melampau. Dimaklumkan ramalan pada 2025 keadaan akan paling panas, maka pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kena bersedialah menghadapi waktu itu.

"Hasil padi Malaysia masih kira-kira 62 peratus lagi, umumnya keadaan cuaca panas ini sudah berlarutan selama tempoh tiga tahun membabitkan hasil padi tidak memberangsangkan, pengeluaran itu ada tapi hasilnya pertengahan sahaja," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Penuaian Padi Projek SMART SBB Ala Sekinchan di Kampung Gulau di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi MARDI, Dr Azman Ismail dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar.

Mohamad berkata, pihaknya sedang berusaha memastikan pengeluaran padi negara dapat mencapai tahap 10 tan per hektar seperti yang dicapai di Sekinchan, Selangor dan Lat 1,000 di Perlis.

Katanya, bagi mencapai sasaran itu, lebih banyak kawasan tanaman baharu padi perlu dibuka seperti di Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

"Di Lat 1,000 kita dapat 10 tan lebih, di Gulau kita dapat tujuh tan lebih sahaja. Walaupun capai matlamat, tetapi sasaran kita semua kawasan tanaman dapat keluar hasil lebih tujuh tan supaya kita boleh import beras.

"Untuk capai sasaran itu, maka MADA kena kaji jadual tanaman, MARDI kena kaji baja dan benih baharu yang mampu keluarkan hasil lebih banyak," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan mengumumkan keputusan perbincangan mengenai harga beras putih tempatan pada 20 Mac akan datang selepas mendengar pandangan petani dan pemegang taruh industri padi dan beras Khamis lalu.

Katanya, dalam pertemuan dianjurkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) itu, kerajaan akan berusaha memastikan semua pihak termasuk pengguna, pengilang dan petani berpuas hati.
https://www.bharian.com.my/berit ... -akibat-cuaca-panas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.059881 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list