View: 26492|Reply: 52
|
[Tempatan]
66 peratus Dividen konvensional KWSP perlu 'dibersihkan' - Dr Zaharuddin
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama Islam wajar membuat pembersihan berjumlah 66 peratus daripada dividen simpanan konvensional yang diumumkan.
Pakar Kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, tindakan tersebut perlu dibuat bagi mereka yang hanya menginginkan pendapatan halal dan bersih.
“Alhamdulillah dividen simpanan syariah tahun 2023 adalah 5.4 peratus, manakala simpanan konvensional sebanyak 5.5 peratus.
“Namun bagi mereka yang inginkan pendapatan halal lagi bersih sahaja, 66 peratus daripada jumlah dividen konvensional itu mesti dibersihkan.
“Ini menjadikan dividen patuh syariah KWSP konvensional yang halal dinikmati hanyalah sebanyak 1.87 peratus.
“Jika dividen konvensional itu nilainya RM10,000 maka RM6,600 perlu dibersihkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Pada Ahad, KWSP mengumumkan agihan dividen 2023 sebanyak 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan syariah.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, angka tersebut membabitkan agihan sejumlah RM50.3 bilion bagi konvensional manakala RM7.5 bilion untuk syariah.
Dalam masa sama, Zaharuddin menjelaskan, pembersihan dividen simpanan konvensional boleh menggunakan wang sedia ada yang bukan dalam simpanan KWSP.
“Boleh disalurkan jumlah tersebut kepada faqir miskin atau keperluan awam, diniatkan pembersihan.
“Boleh mengetahui jumlah dividen terbaharu dalam RM melalui KWSP i-akaun.
“Pembersihan tidak diperlukan bagi dividen simpanan syariah,” katanya.
Justeru ujar beliau, lebih 70 peratus pencarum Muslim yang masih dalam simpanan konvensional wajib mengubah ke simpanan syariah yang pada masa ini perlu dilakukan sendiri oleh pencarum.
“Pelajarilah hal ehwal halal haram dalam pendapatan kita, kehidupan duniawi hanya sementara, jangan kerana RM, kita kesusahan di akhirat yang kekal kelak.
“Bertukar kepada yang halal sangat berbaloi dan tidak akan mengundang kemiskinan,” katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kau buatlah apa yang kau rasakan betul |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dah lama bertukar kepada simpanan syariah... anda bila lagi?
Lega aku beza 0.1% je syariah vs conventional tahun ni..
Kalo tak, setiap tahun aku berentam nengokkan differential dividend yang banyok |
|
|
|
|
|
|
|
i baru tukar syariah tahun lepas..
so dividen dapat ni masih convensional..
but duit tak dapat ke tangan pun..
so pada i untuk apa fork out duit simpanan lain semata nak bersihkan epf tu..
melainkan epf tu dapat ke tangan, then wajar la kot buat gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
baru hantar ke?
kalau baru hantar, tahun depan baru jadi syariah..
tahun ni masih lagi conventional..
and ada masa sampai bulan 12 kalau nak cancel
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 4-3-2024 01:22 PM
baru hantar ke?
kalau baru hantar, tahun depan baru jadi syariah..
tahun ni masih lagi conventiona ...
Baru je chuols. Dari sehari ke sehari nk wat tp asyik lupa je. Baca thread ni baru betul2 insofff uols |
|
|
|
|
|
|
|
takpe la.. lambat pun janji kita ada kesedaran..
i pun baru je tahun lepas tukar ke syariah..so tahun ni baru effective..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak banyak beza dividen konvensional dengan dividen syariah compliant?
|
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 4-3-2024 01:19 PM
done.
Oh skrg dh boleh buat online eh |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 4-3-2024 04:53 PM
Oh skrg dh boleh buat online eh
Dah lama, I tukar online je tahu 2021 ke macam tu lupa. |
|
|
|
|
|
|
|
Laa boleh tukar online ke? Ingat kena tunjuk muka lagi kat epf. |
|
|
|
|
|
|
|
i dont care, the truth "syariah" investement/ saving / banking tu semua bullshit, tukar term je, duit tu semua dia laburkan tempat yg sama baik both syariah / kapir choice . bukan sord dua banker yg ckp dengan aku bank / mana2 organisasi ni laburkan duit tu tempat yg sama, term "syariah" utk tujuan marketing jaa pong |
|
|
|
|
|
|
|
Setahu saya boleh buat online. Saya activate i-akaun di mesin kiosk kat EPF Jln Raja Laut tahun lepas. Alang-alang dah kat situ,terus tanya acik customer service mcm mana nak tukar kepada simpanan shariah. Kejap aje tukar pakai app. Rupanya app yg install dalam phone adalah app lama dan kena install app baru. Patutlah functionality limited. Lepas install barulah keluar macam-macam option. Selesai 3 perkara kurang dalam 30 minit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 4-3-2024 07:53 PM
_blackbird replied at 4-3-2024 06:11 PM
i dont care, the truth "syariah" investement/ saving / banking tu semua bullshit, tukar term je, dui ...
Portfolio investment tak sama..
Conventional ada invest kat genting judi .. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dr Zaharuddin tu pernah jadi board director PNB (GLIC).. so dia komen tu sbb dia subject matter expert dalam portfolio management, seorang yg arif dlm industry..
Heols bukan seorang academician, idealistic or theory semata2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah, ada app baru rupanya. Yang lama jadi black & white macam dah arwah. Boleh tukar ke syariah tapi dari 8pagi - 5petang je. Anyway, thanks sis.
|
|
|
|
|
|
|
|
How compliant are the shariah funds? Kalau financing tu tukar term from interest to profit. Still ambik untung dari borrowers gak |
|
|
|
|
|
|
|
so before syariah wujud, org tua yg keluar duit dr KWSP semua duit tak halal, betul ke camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 4-3-2024 03:28 PM
Kenapa tak banyak beza dividen konvensional dengan dividen syariah compliant?
Yg i perasan tahun lepas share takaful malaysia perform sangat baik. I rasa pengurusan yg baru naik ( less than 5 yrs ni perform bagus) |
|
|
|
|
|
|
| |
|