CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5432|Reply: 29

[Tempatan] Chegu Bard, Zahid Md Arip disiasat berhubung isu kenderaan kurniaan Agong kepada PM

  [Copy link]
Post time 5-3-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Polis membuka kertas siasatan terhadap Chegu Bard berhubung kenyataan beliau yang didakwa berbaur hasutan berkaitan kereta kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan terhadap Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, berhubung kenyataan beliau yang didakwa berbaur hasutan berkaitan kereta kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 itu turut dibuka terhadap Muhammad Zahid Md Arip, yang juga bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita sedang melengkapkan kertas siasatan ini dan kedua-dua individu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang baharu Datuk Khaw Kok Chin daripada Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang baharu Mohd Kamarudin daripada Datuk Seri Hazani Ghazali di sini.


Mengenai notis merah terhadap menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, Razarudin berkata pihaknya telah menghantar maklumat tambahan seperti yang diminta oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

"Kini polis hanya menunggu maklum balas lanjut daripada pihak Interpol berhubung notis merah berkenaan," katanya.

Mengulas penggunaan kamera badan oleh anggota polis di lapangan, beliau berkata pihaknya menjangka menerima perkakasan itu pada Oktober ini.

"Diharapkan dengan penerimaan 7,648 unit kamera badan ini sekurang-kurangnya dapat menghindar tohmahan terhadap warga PDRM selain menjadikan pegawai dan anggota kita lebih bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak risau kan kalu kena denda pun , atuk dan Daim boleh sponser , boleh buat byk lg  bulan ramadan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 06:29 PM | Show all posts
Diharapkan dengan penerimaan 7,648 unit kamera badan ini sekurang-kurangnya dapat menghindar tohmahan terhadap warga PDRM selain menjadikan pegawai dan anggota kita lebih bertanggungjawab


harap jugak akan ada adegan2 menarik bakal di upload ke youtube
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu kalah kes mahkamah
..rasa dah boleh dijangkakan.

Tapi ni bukan isu rakyat pun...more kepada personal issue.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sultan Johor / Agong mmg suka berk hadiah kan. Dulu kes kasut MB johor pun org kecoh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau zaman dulu, bila sultan beri hadiah sepersalinan pakaian, itu dah kira sangat hebat. Tapi zaman sekarang tak taulah pemberian seperti itu dikira halal ke tak.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissYouSayang at 5-3-2024 10:40 PM

Galeria Perdana adalah inspirasi Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Bte Mohd Ali. Ianya bertujuan menyimpan, mempamer dan berkongsi dengan orang ramai berkenaan pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari Ketua-Ketua Negara, pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara serta masyarakat Malaysia semasa pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.

Anggota pentadbiran dilarang terima hadiah: Tun M

Ekceli nuart blh je tiru apa yg tun m buat tu kalau rase diri tu bersih sgt ..unless kau sdiri nk jadi mcm jibby yg ada kepentingan yg sama dgn si pemberi tu,so get ready la utk dikecam dgn netizen.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:28 PM | Show all posts
Nak serang pun biarlah isu yang jelas.

Nak jadikan bahan politik pemberian meserdes oleh agong kepada anwat, adalah tindaakan yg berani, tak ada isu sepatutnya kecuali ada bukti kpd suatu kesalahan... selain dari itu mengundanglah..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-3-2024 09:55 PM
Kalau zaman dulu, bila sultan beri hadiah sepersalinan pakaian, itu dah kira sangat hebat. Tapi zama ...

Lain hulu, lain parang
Lain dahulu, lain sekarang..

Jaman dolu2 dpt pemberian tu dianggap pemberi appreciate apa yg penerima buat tanpa apa2 balasan nnt.. jaman now... pikiaq je la apa maksudnya..

Chegu bard ni pun satu.. takde sapa habaq kat dia nak utk pakai porem utk komen2 mcm tu.. iols tatau apa dia komen.. tapi kalau nak ngata psl org ataih tu, mmg kena buat di sebalik topeng mcm acik2 porem kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape kena bagi kat pm..bukannya dia sengkek pun...pelik pun ada, klau bagi pangkat darjah kebesaran ok la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 5-3-2024 10:44 PM
Lain hulu, lain parang
Lain dahulu, lain sekarang..



Iols tgk cite dang anum dulu. Parameswara masa tu jadi raja temasik, dia beri sepersalinan pakaian kepada laksamana malang kerana berjaya menewaskan musuh. Lepas tu ada baca artikel mengatakan hadiah sepersalinan pakaian kira hadiah yg sangat hebat pada zaman itu. Kalau tak silap, pakaian tu raja dah pakai. Jadi dia bagi preloved kepada rakyat yang dia rasa berhak dan pernah berjasa. Zaman dulu rakyat xde koleksi pakaian mcm sekarang. Kalau ada baju pun mungkin sehelai dua dipakai bergilir2 hingga lusuh. Tapi kalau kereta dah banyak, bagi kereta lagi?



Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 5-3-2024 07:26 PM
Sultan Johor / Agong mmg suka berk hadiah kan. Dulu kes kasut MB johor pun org kecoh.

Ada satu tahun tu semua nurse yg kerje kat istana dapat kerete  baru apetah sebiji sorang. Untung maa
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
org lain yg bg hadiah. org lain yg dpt hadiah. org lain yg menggelupur.
nk jd hero pun agak² la.. tp iya lah kot ada sponsor byr denda.. apa ada kisah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Semasa Almarhum Sultan Iskxxxar gering..

Nurse2 yg jaga Almarhum dapat hadiah jam Rolex sorang satu

So, korang yg x pueh ati DSAI daoek pinjam gune mecedis ni x nak komplen ke pasal nurse2 tu dapek jam mahal..

Ternyata kamurang mmg DNA bangsa PHD

X bole orang lain dapat lebih

Dengki
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 02:24 AM | Show all posts
patutnya chegu bard ni puji agong kasi kereta baru dekat pmx. takdelah kehulu kehilir naik heli je memanjang.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
cranell replied at 6-3-2024 02:24 AM
patutnya chegu bard ni puji agong kasi kereta baru dekat pmx. takdelah kehulu kehilir naik heli je m ...

Mungkin kalau dia pun dapat sebijik baru diam kut hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala dulu kasut menteri besar Johor pun jadi issue pembangkang jgk.. 2x5.. 5x2 seploh je..itu je la tahap politician Malaysia ne
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:31 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-3-2024 09:55 PM
Kalau zaman dulu, bila sultan beri hadiah sepersalinan pakaian, itu dah kira sangat hebat. Tapi zama ...

Zaman dulu cukai2 di kutip oleh pembesar raja, dan di hantar keistana. Cukai2 ni hak mutlak Raja.
Sultan juga anugerahkan pangkat dan kuasa pada rakyat supaya boleh kutip cukai dan buat business dan buat projek.

Zaman skrg terbalik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 6-3-2024 01:47 AM
Semasa Almarhum Sultan Iskxxxar gering..

Nurse2 yg jaga Almarhum dapat hadiah jam Rolex sorang satu ...

Bak kata komen sblm ni, yg tu dpt hadiah atas jasa, yg ni belum berjasa, dah dpt hadiah dlu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:06 PM | Show all posts
Itulah akibatnya jika kau protes dan membantah  keputusan Agong yang sejatinya juga adalah juga Wakil Tuhan atau Rasul Allah di bumi bani tamim ini ...

Bukan saja diusut atau disiasat oleh polis .... tetapi juga dianggap dosa besar yang akan menyebabkan kau masuk neraka jahanam bersama-sama umah kafir lainnya ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.105258 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list