CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7219|Reply: 72

[Tempatan] Tindakan pempengaruh di Kaabah aibkan jemaah Malaysia

  [Copy link]
Post time 5-3-2024 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan pempengaruh di Kaabah aibkan jemaah Malaysia
Iqbal Harraz
Diterbitkan:  Mar 4, 2024 4:31 PM



Umat Islam boleh mendoakan keburukan terhadap individu atau perniagaan yang dilihat menyalahgunakan masjid atau surau untuk tujuan keuntungan, khususnya di Masjidil Haram.

Pensyarah kanan Jabatan al-Quran dan Sunnah Universiti Islam Antarabangsa, Abu Hafiz Salleh Huddin, berkata tindakan tersebut dinyatakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW.

Memetik hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, ahli akademik terbabit berkata, pada suatu ketika nabi berpesan kepada sahabat agar berkata: “Allah tidak akan menguntungkan perniagaan kamu" jika ternampak sesiapa yang melakukan urusan perniagaan dalam masjid.

Selain itu, dia yang juga penasihat khas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata baginda juga pernah menegah Sayidina Umar al-Khattab daripada berasak-asak untuk mencium Hajar Aswad sehingga menyusahkan jemaah lain.

“Kalau kita lihat dari konteks zaman, pada era itu bilangan pengunjung haji tidaklah seramai bilangan jemaah pada hari ini, namun baginda tetap tegas menghalang sahabat daripada bersesak untuk mencium Hajar Aswad sehingga menyakiti orang lain,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Terdahulu tular aksi seorang pempengaruh yang bersesak-sesak untuk memberi laluan kepada sekumpulan individu - termasuk wanita - mencium Hajar Aswad.



Pada satu ketika rakaman video itu menunjukkan keadaan agak tegang apabila berlaku tolak-menolak. Beberapa individu termasuk wanita juga kelihatan seperti sesak nafas dan cemas.

Bahagian atas tubuh pempengaruh dan ahli perniagaan bahan kosmetik itu juga kelihatan apabila kain ihram yang dipakainya untuk menutup badan terlondeh.

Selepas video berkenaan tular, orang ramai menyatakan rasa kurang senang dengan perbuatan tersebut. Tambahan pula tindakan mencium Hajar Aswad hanya sunat.

Teguran dan rasa kurang senang itu menyaksikan beberapa tokoh termasuk Abu Hafiz sendiri serta bekas menteri agama, Zulkifli Mohamad, memberikan teguran.

Tegur secara hikmah dulu

Malaysiakini sudah cuba menghubungi pempengaruh terbabit serta syarikatnya untuk mendapatkan komen dan masih menunggu respon daripada mereka.

Abu Hafiz juga berkata perbuatan usahawan dan pempengaruh terbabit sebenarnya secara tidak langsung mengaibkan jemaah Malaysia di mata komuniti Muslim lain.

“Jangan sampai kerana perbuatan dia, pemerintah Arab Saudi mengenakan undang-undang yang baru bagi mengelak perkara sama berlaku," katanya.

Sementara itu ahli psikologi dan pengasas bersama YoungMinds, Nazrul Azizi, menekankan pentingnya seseorang pempengaruh mempunyai ilmu terlebih dahulu, khususnya hukum-hakam, sebelum melakukan sesuatu.

Tanpa merujuk kepada sesiapa secara khusus, Nazrul berkata, tindakan seseorang pempengaruh membuat tindakan yang melampau memberi gambaran kepada simptom awal narsistik.


“Sebagai ahli psikologi, untuk meletakkan label kepada sesiapa perlukan diagnos secara sistematik, namun apa yang boleh saya katakan, orang seperti itu mempunyai petanda awal sebagai narsistik.

“Mereka mempunyai kecenderungan untuk memusatkan diri mereka dalam segala hal.

"Mereka terlalu percaya akan diri mereka sehingga menjadi keperluan untuk masyarakat tahu akan hal peribadi mereka serta ingin menjadi contoh teladan dalam apa cara sekalipun,” katanya.


Seorang lagi pempengaruh, Aiman Banna, mengingatkan orang ramai agar tidak membuat keputusan terburu-buru atau menghukum seseorang sebelum mengetahui perkara sebenar.

Katanya walaupun tindakan ahli perniagaan terbabit jelas salahnya, masyarakat tidak boleh bermudah-mudahan menuduh dia dahagakan populariti.

“Boleh jadi dia cuma ingin memberikan contoh betapa pentingnya kaum Hawa dilindungi oleh golongan Adam walaupun caranya salah.

"Apa yang penting kita membuat teguran secara berhikmah terlebih dahulu,” katanya.

Pada masa sama dia menasihatkan pempengaruh terbabit segera membuat permohonan maaf secara terbuka bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 11:54 AM | Show all posts
iol dah tengok video ni...memang memalukan...dah hilang sifat2x islam sebenar. ni main tolak2x kepala ni sifat setanirojimmm..

boleh tak propose kt kerajaan saudi, utk para jumaah beratur elok2x. bukan tolak menolak.

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:03 PM | Show all posts
itu la yg influenza mahukan, baru la nama diorg terkenal seantero malaysia dan kekal releven dlm industri influenza...dia kn byk kali dh buat video2 gitu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagila tindakan. Memalukan negara je. Memalukan umat islam. Kalo ko dok korea utara tau la nasib kau
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:34 PM | Show all posts
Abu Hafiz Salleh Huddin ni ada iras Zainal Headwind sket... zaman muda.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 5-3-2024 12:49 PM
shi_jewel replied at 5-3-2024 11:54 AM
iol dah tengok video ni...memang memalukan...dah hilang sifat2x islam sebenar. ni main tolak2x kepal ...


Dulu dulu aku kesana jemaah wanita dibenarkan cium hajar Aswad tu ikut masa tertentu.Ada polis lelaki bertugas. Kami bibenarkan berada di situn  dlm kumpulan kecil bbrp.orang.Walaupun ada yg cuba serbu tp petugas tu akan sekat.Jadi dapat lah aku sentuh hidung kat batu tu..sejuk licin wangi sbb disapu minyak attar. Takde apa pun yg spesial tentang cium batu tu sebenar nya...kalu sampai nak berasak berebut mcm si influencer sorang  tu baik tak payah kome.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 5-3-2024 11:54 AM
iol dah tengok video ni...memang memalukan...dah hilang sifat2x islam sebenar. ni main tolak2x kepal ...

Xtgk sampai abeh.
Aku rasa malu lg² time dia siku kepala rentua mnyelit seblah dia ngn dia mjerit² suruh org sabo.
Urrgghhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
lee_sakura replied at 5-3-2024 12:03 PM
itu la yg influenza mahukan, baru la nama diorg terkenal seantero malaysia dan kekal releven dlm ind ...

Yup.
U totally called it.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 01:22 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 5-3-2024 09:40 PM

Mengapa menjadi Memalukan ?.

Bukankah sebagai Umah Bangsa Melayu Bani Tamim anak cucu keturuan nabi ibrahim dan keturah ...Allah  telah mentakdirkan anda semua sebagai pemilik dan penjaga Kabah  yang  legitimate .......Ingat .. masa hadapan agama islam sekarag sepenuhnya dikelola oleh banti tamim melayu malaysia ...


So... Tahniah kami ucapkan dan kami berharap kepada anda semua umah Bani Tamim Malaysia agar berhasil  melakukan tugas besar  dan amat mulia ini ........Amin ......Hehehehe  

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 01:56 PM | Show all posts
patut kenakan tindakan bila balik MY sbb memalukan negara
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:04 PM | Show all posts
Whoareyusssss?????? Tetap daku tak kenal influenza serope H1N1 ni.. yihhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 05:48 PM | Show all posts
tolong bg tindakan tegas utk dia ni
kang membiak puak2 gini bila pegi sana, memalukan!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 05:49 PM | Show all posts
Sape yg betul2 kental je..dgn berani nk merempuh2 cium hajar aswad ni..
kalau kau perempuan lembik tinggi pun 156cm..toksoh ler.. buat kene pijak je,. dorg tkde istilah kesian2 ye...ladies first ke ape.. aku sendiri pun dh giveup...3x cuba, hari berlainan pn xlepas2...arab, pakistan, india ni..ko tau la badan besar2.. busuk plak tu.. dgn berpeluh2..koserr laa aku nk merempuh..lg pun sunat jee..bkn wajib...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat influenza ni ada SPM tak? Atau pnh buat content xde spm pon leh kaya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes bro. Totally. Aku dah lama kata. Umat Islam ni juga tegar aibkan agama sendiri, bukan kapir. Pft.

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 06:04 PM | Show all posts
yang penting angle team dia capture tu bagus....
terbaik la team dia nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 5-3-2024 11:54 AM
iol dah tengok video ni...memang memalukan...dah hilang sifat2x islam sebenar. ni main tolak2x kepal ...

Melayu jangan lembik...sekali sekala Melayu menolak wargasing its okey
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 06:27 PM | Show all posts
bagi hukuman pulas puting

24/7 pakai spek itam, dah mcm ahbeng vcd jurr
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 06:35 PM | Show all posts


https://twitter.com/isusemasaviral/status/1764304405535551657




Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 5-3-2024 06:35 PM
https://twitter.com/isusemasaviral/status/1764304405535551657

Allahhu

Seksa benor tengok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.390957 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list