CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7424|Reply: 29

[Tempatan] Lim Guan Eng minta kerajaan semak semula cukai baru termasuk 8% SST

  [Copy link]
Post time 5-3-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Guan Eng minta k'jaan semak semula cukai baru termasuk 8% SST

https://www.malaysiakini.com/news/698283

B Nantha Kumar & Raveena Nagotra & Hariz Mohd
Diterbitkan:  Mar 5, 2024 2:39 PM⋅
Dikemaskini: 2:39 PM



PARLIMEN | Kerajaan diminta mempertimbangkan semula cukai-cukai baru termasuk kadar baru Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang didakwa akan membeban kepada peniaga dan rakyat.

Lim Guan Eng (Bagan-PH) sebaliknya berkata cukai-cukai baru ini boleh diperkenalkan semula apabila keadaan ekonomi kembali pulih.

"Saya meminta bahawa semua cukai baru termasuk kadar cukai SST dan cukai mewah boleh disemak semula. Kalau ia memberi beban kepada peniaga dan rakyat, ia boleh ditangguh kerana dan keadaan pertumbuhan ekonomi tidak menentu.

"Kita pun tahu bahawa keadaan ekonomi akan pulih akhir tahun ini termasuk nilai mata wang negara dijangka pulih separuh kedua tahun ini.

"Jadi, adalah diharapkan akan ada pertimbangan semula dan semak semula supaya cukai baru, kadar cukai SST yang kini ditambah kepada 8 peratus dipertimbangkan semula," katanya semasa perbahasan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan Bernilai Rendah (LVG) 10 peratus bagi jualan dalam talian (e-dagang), Cukai Perkhidmatan Digital (DST) lapan peratus, serta Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) yang masing-masing 10 peratus.

Selain, SST juga dinaikkan kepada 8 peratus berbanding 6 peratus berkuatkuasa 1 Mac. Bagaimanapun kadar baru ini tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta.

Kerajaan juga akan memperkenalkan cukai barang bernilai tinggi atau cukai barangan mewah bermula 1 Mei 2024. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan semasa pembentangan belanjawan 2024.

Langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahaaaa..ko dah xsehaluan kahhhh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 05:50 PM | Show all posts
Eh memandai aje kata membebankan..Rakyat marhaen bukannya beli barang hari2 hokeh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik
Tak bincang dulu kat wasap group ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 06:11 PM | Show all posts
asalkan bukan GST kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 5-3-2024 05:42 PM
Ahaaaa..ko dah xsehaluan kahhhh?

Wayang kot ni eh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji dpt kuasa utk perintah.....next pru nti blh la buat modal kempen klau rkyt pilih phbn menang hari ni esok suma cukai dihapuskan termasuk duit tandas bg free....dan korang pun pangkah nuart lg
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 07:11 PM | Show all posts
Ingat lagi?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya ko yang jawab kenapa ko cancel GST guanjeng oiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu anti sangat dgn gst.


Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik LGE. Ada jgk pembangkang yg Masih ada otak. Pmx aku rs da haywire. Kalo akal sihat x de maknanya nak lantik org ada 47 Kes jd timbalan

47 bkn 2,3 Kes.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
nak ambik alih kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:43 PM | Show all posts
ACTION...........................
andddddd CUTTTTTTTT......
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh..adik deme tak brief dulu kt family wasap?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah namanya Cukai, baik gst ke sst , dua2 membebankan rakyat...hanya org bodoh je dok kata cukai tu bagus, kecuali bagus utk kerajaan je la
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Wayang aje ni... Dia wujudkan cukai, dia protest, dia batalkan cukai, dia jadi hero rakyat.

Faham2 ajelah taktik PH. Kuat berlakon & tipu rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 09:53 PM | Show all posts
ini skrip drama tamil baru ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:34 PM | Show all posts
kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan Bernilai Rendah (LVG) 10 peratus bagi jualan dalam talian (e-dagang), Cukai Perkhidmatan Digital (DST) lapan peratus, serta Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) yang masing-masing 10 peratus.

Selain, SST juga dinaikkan kepada 8 peratus berbanding 6 peratus berkuatkuasa 1 Mac. Bagaimanapun kadar baru ini tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta.

Kerajaan juga akan memperkenalkan cukai barang bernilai tinggi atau cukai barangan mewah bermula 1 Mei 2024.

mcm-mcm cukai datang... bookmark dahulu disini
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam lah gonjeng. Kau yg nak sangat SST kan...Jadi MoF pun blur x tau apa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Beban mende ehhhh naik kan lah semua. Ya semua naik kan semua supaya dapat lebih banyak duit.

Xyah dengar rungutan rakyat. Naik kan ajer lah semua. Ikut ajer lah kemahuan yang membuak ituhhh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.655367 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list