View: 8175|Reply: 58
|
[Tempatan]
Siti Nur Athirah dipenjara 30 tahun, mengaku bunuh Siti Nur Surya
[Copy link]
|
|
Siti Nur Athirah dipenjara 30 tahun, mengaku bunuh Siti Nur Surya
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... unuh-siti-nur-surya
Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
Disiarkan pada: Mac 5, 2024 @ 3:55pm
SITI Nur Athirah dijatuhi hukuman penjara 30 tahun di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh rakannya, empat tahun lalu. FOTO Zatul Iffah Zolkiply.
Kuala Terengganu: Bekas pelajar tingkatan enam dijatuhi hukuman penjara 30 tahun di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh rakannya, empat tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani selepas tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 23, mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong , Hulu Terengganu antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 November 2020.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, tertuduh diberikan hukuman pemenjaraan berdasarkan kepada pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 2 November 2020.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Azura Ghazali.
Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada 1 November 2020.
Dalam kejadian itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya yang baru pulang dari sekolah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah! Iols ingat kes ni… kesian mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
kes nie rupanya dh 4 tahun yg lalu..
cepat nya masa berlalu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Uish..
Dahsyat kan..
MCM potong Ayam je dia buat..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia gigih potong tangan kawan dia semata2 nak bg nmpk mcm kena rompak. Gila hati kering
Pastu pura2 sedih kwn mati |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih pula i google kronologi...mmg kejam..katanya surya dah x kawan baik dgn athirah sebelum kejadian bunuh ni...tp athirah ni tetap la dtg rumah mangsa...then gaduh mulut...then start physical assault...then bunuh...paling kejam mak mangsa yg terlantar sebab kanser otak stage 3 ada dalam bilik, maybe terdengar la kot tp tak faham dan x boleh berckp...dan si adik yg balik sekolah nampak mayat kakak dgn tangan terputus..mesti trauma seumur hidup
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 5-3-2024 06:48 PM
Ingat lagi kes ni. Dua² pun baru 19 tahun semasa kejadian. Sia siakan usia muda. Sepatut boleh hidup bebas ke sana ke mari, tak pasal² hidup bertiraikan jeriji besi. Ngeri cara bunuh tu. |
|
|
|
|
|
|
|
prizadane replied at 5-3-2024 05:56 PM
Alhamdulillah! Iols ingat kes ni… kesian mangsa
Yg jaga mak sakit cancer kan....camne la maknya tu..still hidup ke |
|
|
|
|
|
|
|
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1222235&extra=page%3D1
Sampai part 3 bebenang kes ni kat porem dulu..
Dia ni cam psiko sikit kan.. rasanya siap amik barang2 mekap mangsa.. handphone.. pastu buat2 terkejut & sedih kat socmed.. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya...
Umur 23, penjara 30 thn. Keluar umur 53.
Sedih lahai habiskn usia muda dlm penjara. Org lain boleh p jln2, buat vtt..
Moga bertabah, bertaubat |
|
|
|
|
|
|
|
Zmn kobit lg kes ni.
Alhamdulillah. Ke dlm jua. |
|
|
|
|
|
|
|
nini_azmi replied at 5-3-2024 07:42 PM
Akhirnya...
Umur 23, penjara 30 thn. Keluar umur 53.
Sedih lahai habiskn usia muda dlm penjara. Org ...
Hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap. So keluar penjara umur 49 |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak macam dah gundu/makin gundu pembunuh ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 5-3-2024 07:56 PM
Nampak macam dah gundu/makin gundu pembunuh ni.
Makan tanggung,berak cangkung.maunya tak gumuk..takyah pikir utang,boypren bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 5-3-2024 06:37 PM
Gigih pula i google kronologi...mmg kejam..katanya surya dah x kawan baik dgn athirah sebelum kejadi ...
Ni pasal kawan(arwah) dia jahat tu ke? Kira berdendam pastu bunuh?
|
|
|
|
|
|
|
|
amir1976 replied at 5-3-2024 07:52 PM
Hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap. So keluar penjara umur 49
Waktu tu dunia dah berubah, teknologi melangkaui semesta. Bolehkah dia hadapi? |
|
|
|
|
|
|
|
amir1976 replied at 5-3-2024 07:52 PM
Hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap. So keluar penjara umur 49
Belum 50 masa tu
Persoalannya
Lps 30 tahun dlm penjara nnt
Adakah selamat melepaskan die kt luar
Kejam sgt cara bunuh tu
X rs remorse pun lps buat
Siap pretend turut bersedih ats kejadian yg menimpa
|
|
|
|
|
|
|
|
Cyempaka replied at 5-3-2024 06:07 PM
Dia gigih potong tangan kawan dia semata2 nak bg nmpk mcm kena rompak. Gila hati kering
Pastu pur ...
Dia memang curi rantai emas kan. |
|
|
|
|
|
|
|
amir1976 replied at 5-3-2024 07:52 PM
Hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap. So keluar penjara umur 49
Yeke...pakai tudung baju kurung tu macam bayar duit jaminan je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|