CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6954|Reply: 37

[Tempatan] Lelaki warga AS didakwa hasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di Langkawi

[Copy link]
Post time 5-3-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tertuduh, David Matthew Frahm dibawa ke Mahkamah Sesyen Langkawi bagi menghadapi pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada awal Februari lalu. - Foto Astro AWANI

LANGKAWI: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada awal Februari lalu.

Tertuduh, David Matthew Frahm, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Helmi Ghani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun terbabit di sebuah kediaman di Jalan Seri Legenda di sini kira-kira jam 3.30 petang pada 1 Februari lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTK) 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang enam sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Cheow Wee dan Alvin Lau.

Pendakwaan turut meminta mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan kes berkenaan adalah serius dan membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu dalam satu kes berasingan di Mahkamah Majistret, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas kesalahan tinggal melebihi masa ditetapkan di negara ini.

Frahm membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Natasya Rizal.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa tinggal di negara ini selama 1,380 hari melebihi masa yang dibenarkan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 15 Februari lalu, pada jam 7.10 malam di Chogm Villa, Jalan Seri Lagenda, Mukim Kuah di sini.

Tertuduh didakwa telah melanggar peruntukan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) Kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda minimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa bnd bodoh bahan penganianyaan seks Kanak2?

Kalo buat kat org tua bnd tu bkn penganianyaan plk ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 5-3-2024 01:00 PM
Apa bnd bodoh bahan penganianyaan seks Kanak2?

Kalo buat kat org tua bnd tu bkn penganianyaan plk k ...

Ko dah kenapa? Dah budak jadik mangsa, charge under akta kanak2 la. Kalau kertu nak mampus jadik mangsa, charge under akta dewasa la. Actually aku tak faham apsal ko merempan ni? Takkan sapot pedo?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
“ Tertuduh, David Matthew Frahm dibawa ke Mahkamah Sesyen Langkawi bagi menghadapi pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang kanak-kanak ”

SG rasa mamat ni hasilkan video torture secara seksual pada budak tu. Kiranya aksi pedo dan bdsm… kurang ajar betul, udah lah buat kat sini. Duduk haram pon sampai 3 tahun lebih. Sakan ya hampa buat keje jahat kat negara org. Agak nya survive duk langkawi guna duit jual video pedo bdsm ni la kot

Harap beri hukuman berat, mati ke kat mamat pedo ni. Hidup pon bila bebas nanti buat naya lagi kat budak lain.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabun jatuh jangan kutip.


Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi appt hospital selalu tgk banduan diiring nak jumpa doktor. Selalunya ada dua orang warden penjara. Yang aku tgk tu semua banduan lelaki. Pernah sekali dulu ada banduan jumpa doktor mata. Misi2 duk soseh2 cakap dia tu perogol.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-3-2024 01:48 PM
Pergi appt hospital selalu tgk banduan diiring nak jumpa doktor. Selalunya ada dua orang warden penj ...

Aiol benci syaitan2 gini pun dapat practice their rights, eiiiiiiii kan bagus kalau boleh bunuh ja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk haram nk dekat 4thn, denda rm10k jer....
Patut le ramai tak kisah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pula hubungan si mangsa kanak2 tu dengan tertuduh si david tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mata aku nampak muka leonardo dicaprio ja dekat pic atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut disula  je di khalayak ramai jgk pelancong kat Dataran Helang tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-3-2024 09:48 PM
Pergi appt hospital selalu tgk banduan diiring nak jumpa doktor. Selalunya ada dua orang warden penj ...

Iols pernah tengok banduan akhir very handsome...
Sakit asthma
Iols nampak di hospital juga
Entah skang hidup ke idak..haha...
Iols nampak dia masa tahun 2016.tak silap...
Tapi handsome.pung kalau dah banduan mmg takde sapa nak tengok..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tkde charge betul2 menganiaya fizikal  spt rogol/amang seksual/cabul gak ke.. sbb disebut "hasilkan bahan" means video lah kan. Kecederaan fizikal mental kanak2 tu camne pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bagi tuisyen English percuma ke.. cam pedo kat telen dengan vietnam
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 11:44 PM | Show all posts
i penah jalan kat kuching waterfront tu..tengok ada mat saleh tua ni tegur budak kecik around 5-6 years main2 tepi gerai mak dia..mat saleh ni tegur hi sweetheart, how are you, etc etc..the way he said it macam pedo semacam la pulak, sampai i terpaksa berenti perati kan dia..mak dia cam tak kisah je..orang kita tengok mat saleh mungkin ingat takde apa la, they are just being nice.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Thailand dan Bali lagi ramai.

Cuma Langkawi kan target pelancong USD..mendapat la korang nak USD sangat siakap 1,000.00
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 11:50 PM | Show all posts
Your one-stop shop for navigating the digital world is our SMM Panel. Come grow with us today and witness the unprecedented growth of your online influence! Success is only a click away for you.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Pedo babi celaka jahanam
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 01:56 AM | Show all posts
becir replied at 5-3-2024 11:44 PM
i penah jalan kat kuching waterfront tu..tengok ada mat saleh tua ni tegur budak kecik around 5-6 ye ...

Kalau mat saleh lelaki biasanya diorg tegur budak2 hi mate atau hi young man...standardnya hellooo...kalau mat saleh pompuan biasanya tegur hi sweetheart...so kalau lelaki ckp mcm tu, iols pun akan rasa serammm



Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 5-3-2024 09:40 PM
“ Tertuduh, David Matthew Frahm dibawa ke Mahkamah Sesyen Langkawi bagi menghadapi pertuduhan mengh ...

Ooh gitu ke maksudnya,baca ayat penganiayaan seksual tu blur pulak aq,ingatkan sexual abuse...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.169833 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list