CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25313|Reply: 142

[Tempatan] Kadar obesiti, kolestrol penduduk Putrajaya melebihi kadar nasional

[Copy link]
Post time 6-3-2024 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Kadar obesiti, kolestrol penduduk Putrajaya melebihi kadar nasional
Bernama
Diterbitkan:  Mar 6, 2024 8:15 AM



Penduduk Putrajaya menunjukkan trend yang melebihi kadar populasi nasional dari segi kadar obesiti, kurang melakukan aktiviti fizikal dan paras kolesterol tinggi dalam darah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Dr Zaliha berkata statistik sama yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan turut mencatatkan kadar kemurungan dan kebimbangan (anxiety) adalah yang tertinggi dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Justeru katanya badan-badan sukan penting sebagai agen untuk membentuk masyarakat yang sihat dan aktif, selain berperanan sebagai pentadbir dan pendorong kepada prestasi atlet.

"Hal ini sebenarnya agak membimbangkan dan perlu ada intervensi daripada semua pihak termasuk peranan proaktif yang perlu dimainkan badan sukan yang kita ada ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Madani kepada Badan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi 2024 di Putrajaya, semalam.

Menurutnya badan sukan ini disarankan untuk menganjur dan menyokong program sukan yang dapat meningkatkan gaya hidup aktif dan penyakit tidak berjangkit bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Pihak kami akan cuba sedaya upaya menyediakan ruang dan fasiliti yang terbaik untuk pembangunan aspek sukan khususnya dalam usaha untuk mewujudkan bandar sihat,” katanya.

Terdahulu Dr Zaliha menyampaikan bantuan berkenaan kepada 86 badan sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berjumlah RM282,000.

Dia berkata bantuan tersebut bagi kegunaan pentadbiran badan yang berdaftar dan bergiat aktif di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sementara itu, menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Kuching, Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini, Dr Zaliha berharap kontinjen Wilayah Persekutuan dapat memperbaiki pencapaian terdahulu.

"Saya mahukan semua badan sukan mempersiapkan atlet masing-masing untuk berada pada prestasi terbaik kerana hanya yang terbaik dan berpotensi untuk menghasilkan pingat sahaja akan dipilih untuk dihantar ke Sukma di Sarawak nanti,” katanya.

Dalam majlis sama 47 pengurus pasukan dari Wilayah Persekutuan turut menerima watikah pelantikan ke Sukma nanti.

-Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 09:01 AM | Show all posts

Kadar obesiti, kolestrol penduduk Putrajaya melebihi kadar nasional

Kadar obesiti, kolestrol penduduk Putrajaya melebihi kadar nasional

https://www.malaysiakini.com/news/698361

Bernama
Diterbitkan:  Mar 6, 2024 8:15 AM⋅
Dikemaskini: 8:15 AM



Penduduk Putrajaya menunjukkan trend yang melebihi kadar populasi nasional dari segi kadar obesiti, kurang melakukan aktiviti fizikal dan paras kolesterol tinggi dalam darah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Dr Zaliha berkata statistik sama yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan turut mencatatkan kadar kemurungan dan kebimbangan (anxiety) adalah yang tertinggi dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Justeru katanya badan-badan sukan penting sebagai agen untuk membentuk masyarakat yang sihat dan aktif, selain berperanan sebagai pentadbir dan pendorong kepada prestasi atlet.

"Hal ini sebenarnya agak membimbangkan dan perlu ada intervensi daripada semua pihak termasuk peranan proaktif yang perlu dimainkan badan sukan yang kita ada ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Madani kepada Badan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi 2024 di Putrajaya, semalam.

Menurutnya badan sukan ini disarankan untuk menganjur dan menyokong program sukan yang dapat meningkatkan gaya hidup aktif dan penyakit tidak berjangkit bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Pihak kami akan cuba sedaya upaya menyediakan ruang dan fasiliti yang terbaik untuk pembangunan aspek sukan khususnya dalam usaha untuk mewujudkan bandar sihat,” katanya.

Terdahulu Dr Zaliha menyampaikan bantuan berkenaan kepada 86 badan sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berjumlah RM282,000.

Dia berkata bantuan tersebut bagi kegunaan pentadbiran badan yang berdaftar dan bergiat aktif di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sementara itu, menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Kuching, Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini, Dr Zaliha berharap kontinjen Wilayah Persekutuan dapat memperbaiki pencapaian terdahulu.

"Saya mahukan semua badan sukan mempersiapkan atlet masing-masing untuk berada pada prestasi terbaik kerana hanya yang terbaik dan berpotensi untuk menghasilkan pingat sahaja akan dipilih untuk dihantar ke Sukma di Sarawak nanti,” katanya.

Dalam majlis sama 47 pengurus pasukan dari Wilayah Persekutuan turut menerima watikah pelantikan ke Sukma nanti.

-Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:48 AM | Show all posts
Edited by airfilterkotor at 6-3-2024 10:58 AM

deleted - Kbai.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Abahmung dan ejalti mempunyai fikiran yg sama?


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:56 AM | Show all posts
Laa... ada topik sama ghopernya. Tapi ni lagi awal dari yang satu lagi.
Mod, kasik merge topik ikut priority sapa awal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:58 AM | Show all posts
Rutin kerja macam biasa... duduk sepanjang hari.
Kedai makan bersepah.
Kedai nasik kandar (bukan nama sebenar) tu, hari-hari kot orang beratur makan kat Putrajaya.

Dalam 2 tahun rutin tak berubah ko ghase?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya bos2 kerja hanya 3 jam sehari layak bersenam, rakyat lain keluar rumah 6 pagi sampai rumah 8 mlm, nak mandi solat makan kejadah hanya 2-3 jam terus tidur, esok repeat 6 hari. Kedai mkn bubuh tisu sos pengawet tepung goreng berperisa minyak pakai 100x roti perasa sabun sayur byk racun sayur sayur bau kencing ikan awet mayat
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:18 AM | Show all posts
Fatrajaya.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 11:20 AM | Show all posts
tetek pun jadi sama besar dgn perut...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 6-3-2024 10:58 AM
Rutin kerja macam biasa... duduk sepanjang hari.
Kedai makan bersepah.
Kedai nasik kandar (bukan nam ...

Melayu kena belajar ubah diet pemakan ikut diet pemakanan authentic Melayu..sesuai dgn genetik diorg.

Melayu kena back to the root, makanan Singgang, Masak Asam Tempoyak, Pindang, Asam Pedas...baru bentuk badan tu akan back to normal Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:22 AM | Show all posts
ramai wanita di putrajaya badannya lebih kurang gini

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:30 AM | Show all posts
apa khbar pencinta2 cheese leleh & coklat melimpah...adakah anda tergolong dlm penduduk putrajaya jgk
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 6-3-2024 11:20 AM
tetek pun jadi sama besar dgn perut...

teringat kwn iols pernah bgtau tak dpt dikenalpasti tetek ke perut isteri dia.  sama tggi
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Putrajaya la paling byk aku rasa tempat nk beriadah dgn segala mak nenek facilities.kalo nk dibandingkan dgn tempat aku hazab
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:40 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 6-3-2024 11:20 AM
Melayu kena belajar ubah diet pemakan ikut diet pemakanan authentic Melayu..sesuai dgn genetik dio ...

betul.. skrg byk mknn hipster2.. contoh mcm air jagung @ mangga, tambah dgn aiskrim, jual dalam balang..pisang goreng elok2 mkn gitu je, dia tambah susu, cheese @ chocolate pulak..

iols kalau g pasar tani tu, biasa g beli jagung rebus & bebi cakoi je (tanpa sos kaya)..
tapi tetap badan ni x susut2 jgk huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:42 AM | Show all posts
Inilah bukti bahwa rakyat bani tamim itu hidup makmur dan sejahtera ...haibatnya bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat ...  

Lahir sebagai melayu bani tamim adalah sebuah anugerah .......... bayangkan muda hidup enak, aman dan selesa ... ketika tua kaya raya dan ketika matipun  dijamin pasti masuk syurga .....Hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 6-3-2024 11:22 AM
ramai wanita di putrajaya badannya lebih kurang gini

Body ipan macamana pulak?


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:42 AM | Show all posts
catu beras org gemuk.. seminggu quota 500g je sorg utk dewasa. beli beras kena pakai mykad
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Stress kot keje penduduk putrajaya. Korang mana tau.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 6-3-2024 11:42 AM
Inilah bukti bahwa rakyat bani tamim itu hidup makmur dan sejahtera ...haibatnya bukan hanya di duni ...

Ini bukti subsidi minyak masak akan dihapuskan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.079529 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list