CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13511|Reply: 54

[Tempatan] Patin tempoyak,asam rong memang dah masuk list makanan warisan.PKR Pahang bidas MP Jerantut

[Copy link]
Post time 6-3-2024 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Patin tempoyak, asam rong: PKR Pahang 'nasihatkan' MP Jerantut
Iqbal Harraz
Diterbitkan:  Mar 5, 2024 8:00 PM


Gulai patin tempoyak (kiri) dan gulai asam rong


PKR Pahang menasihatkan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin, agar membuat semakan terlebih dulu sebelum mengeluarkan pandangan bagi mengelak berlaku kesipuan.

Pengarah strateginya, Ahmad Nizam Hamid, berkata tindakan pemimpin PAS itu bukan saja semberono malah menjejaskan nama baik rakyat Pahang secara keseluruhan.

“Kenyataan Khairil Nizam itu amat memalukan memandangkan beliau adalah ahli parlimen Pahang yang mewakili suara anak Pahang.

“Dengan isu semudah ini pun beliau tak mampu laksanakan dengan baik, bagaimana agaknya ahli parlimen itu menguruskan isu-isu besar yang melibatkan polisi,” kata Ahmad Nizam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.



Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin

Dia yang juga seorang peguam diminta mengulas cadangan dikemukakan Khairil Nizam di Dewan Rakyat yang mencadangkan agar masakan gulai ikan patin tempoyak dan gulai asam rong diiktiraf sebagai makanan warisan negara.

Saranan itu dibuat Khairil Nizam semasa berbahas di Dewan Rakyat dan mengulas mengenai langkah kerajaan baru-baru ini menjadikan bak kut teh sebagai salah satu daripada 10 menu baru dalam makanan warisan negara.

Turut disenaraikan ialah burasak, mi kolok, dan nasi ambeng.

Bagaimanapun semakan menunjukkan gulai patin tempoyak dan gulai asam rong memang sudah sedia ada dan diperakui sebagai salah satu makanan warisan negara sejak 2009.

Ahmad Nizam berkata kegopohan Khairil Nizam semasa membicarakan bak kut teh itu menunjukkan seolah-olah dia mahu menonjolkan diri sebagai juara orang Melayu.

Padahal, katanya, tanpa disedari bekas ketua penerangan PAS Pusat itu boleh mengguris perasaan kaum lain.

Ahmad Nizam turut menyarankan Khairil Nizam merujuk buku-buku resipi masakan dan manisan tradisi Pahang yang dikarang Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Dalam naskhah itu, katanya, ada banyak maklumat mengenai hidangan Pahang dipaparkan.


Sementara itu Penasihat Majlis Pimpinan PKR Pahang, Fuziah Salleh, memberitahu Malaysiakini pihaknya ada mencadangkan langkah mengangkat makanan tradisi Pahang lain ke tempat sewajarnya.

Kata Fuziah, pihaknya menyarankan agar makanan tersebut - sambal hitam dan gula kabung - didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu turut menyarankan agar semua pihak bekerjasama untuk mendaftarkan produk-produk istimewa Pahang di bawah MyIPO yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Perkara ini perlukan kerjasama semua pihak, bukan mempolitikkannya ini seperti dilakukan Jerantut,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nw111 at 6-3-2024 10:42 AM

Masak tempoyak ni ikan apa lagi sesuai selain patin...aku tak blh pegi la patin ni....isi dia lembik2 gitu aku jadi X lalu nak makan...kuah tu nmpk menyelerakan dah..

Satu lagi...knp Nasi ambeng??
Bukan itu makan jowo ke..nanti jowo indon mengamok claim itu makan depa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 6-3-2024 02:40 AM
Masak tempoyak ni ikan apa lagi sesuai selain patin...aku tak blh pegi la patin ni....isi dia lembik ...

Pakai ikan talapia kolam. Tapi kalau benci hanyir2 uols masak guna ikan laut ja la. Tapi ai sendiri belum pernah terai masak tempoyak guna ikan laut.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 6-3-2024 10:40 AM
Masak tempoyak ni ikan apa lagi sesuai selain patin...aku tak blh pegi la patin ni....isi dia lembik ...

Ikan sungai jah sedap.
Ikan laut kembong boleh.
Iols pernah masak tempoyak ikan duri tpi hanyir la.tak sdap.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 6-3-2024 10:49 AM
Pakai ikan talapia kolam. Tapi kalau benci hanyir2 uols masak guna ikan laut ja la. Tapi ai sendir ...

Tilapia pun X mkn nokss...ikan laut apa yg sedap..jenahak boleh ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau nak bli patin singgah la kedai tepi jalan temerloh - jerantut - jengka.jangn beli dkt pasaraya.takot ternak dkt kolam.isi rasa tanah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 6-3-2024 11:00 AM
Ikan sungai jah sedap.
Ikan laut kembong boleh.
Iols pernah masak tempoyak ikan duri tpi hany ...

Ooo...nanti nk google resepi ..try buat ikan kembung..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 6-3-2024 11:13 AM

Lobai buat2 amnesia,dulu dorg la yg gigih promote bakkut teh kat org melayu..





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 11:09 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 6-3-2024 10:49 AM
Pakai ikan talapia kolam. Tapi kalau benci hanyir2 uols masak guna ikan laut ja la. Tapi ai sendir ...

Boleh jer kot.

Alangkan fusion spaghetti + gulai tenggiri pun tak penah orang komplen.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya sukalah ikan patin masak tempoyak.
Buatlah pula ikan salmon masak tempoyak
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:33 AM | Show all posts
iols yg terlibat dlm bidang warisan ni mmg tergelak je bila org bangkitkn pasal bak kut teh ni...byk masakan yg dh diwartakn sbg warisan kebangsaan, cuma tak diwar2 kan je...semua kene rujuk ngan jabatan warisan negara utk dptkn info yg tepat
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:53 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 6-3-2024 11:57 AM

Jangan lupa daftarkan makanan tersebut + semua makanan di alam melayu lainnya ke UNESCO sebagai makanan warisan Malaysia ... Hehehehe





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 6-3-2024 10:40 AM
Masak tempoyak ni ikan apa lagi sesuai selain patin...aku tak blh pegi la patin ni....isi dia lembik ...

Lembik² la sedap. Lg² tang perut yg byk lemak tu.
Tp chuols Leh guna ikan baung, isi pejal xmcm patin.
Buat masak tempoyak ayam pn voley sis.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
lee_sakura replied at 6-3-2024 11:33 AM
iols yg terlibat dlm bidang warisan ni mmg tergelak je bila org bangkitkn pasal bak kut teh ni...byk ...

Fact check bukan budaya kita.
Suma rela jd bodo & kne bodo.
Kalo tpitnah mintak maap je.
Sesama isley khuenss..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:13 PM | Show all posts
nw111 replied at 6-3-2024 10:40 AM
Masak tempoyak ni ikan apa lagi sesuai selain patin...aku tak blh pegi la patin ni....isi dia lembik ...

ikan kembong ikan jenahak ikan merah pun sedap....mak saya buat guna ikan2 laut je sbb tak pernah beli ikan patin mentah. lagi satu ikan belanak pun sedap buat masak tempoyak.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:14 PM | Show all posts
nw111 replied at 6-3-2024 10:40 AM
Masak tempoyak ni ikan apa lagi sesuai selain patin...aku tak blh pegi la patin ni....isi dia lembik ...

mak aku pernah guna semua jenis ikan laut/sungai

antara yg sedap bagi aku, tilapia, salmon, tenggiri, merah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 12:15 PM | Show all posts
nw111 replied at 6-3-2024 11:02 AM
Tilapia pun X mkn nokss...ikan laut apa yg sedap..jenahak boleh ke

boleh noks....apa2 ikan pun boleh je sebenarnya....takde maknanya ditetapkan hanya patin jah....janji ada tempoyak...

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:16 PM | Show all posts
tripleid replied at 6-3-2024 11:09 AM
Lobai buat2 amnesia,dulu dorg la yg gigih promote bakkut teh kat org melayu..

ape nak buat...lobai2 lalang...ikut angin bertiup.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:18 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 6-3-2024 11:30 AM
Saya sukalah ikan patin masak tempoyak.
Buatlah pula ikan salmon masak tempoyak

ye....salmon pun sedap....tp kena bubuh saat akhir memasak sbb kalau bubuh di awal, hancur sgt....tapi mmg sedap la salmon masak tempoyak, or gulai kuning biasa or singgang or pindang.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:26 PM | Show all posts
pernah masak resepi tempoyak kepala salmon. ganti patin dengan kepala salmon, sedap jah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.079032 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list