CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12814|Reply: 39

[Tempatan] Harga cekik darah tapak khemah bazar Aidilfitri RM17,000 di Dataran Senawang

[Copy link]
Post time 6-3-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEREMBAN – Harga tapak khemah bazar Aidilfitri paling ‘hot’ di Dataran Senawang didakwa ada ditawarkan penganjur sehingga RM17,000.



Difahamkan harga yang disifatkan cekik darah itu ditawarkan untuk khemah di bahagian hadapan yang sememangnya menjadi rebutan peniaga setiap tahun.

Penganjur tersebut didakwa turut cuba meraih keuntungan dengan menetapkan harga mengikut lokasi dan saiz khemah bermula RM5,000 hingga RM15,000.

Selain itu peniaga yang berminat diminta membuat bayaran pendahuluan sebanyak 50 peratus daripada harga yang dipersetujui manakala baki 50 peratus lagi perlu diselesaikan pada Ramadan pertama iaitu 12 Mac, sebelum memasuki tapak.

Sekiranya peniaga membatalkan atau tidak membuat bayaran penuh tempahan seperti tarikh ditetapkan, wang deposit mereka tidak dikembalikan.

Sementara itu, Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali dihubungi Sinar Harian nyata terkejut dengan harga sewaan tapak khemah berkenaan yang disifatkan tidak munasabah.

Menurutnya, terdapat tiga penganjur yang dilantik di bazar Aidilfitri Dataran Senawang yang diberi mengikut zon.

“Ketika penganjur membuat permohonan permit tapak bazar itu mereka telah maklumkan harga tawaran sewaan tapak khemah masing-masing dan sekiranya MBS bersetuju, baru kita luluskan.

“Yang saya difahamkan harga mengikut saiz khemah antara RM2,000 hingga RM3,500, tapi harga sampai RM17,000 ini memang tak sepatutnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau tidak menolak kemungkinan harga itu ditawarkan oleh pihak ketiga yang cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah memandangkan tapak khemah di situ yang sentiasa mendapat permintaan ramai.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan peniaga supaya berhubung terus dengan penganjur bukannya menggunakan orang tengah bagi elak ditipu.

“Sekiranya harga ditawarkan terlampau tinggi, buat aduan pada MBS supaya kita boleh siasat dan kalau pihak itu kata dia wakil penganjur, minta segala butiran.

“Mungkin ada yang dapat daripada penganjur, kemudian jual pada orang lain kerana isu pihak ketiga ini sememangnya berlaku bukan saja di Negeri Sembilan tetapi juga negeri-negeri lain,” katanya.

Dalam pada itu jelasnya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi penganjur dan sekiranya gagal, mereka boleh disenarai hitamkan.

“Sepanjang bulan Ramadan ini kita nak bagi peluang untuk peniaga menambah pendapatan. Tapi kita kecewalah bila ada isu begini,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck la sape yang sewa tapak bazar aidilfitri thn ni..
Dh la mahal sewa tu.
Pastu belum tentu sale kebaboom!
Amik je la pengajaran seller tahun lepas..baju raya tak terjual!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya orang tengah. Berkat ke duit dia nk sambut aidilfitri tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 01:57 PM | Show all posts
jual online je
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 01:57 PM | Show all posts
kenapa la pihak MBS tak direct anjurkan sendiri...bagi harga yang munasabah..
kesian peniaga...besar modal nak keluar..untung belum tentu
tu belum lagi cuaca yg tak dijangka...kalau hujan petang2 boleh menung depa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 6-3-2024 01:51 PM
Good luck la sape yang sewa tapak bazar aidilfitri thn ni..
Dh la mahal sewa tu.
Pastu belum tentu s ...

Acik jual nasi kerabu kat area rumah aii cakap xberbaloi masuk bazar Ramadhan tahun ni. Selain harga barang dah mmg mahai..harga tapak pun kemain lg harga yahudi. Acik tu menega kat gerai mcm biasa jaa. Biasa bulan posa ni dia akn tambah makanan dari kelantan mcm colek seafood, kerabu sarang,kuih2 kelantan yg manis2 tuu..tp aii xpandai makan..makan nasi kerabu pun xletak budu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2024 02:05 PM | Show all posts
Boikot bazar ramadan Tel Aviv.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 6-3-2024 01:59 PM
Acik jual nasi kerabu kat area rumah aii cakap xberbaloi masuk bazar Ramadhan tahun ni. Selain har ...

Kedai dia dekat area mana tu uols?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 02:22 PM | Show all posts
i dah lama boikot bazar..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 6-3-2024 02:15 PM
Kedai dia dekat area mana tu uols?

Laluan airport Penang tuu yuu..jalan utama hala ke Teluk Kumbar Balik Pulau
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur berlaku dekat negeri pee eshhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila punya nak ambil untung. Pihak berkuasa pun macam tukun je. Tak de nak saman dan batalkan lesen yang jual mahal macam ni. Nama je negara Islam, tapi nak lipat orang tu semua taraf profesor.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Selaku ceo kaki bazar saya boikot harga yahudi. Tapi takat lalu lalu je lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 02:48 PM | Show all posts
Beliau tidak menolak kemungkinan harga itu ditawarkan oleh pihak ketiga yang cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah memandangkan tapak khemah di situ yang sentiasa mendapat permintaan ramai.


ada pihak ke3 tu,



Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 02:55 PM | Show all posts
bukan main harga bazar skrg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 03:19 PM | Show all posts
boikot bazar. boikot puasa. boikot raya. boikot qr kod dipagi raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 03:23 PM | Show all posts
tahun ni org byk beli baju kt tiktok ngn shopee je...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dahsyatnya hrga tapak...
takyah dok jual la di bazar camni, jual kat kedai uols sndiri je pastu online. org pun malas nak bersesak ujung2 brg2 sume mahai giler.
buat online live tu berkoyan jual aihh..mak2 ni smbil2 nak tidokan anak mlm2 kelebet phone tgk ada live bukak tgk2 rembat jugak selai dua baju/brg2
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
lee_sakura replied at 6-3-2024 03:23 PM
tahun ni org byk beli baju kt tiktok ngn shopee je...

Betul.Lebih murah kann.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 03:31 PM | Show all posts

ye semestinya...pastu xpyh susah payah nk kluar rumah start enjin kete pastu pening nk cari paking kt mana
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.092457 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list