CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5740|Reply: 0

Liga Malaysia: Beri peluang Nidzam Jamil kemudi Selangor FC

[Copy link]
Post time 6-3-2024 03:16 PM | Show all posts |Read mode

NIDZAM dianggap memiliki kaliber dan kualiti untuk mengemudi Selangor ketika beliau juga mempunyai pengalaman yang luas. - Foto ihsan Selangor FC

PIHAK pengurusan Selangor FC disarankan terus memberi peluang buat ‘anak tempatan’ seperti Nidzam Jamil untuk menjadi ketua jurulatih pasukan itu pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 kali ini.

Pandangan tersebut disuarakan oleh bekas pengendali skuad Gergasi Merah, Datuk Zainal Abidin Hassan yang percaya Nidzam kini bersedia dan cukup matang untuk memikul tanggungjawab ketua jurulatih sepenuh masa.

Kata Zainal, sekarang adalah masa yang sesuai untuk menaikkan pangkat Nidzam sekali gus membantu pasukan Selangor untuk mengekalkan prestasi konsisten seperti musim lepas.

“Saya rasa sekarang adalah masa yang baik buat Selangor memberikan kepercayaan penuh buat Nidzam kerana saya juga percaya dia salah seorang jurulatih yang berkualiti.

“Saya harap pihak pengurusan dapat memberikan dia peluang dan masa untuk membentuk pasukan mantap.

“Secara peribadi, saya kenali dia sejak bergelar pemain sehinggalah kini dan saya yakin dia sudah bersedia untuk tanggungjawab tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Mengulas lanjut, Zainal mengakui kekangan masa mungkin boleh dijadikan sebagai faktor buat pengurusan Merah Kuning untuk lupakan hasrat mencari pengendali import bagi kempen musim baharu nanti.

“Jika mereka mencari jurulatih baharu seperti import atau sebagainya, saya anggap kesuntukan masa. Malah, pemain juga sudah kenal dengan falsafah Nidzam dan itu adalah kelebihannya,” katanya.

Sebagai rekod, status pengendali baharu Gergasi Merah menjadi tanda tanya selepas Tan Cheng Hoe meletak jawatan minggu lalu dengan Nidzam diberi peranan selaku jurulatih interim ketika ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... kemudi-selangor-fc/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.052006 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list