CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8284|Reply: 52

[Tempatan] Konsert Taylor Swift:Kita terlepas peluang itu, kata Peja

  [Copy link]
Post time 7-3-2024 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Kita terlepas peluang itu, kata Ahmad Faizal
Diterbitkan:  Mar 6, 2024 4:34 PM



Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, menganggap negara mengalami kerugian jika terus gagal memanfaatkan ruang yang ada untuk membolehkan artis antarabangsa mengadakan persembahan di negara ini.

Dia berkata ada ramai penghibur carta atasan boleh dibawa untuk beraksi di negara ini melalui kaedah sedia ada namun langkah tersebut tidak dilakukan.

Bahkan bekas menteri besar Perak itu menggesa langkah lebih giat digerakkan untuk membolehkan selebriti terkenal datang membuat persembahan di negara ini.

“Kita terlepas peluang itu. Barisan selebriti kelas A berada dalam genggaman kita melalui perjanjian dengan ASM Global (syarikat pengurusan venue AS).

“Kita mesti bertindak agresif untuk dapatkan mereka," ciapnya di media sosial sambil mengiringinya dengan laporan mengenai konsert penyanyi AS, Taylor Swift, di Singapura.

Semalam, media melaporkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berkata langkah menjadikan republik itu sebagai destinasi tunggal konsert Taylor di Asia Tenggara bukanlah tindakan yang tidak mesra terhadap negara-negara lain di rantau berkenaan.

Sebaliknya kata Lee, Singapura memang menyediakan insentif tertentu melalui dana pembangunan pelancongan dan ia terbukti sangat berjaya untuk mereka.

Melewati perbezaan politik


Untuk rekod Ahmad Faizal bukanlah orang pertama yang membangkitkan isu kerugian ekonomi yang gagal diraih oleh Malaysia melalui penganjuran konsert artis antarabangsa.

Pada Jun tahun lalu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sudah menyatakan pandangannya berkenaan isu sama.

Dia mengingatkan bagaimana negara jiran berjaya menjana pendapatan lumayan daripada konsert yang dianjurkan ketika Malaysia pula terus berbalah sesama sendri mengenai kewajaran membuka pintu kepada artis luar.

Kata Syed Saddiq sebelum ini Malaysia boleh menganjurkan banyak konsert pada setiap tahun sebelum keadaan berubah apabila kian banyak rintangan yang muncul.

Menggunakan contoh konsert Coldplay di Singapura, bekas menteri belia dan sukan itu mendakwa republik terbabit mampu memperoleh berjuta-juta ringgit dengan penganjuran tersebut.


Ed Sheeran


PAS - yang bersama Bersatu dalam PN - adalah antara parti politik yang lantang mengkritik penganjuran konsert artis antarabangsa di negara ini. Mereka pernah mendesak agar konsert artis terkenal dibatalkan, termasuk membabitkan Coldplay dan Ed Sheeran.

Bagaimanapun baru-baru ini Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan tentangan parti itu bukanlah semberono atau menyeluruh, sebaliknya cuma membabitkan artis yang tertentu saja.

Dia yang juga menteri besar Terengganu membuat penjelasan tersebut dalam satu sesi dialog dengan media berbahasa Cina di Kuala Lumpur pada 18 Feb lalu.

Kata Ahmad Faizal isu berkenaan wajar diberi perhatian oleh semua pihak.

"(Isu) Keruntuhan ekonomi yang besar melangkaui (perbezaan) politik," ciapnya lagi.


Semalam, FMT melaporkan peluang untuk membawa Taylor beraksi di Malaysia sudah diperolehi pada 2022 namun ia berakhir dengan kegagalan apabila penyanyi tersebut hanya dijadual beraksi di Singapura.

Konsert The Eras Tour itu akan diadakan selama tiga malam berturut-turut di republik berkenaan mulai esok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif, turut menggesa kerajaan menjawab mengapa Malaysia gagal mendapatkan konsert The Eras Tour ke negara ini.

Katanya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mesti memberikan penjelasan mengenai peluang ekonomi yang terlepas itu.

“Kerajaan Madani berada di bawah tekanan untuk mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan peluang ekonomi yang melibatkan penghibur terkenal,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2024 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Cemana lah bersatu bole simpan lg dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Maksiat! Bala!

-Lobai
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 11:31 AM | Show all posts
oh pls kenapa perlu berpura2? konon nk menjana pendapatan utk negara. , nanti ada mcm2 rintangan. religion and race will be politicised. last2 akan kuar statement "klau tak suka, keluar dari malaysia, balik negara asal". klau btul2 ada niat untuk mengambil peluang utk menaikkan ekonomi negara, dah lama mcm2 konsert dibenarkan kt sini.

Eras tour taylor swift ni akan menjana pendapatan bermillion. pandai org singapore mengambil kesempatan. duit masuk negara. bye2 to ringgit
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 11:39 AM | Show all posts
wah peja bersuara mcm ahli ekonomi. biasanya merapu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 11:40 AM | Show all posts
ini semua bala, musibah yg melanda sbb pemimpin membiarkan maksiat berleluasa. itu sbb lembah klang kerap banjir kilat hgga merugikan kerajaan. -PAS.

nak syurga atau nak ikut artis masuk neraka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
SEE YAL......thats all anak jiran aku yg 3 tahun had to say to this morong
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
"mung nok Isley ko nok taylor swif??"
Lobai
Gua Musang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2024 11:58 AM | Show all posts
rakyat msia prefer erra fazira dari taylor swift..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak jana ekonomi x semestinya dgn konsert je pejal oiii…. Bakpe nak tiru singapork. Depa x byk natural sources mcm kita. Tanah pon sekangkang kera.

Fikir la mcm mana nak naik kan ekonomi malaysia dgn cara lain. Pertanian ke, perindustrian ke. Pelancongan ke

Kalau ramai org luar pegi singapork tgk konsert, up kan betul2 pelancongan. Lepas pegi singapork, depa masuk malaysia. X jauh pon seberang tambak je
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kabar sang ratu EF?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ahriman at 7-3-2024 12:24 PM

Kohkoh.Makanan Warisan Bak Kut Tek,Ikan Patin tempoyak tersenyum sinis.
Tu je la isu yng korng ketengahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:27 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 7-3-2024 11:58 AM
Nak jana ekonomi x semestinya dgn konsert je pejal oiii…. Bakpe nak tiru singapork. Depa x byk natu ...

Kannn great idea...
Nih tgk je mcm terpaku...xreti amik kesempatan.
Menangukla di air yg keruh gitu wakakakaa...
Promote la kata hotel JB lg murah pada singapore ke apa ke....
Kena ada nilai2 sinis mcm AA buat kt MAS dlm iklan kdg2 tu...
Wallmart pun pandai menangguk air yg keruh promo senapang dia time back to school...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:35 PM | Show all posts
Peieja kata meningkatkan pendapatan negara..

kmdn Pee Ehh pon bagi permit wat konsert Taylor Swift kat Mesia

kmdian P&S Pee Een hantam PH sbb x Islamic

akhirnya penyokong Mulayu Islam Pee Eeh masuk Pee Een

Pee Eeh kena game







Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:39 PM | Show all posts
nak dengar komen dari ..

- PAS

- Pee Een
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
"Katanya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mesti memberikan penjelasan mengenai peluang ekonomi yang terlepas itu."

Nanti Hanna Yeoh jawab sebab Malaysia negara isle boleh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2024 12:56 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 7-3-2024 11:58 AM
Nak jana ekonomi x semestinya dgn konsert je pejal oiii…. Bakpe nak tiru singapork. Depa x byk natu ...

setuju sangat
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampu ke nk bayar mahal mcm singapore?


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 7-3-2024 11:58 AM
rakyat msia prefer erra fazira dari taylor swift..

Na nera na na nanera.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2024 01:10 PM | Show all posts
berusjamban replied at 7-3-2024 12:27 PM
Kannn great idea...
Nih tgk je mcm terpaku...xreti amik kesempatan.
Menangukla di air yg keruh git ...

ni lah kot punca ketua MOTAC kena pecat sbb tak perform..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.627229 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list