CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8152|Reply: 30

[Tempatan] Saiz dana terkumpul Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) cecah RM190.3 bilion setakat 31 Dis 2023

  [Copy link]
Post time 7-3-2024 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Saiz dana terkumpul KWAP cecah RM190.3 bilion setakat 31 Dis 2023

https://www.malaysiakini.com/news/698487

Bernama
Diterbitkan:  Mar 7, 2024 8:30 AM⋅
Dikemaskini: 8:30 AM



Saiz dana terkumpul Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebenar mencecah RM190.3 bilion sehingga 31 Dis, 2023, jika diselaraskan dengan pengeluaran terkumpul sejumlah RM20.5 bilion untuk membiayai sebahagian daripada tanggungan pencen tahunan kerajaan sejak 2018.

Kementerian Kewangan berkata dana terkumpul KWAP yang belum diaudit setakat 31 Dis, 2023, berjumlah RM169.8 bilion, dengan pertumbuhan sebanyak 305 peratus atau kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 9.0 peratus sejak penubuhannya pada 1 Mac 2007.

Menurutnya, sebagai pelabur institusi jangka panjang objektif pelaburan KWAP adalah untuk memperoleh jumlah pulangan pelaburan maksimum secara mampan melalui strategi pelaburan dinamik, selaras dengan risiko pelaburan dana.

“Dalam hubungan ini, KWAP tidak diberi mandat, secara langsung, untuk mengurangkan implikasi fiskal terhadap saraan pencen penjawat awam.

“Bagaimanapun, dana terkumpul KWAP boleh digunakan untuk tujuan membiayai tanggungan kerajaan untuk kos persaraan pencen tahunan penjawat awam, menerusi mekanisme pengeluaran dana seperti tertakluk dalam peruntukan subseksyen 13(5), Akta 662,” kata kementerian itu menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.

Kementerian Kewangan berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang bertanyakan mengenai adakah prestasi KWAP tidak berupaya mengurangkan implikasi fiskal terhadap saraan pencen penjawat awam.

“Pertumbuhan dana terkumpul KWAP, secara dasarnya, boleh dikaitkan dengan pulangan pelaburan yang konsisten yang mana dana telah menjana pulangan purata pulangan tahunan sebanyak 6.3 peratus sejak penubuhannya.

“Pencapaian ini adalah bersandarkan pada strategi pelaburan dinamik, yang diteraju melalui peruntukan aset strategik atau (SAA),” kata kementerian berkenaan.

Selain itu Mohd Shahar juga bertanyakan sama ada kerajaan mempunyai perancangan supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berubah dalam penekanan daripada manfaat berasaskan persaraan kepada skim perlindungan sosial yang lebih menyeluruh.

Menjawab persoalan itu, Kementerian Kewangan berkata buat masa ini, KWSP akan terus memberi keutamaan dalam melaksanakan mandatnya untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia di hari tua bagi memastikan kerangka perlindungan sosial di Malaysia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2024 11:57 AM | Show all posts
x paham macam mana KWAP nie berfungsi, pencen nie dibayar oleh kerajaan ke oleh KWAP......
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
card_reader replied at 7-3-2024 11:57 AM
x paham macam mana KWAP nie berfungsi, pencen nie dibayar oleh kerajaan ke oleh KWAP......

Same question.
Deposit datang dari mana
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 06:37 PM | Show all posts
dari fb najib

Kerajaan mengesahkan dalam Dewan Rakyat semalam bahawa kerajaan pernah korek RM20.5 bilion dari KWAP sejak tahun 2018 selepas PRU14 untuk membiayai perbelanjaan kerajaan.

(Kerajaan sepanjang 9 tahun Najib tak pernah keluarkan satu sen pun dari KWAP)

Kerajaan juga kata bahawa saiz dana KWAP pada akhir tahun 2023 adalah RM169.8 bilion.

Ini bermakna saiz dana KWAP hanya naik RM29 bilion atau 20.6% dalam tempoh 6 tahun selepas Najib iaitu dari RM140.8b pada akhir tahun 2017 ke RM169.8b pada akhir tahun 2023.

Berbanding kenaikan RM88.76 atau 170.6% dalam tempoh 9 tahun Najib dari RM52.04 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM140.8 bilion pada tahun 2017 sebelum Najib ditumbangkan.

(Kenaikan amat mantap ini juga mengesahkan bahawa tiada satu sen pun dana KWAP dicuri dan KWAP tak pernah rugi satu sen pun dalam tempoh Najib jadi PM.)

Kadar kenaikan saiz dana KWAP yang mejadi sangat perlahan selepas PRU14 adalah salah satu punca kenapa kerajaan hari ini berhasrat untuk hapuskan pencen pekerja awam.


https://scontent.fkul5-3.fna.fbc ... zSQ&oe=65EE161F


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 06:39 PM | Show all posts
card_reader replied at 7-3-2024 11:57 AM
x paham macam mana KWAP nie berfungsi, pencen nie dibayar oleh kerajaan ke oleh KWAP......

sama je macam kwsp

pejawat awam pon ada caruman majikan gak
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya sumber kwap ni caruman oleh kerajaan utk pekerja kerajaan. bezanya dgn kwsp pekerja n majikan mencarum. tp kwap majikan je mencarum. ini pemahaman akulah. mungkin salah kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2024 07:33 PM | Show all posts
kemaruk replied at 7-3-2024 06:37 PM
dari fb najib

Kerajaan mengesahkan dalam Dewan Rakyat semalam bahawa kerajaan pernah korek RM20.5 b ...

posting Kemaruk


dari fb najib


Kerajaan mengesahkan dalam Dewan Rakyat semalam bahawa kerajaan pernah korek RM20.5 bilion dari KWAP sejak tahun 2018 selepas PRU14 untuk membiayai perbelanjaan kerajaan.

(Kerajaan sepanjang 9 tahun Najib tak pernah keluarkan satu sen pun dari KWAP)

Kerajaan juga kata bahawa saiz dana KWAP pada akhir tahun 2023 adalah RM169.8 bilion.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 07:35 PM | Show all posts

apa yang cuba ko buktikan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2024 07:35 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 7-3-2024 07:37 PM

Mmg btol Kemaruk kata gomen x ambik duet KWAP


Tp yg ambik adalah Bijan n d gang





21 Mei 2021


SRC saman Najib dakwaan pecah amanah wang pinjaman KWAP RM4bilion

SRC, yang merupakan anak syarikat 1Malaysia DevelopmentBerhad (1MDB)

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 07:43 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 7-3-2024 07:35 PM
Mmg btol Kemaruk kata gomen x ambik duet KWAP

Tp yg ambik adalah Bijan n d gang

ko mungkin tak paham pelaburan dan perbelanjaan

zaman najib, KWAP melabur RM4 bilion dengan memberi pinjaman berbunga kepada SRC

tapi KERAjaan PH1.0 tahun 2018 korek rm4.5b dan 2019 jarah lagi rm4.5b.. total dikorek sejak 2018 adalah 20bilion.. ini semua bukan pelaburan ye.. tapi nak tampung defisit

takpe ko baca slow2 bagi senang paham
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 07:48 PM | Show all posts
kemaruk replied at 7-3-2024 07:43 PM
ko mungkin tak paham pelaburan dan perbelanjaan

zaman najib, KWAP melabur RM4 bilion dengan membe ...


2022

Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara12 tahun, denda RM210 juta

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 07:55 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 7-3-2024 07:48 PM
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-src-mahkamah-kekal-sabitan-dan-hukuman-najib-dipenja ...

takde kaitan dengan kwap pon

ko ni ketinggalan zaman

dana RM42 juta tu bukan dari KWAP, tapi dari maybank yang mana pinajman itu dibuat ketika hakim nazlan jadi ketua penasihat perundangan maybank

update lagi fitnahan terkini bro.. fitnahan yang lama dah lama dah debunked


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 08:09 PM | Show all posts
terkedu acai2 bila dapat tahu

zaman najib mula jadi PM 2008 = jumlah aset KWAP RM50b
najib turun 2018 = aset KWAP peninggalan najib ada RM140b wowwww naik 3 kali ganda

sekarang 2023 = m169b jah.. sendu2 ayam

itulah beza orang yang benar2 pandai ekonomi dengan kaki sembang/gebang
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 08:11 PM | Show all posts
kemaruk replied at 7-3-2024 07:55 PM
takde kaitan dengan kwap pon

ko ni ketinggalan zaman



aku lebih percaya bukti yg tunjuk kat mahkamah..

dan bukti tu mahkamah terima setelah loyer Bijan lawan bukti tu


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 08:17 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 7-3-2024 08:11 PM
aku lebih percaya bukti yg tunjuk kat mahkamah..

dan bukti tu mahkamah terima setelah loyer Bij ...

air mani anwar dalam lubang dubur saiful pon dibawak ke mahkamah bro.. ape ada hal?

di sini jelas hakim nazlan ada konflik kepentingan

gambar yang bangkem tunjuk kat atas tu, yang sebelah kanan adalah hasil siasatan SPRM pada 2023 membuktikan duit RM42 juta tu bukan dari KWAP
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 08:30 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 7-3-2024 08:32 PM
kemaruk replied at 7-3-2024 08:17 PM
air mani anwar dalam lubang dubur saiful pon dibawak ke mahkamah bro.. ape ada hal?

di sini jelas ...

woow..

marah nampak..

cool man... cool..



putaq lagi...

mcm Bijan..

putaq..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2024 08:33 PM | Show all posts

apa yang putar nye?
takkan la setiap kali bangkem bagi jawaban padu sampai ko terkedu takleh nak balas, ko guna alasan "putar"


come on la.. satu forum tengok kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Celah gigi KWAP jer rugi 4 bilion dlm SRC & projek arang batu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 09:02 PM | Show all posts
lostnfaun replied at 7-3-2024 08:58 PM
Celah gigi KWAP jer rugi 4 bilion dlm SRC & projek arang batu

duit 4 bilion tu tak hilang

tapi dibeku di switzerland

KWAP boleh mohon untuk kembalikan wang itu (jumlahnya USD1.2 bilion)

sekarang akibat kejatuhan ringgit, nilainya bukan RM4 bilion dah..

tapi RM5.7 bilion

dalam penjara pon najib buat wang untuk KWAP
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 09:18 PM | Show all posts
kemaruk replied at 7-3-2024 08:33 PM
apa yang putar nye?
takkan la setiap kali bangkem bagi jawaban padu sampai ko terkedu takleh nak  ...

come on la Kemaruk...

dah kantoi..

putaq lagi


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.083103 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list