CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6044|Reply: 0

UCL: Tuchel sepak kotak bangkit semangat Bayern

[Copy link]
Post time 7-3-2024 09:33 AM | Show all posts |Read mode

KANE berjaya meledak dua gol ketika membantu Bayern meraih kemenangan ke atas Lazio untuk layak ke pusingan suku akhir UCL. - AFP

MUNICH – Pengendali Bayern Munich, Thomas Tuchel mengakui tindakannya menyepak kotak di dalam bilik persalinan ketika memberikan arahan kepada pemain menjadi punca pasukan itu berjaya meraih kemenangan.

Awal pagi semalam menyaksikan Bayern berjaya meraih slot ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas membenam Lazio 3-0 di Allianz Arena sekali gus mara dengan agregat 3-1 ketika mereka terdesak untuk meraih kemenangan.

Tuchel berdepan tekanan tinggi apabila The Bavarian hanya meraih satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir menyebabkan terdapat spekulasi pemecatan serta merta akan dilakukan Bayern jika mereka tewas aksi kali ini.

“Ucapan saya yang berapi dalam bilik persalinan sebelum perlawanan menyebabkan kaki kanan saya sakit. Saya tidak akan keberanian untuk membuka kasut ketika menyepak kotak itu,” katanya berseloroh.

Tambahnya, beliau terpaksa melakukan perkara itu demi membakar semangat para pemain dan hasilnya mereka berjaya mempamerkan aksi terbaik untuk membantu kemenangan pasukan ini.

Pada aksi tersebut penggempur utama Bayern, Harry Kane berjaya meledak dua gol untuk mengumpul 52 gol keseluruhan di pentas Eropah sepanjang kariernya dan terus membuktikan ketajamannya.

Dua gol berkenaan menyaksikan Kane berjaya meledak 33 gol dalam 33 penampilan musim ini bersama Bayern dalam semua kejohanan, manakala satu lagi gol pasukan itu dihasilkan menerusi tandukan Matthij De Ligt.

“Ia adalah malam yang penting buat Bayern. Kemenangan ini akan mengubah momentum pasukan untuk mengakhiri musim,” jelas Kane. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... it-semangat-bayern/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.297621 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list