CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6097|Reply: 0

AC Milan ke Australia selepas 30 tahun

[Copy link]
Post time 7-3-2024 09:34 AM | Show all posts |Read mode

SKUAD AC Milan akan menentang Roma di Perth.

Perth, Australia: Gergasi bola sepak Itali AC Milan akan berkunjung ke Australia buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun untuk berdepan AS Roma dalam aksi pra musim di Perth.

Kedua-dua pasukan akan beraksi pada 31 Mei di Stadium Perth yang berkapasiti 65,000 tempat duduk dengan kedua-dua pasukan mempunyai ramai penyokong di negara itu.

"AC Milan sangat gembira dapat berpeluang kembali ke Australia," kata ketua eksekutif kelab Giorgio Furlani dalam kenyataannya awal pagi tadi.

"Kami bangga dipilih bersama AS Roma dan kami berterima kasih kepada Gabenor Australia Barat di atas undangan ini."


Juara Eropah tujuh kali kali terakhir beraksi di Australia pada 1993 ketika menentang skuad kebangsaan negara itu di Sydney dan Melbourne.

"Menjadi tuan rumah perlawanan AC Milan dan AS Roma di Perth adalah peluang fantastik untuk kami memperkukuhkan hubungan dengan Itali," kata Premier negeri Australia Barat Roger Cook.

Roma kali teakhir beraksi di Australia pada 2015 ketika mereka menentang Real Madrid dan Manchester City.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ia-selepas-30-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.085991 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list